Monday, 9 May 2011

Isnin Datang Lagi

Salam buat semua,

Isnin datang lagi. Itulah tajuknya pagi ini. Tapi teman tak berniat nak menulis panjang lebar mengenai tajuk ini. Pada hakikatnya, teman sebenarnya sangat sangat mengantuk pagi ini. Sampaikan teman terlelap semasa kereta sedang berhenti menunggu giliran untuk jalan. Nasiblah tak lama sangat lelapan teman itu, kalau tidah habislah di'hon' orang di belakang.

Hari ini teman berpuasa, malam tadi tidur pukul 11 malam. Sebenarnya teman nak tidur awal sebab mengenangkan teman mahu bangun awal untuk bersahur bertahajud, tetapi ada tetamu, takkanlah nak tidur semasa tetamu ada di rumah. Kenalah memuliakan tetamu, harap-harap dibawanya dosa teman dan digugurkan ketika jalan pulang.

Teman bangun pukul 4.30 pagi, ambil wudhuk dan menyempurnakan tahajjud. Alhamdulillah, kalau boleh nak dijadikan amalan wajib. Teman ini, hamba Allah yang banyak dosa, semoga Allah ampunkan teman dan menundukkan hati teman untuk selalu sujud dan beribadah, agar terampun dosa-dosa teman yang menggunung tinggi itu.

Teman bersahur pukul 5 pagi dengan sahabat teman. Alhamdulillah, berselera pulak, harap-harap tidak menggemukkan.

Baiklah semua, sekarang sudah jam 8.34 pagi, teman nak ke surau sekejap, inilah masa untuk bersolat Dhuha, yang ini pun kalau boleh teman nak jadikan amalan. Semoga dimurahkan rezeki, dapat melangsaikan hutang-hutang teman yang banyak itu dan dapat bertamu di rumah Allah suatu hari nanti, insya-Allah.

No comments:

Post a Comment