Teman pernah putus asa dalam hidup. Masa itu, teman menyalahkan Allah sehingga teman kufur. Teman sebenarnya sedang dalam kesedihan dan kemurungan lalu teman mula mempersoalkan aqidah sendiri. Teman selalu berkata, mengapa orang kafir itu kaya, senang dan bahagia? Mengapa teman yang Islam ini ditimpa pelbagai masalah sedangkan teman bersolat. Kenapa orang Islamlah orang yang paling miskin di dunia? Hari ini, teman terjumpa tafisran di bawah.
Rupa-rupanya Allah pernah menyebut tentang ini bahawa orang-orang kafir itu memang sengaja diberi nikmat dunia sehingga orang Islam ini nampak hina di mata mereka. Padahal mereka itu tidak tahu bahawa itu sifat Rahman dan Rahim Allah. Ganjaran orang Islam adalah di akhirat nanti yang jauh lebih kekal. Dunia itu seperti sesaat sahaja jika dibandingkan dengan negeri akhirat. Maka, apalah sangat kekayaan dunia berbanding ganjaran di dunia abadi seperti Akhirat. Wallahu'alam

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah 2:212)
No comments:
Post a Comment