Tuesday, 31 May 2011

Dia Maha Mendengar

Setelah 2 tahun menanti, OGA2011 kembali menjengah industri di Malaysia, khususnya industri yang berkaitan dengan gas, minyak, petrokimia dan apa sahaja bidang kejuruteraan yang menyumbang kepada industri minyak dan gas. Ia adalah pameran dan perhimpunan terbesar syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri ini. Hampir kesemua syarikat minyak dan gas dari seluruh Asia menghadiri acara seumpama ini, ia adalah sesuatu yang din anti-nantikan oleh seluruh warga industri. Teman tak ketinggalan menyimpan hasrat untuk menyertainya. Ia adalah peluang terbaik untuk memajukan kerjaya teman dan untuk kebaikan jabatan teman juga.

Sana-sini orang bercakap tentang OGA2011. Kawan-kawan sepejabat teman juga begitu. Ada yang memasang angan-angan untuk pergi bersama-sama dan meraikan pameran yang tersohor ini. Ada juga yang mempunyai niat yang menyimpang, contohnya, ingin membeli belah di KLCC. Jauh di sudut hati teman, selain menghadiri OGA, teman ingin mengambil angin, teman penat bekerja di dalam pejabat ini, teman ingin menghirup udara yang berbeza. Teman tetapkan niat, jika ada rezeki, teman mahu lihat sendiri perkembangan industri ini, terutama ingin melihat syarikat-syarikat yang diterajui saudara sesama Islam, kerana teman percaya, mereka telah pun menguasai industri ini. Teman juga ingin menambah pengetahuan, apa sahaja yang teman masih belum jelas tentang industri ini, dan teman juga ingin berjumpa sahabat lama teman yang juga berada di dalam industri yang sama, insya-Allah. Apa sahaja objektif untuk ke sana, yang pasti niat kena betul. Ia perlulah jujur dan disandarkan kerana Allah. Kerja itu ibadah, jangan dicemari dengan perancangan yang tidak baik.

Beberapa minggu yang lepas, terdengar-dengar di telinga teman bahawa ada antara kawan sekerja yang menyuarakan hasrat untuk ke OGA2011, tetapi ketua jabatan teman seolah-olah tidak mengizinkan sesiapa untuk ke sana memandangkan loji-loji kami perlu dibaikpulih secara besar-besaran pada pertengahan Jun ini. Pada hakikatnya, ketua jabatan ini adalah orang baru di jabatan ini, beliau sebenarnya tidak tahu kepentingan acara ini kepada jabatan. Tetapi perkara itu berlalu begitu sahaja tanpa ada jawapan yang pasti. Dalam diam, ada yang sudah mula takut untuk mengemukakan hasrat mereka secara terbuka di hadapan ketua kami itu, takut-takut ditolak mentah-mentah.

Pagi ini, ketika di pantri, teman terdengar bicara kawan sepejabat.

A : Ketua kita ni, nampak sangat jahil.
B : Dia tak tahu apa-apa saya kira.
A : Adakah patut, masa Bedah (bukan nama sebenar) buat permohonan ke OGA2011, dia kata dekat Bedah, ‘pergi hari lainlah’
C : Bukankah OGA tu 2 tahun sekali? Kalau tak pergi sekarang, kena tunggu 2 tahun lagi.
A : Itulah yang saya kata jahil, memang dia tak tahu apa-apa
C : Maknanya, kita semua tak dapat pergilah?

Teman adalah C dalam dialog di atas. Teman terdiam seketika. Teman berfikir, mungkin bukan rezeki teman untuk ke sana. Itu semua rancangan Allah, mungkin itu yang terbaik. Tiba-tiba otak berkata, ‘ Tidak! Selagi belum berusaha, aku tak boleh hanya menyerah. Selepas aku berusaha, barulah berserah kepada Allah untuk menentukan samada aku ada rezeki ke sana atau tidak’. Lalu, teman mengisi borang permohonan dan menghantar melalui intranet yang disediakan. Tidak sampai 5 minit, ketua jabatan memanggil teman ke biliknya.

Teman pusatkan perhatian teman pada Allah. Dengan bacaan bismillah dan doa, teman melangkah ke biliknya. Pada mulanya beriya-iya ketua teman tidak memberi izin untuk ke sana. Teman menerangkan bersungguh-sungguh tentang matlamat OGA2011 dan apa yang boleh pihak jabatan manfaatkan dari acara itu. Teman menerangkan secara terperinci kerana teman tahu beliau kurang arif akan hal itu. Selama 5 minit teman menerangkan kepadanya, beliau masih memberi tindakbalas yang negatif. Akhir sekali, beliau Cuma berkata, ‘tengoklah, biar saya fikir dahulu’. Teman tidak membiarkan perjumpaan teman berakhir begitu sahaja, teman akhiri perjumpaan itu dengan berkata, ‘apapun keputusan tuan, saya merayu supaya tuan menimbangkan permintaan ini, ia penting untuk kerjaya kami’.

Teman beredar dari bilik itu dengan tangan yang sejuk kerana menahan perasaan. Duduk sahaja di tempat teman, terus teman membaca doa. Ketika itu teman redha, jika jawapannya masih tidak, teman terima. Kerana teman telah berusaha, selebihnya berserah pada Allah. Qadha & qadar Allah itu ada hikmahnya. Jika ditakdirkan teman tak dapat pergi, itu sudah ketentuan Allah, Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Tidak sampai 5 minit, seorang kawan sekerja keluar dari bilik ketua jabatan membawa sekeping kertas sambil berkata, “Sila tulis nama dan pilih hari untuk ke OGA2011”. Ya Allah, Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah, Dia Maha Mendengar! Tiada apa yang mustahil dengan kuasaNya. Terima kasih Allah!



Anakku Brain Tumor - Hadiah buat seorang ibu


Assalamualaikum wbt, dan selamat pagi semua,

Alhamdulillah, Allah masih izinkan teman bernyawa hari ini. Nikmat solat tahajud dan witir malam tadi masih terasa hingga ke saat ini. Mungkin ini hikmah bangun malam, dapat menajamkan hati untuk lebih fokus dengan tujuan kita diciptakan Allah.  Terima kasih Allah. Dan mohon ampun dariMu andai tulisan ini mengundang batil, mohon perlindunganMu ya Allah.

Pagi ini seorang kawan yang sudah lama bercuti kerana bersalin anak yang kedua kini kembali bekerja. Melalui Google Talk, beliau menghubungi teman dan bertanya khabar. Teman tahu dia dalam kesusahan. Ya Allah, bantulah hambaMu itu, beliau dalam kesusahan, permudahkanlah urusan-urusan beliau ya Allah, murahkanlah rezeki beliau.

Dengan nama Allah, teman akan hadiahkan sebuah buku, Anakku Brain Tumor tulisan Isyah Radhiah (isteri Che Am Raihan). Buku ini tentang ketabahan seorang ibu yang mempunyai 8 anak. Anak ketiga beliau disahkan ‘brain tumor’ pada Mei 2010, ya…ia baru sahaja berlaku setahun yang lepas, genap setahun! Buku ini masih segar di pasaran, catatan terkini sekitar April 2011, bulan lepas! Alhamdulillah, teman diizinkan Allah memiliki buku ini dan teman kira, ia adalah petunjuk Allah bagi sesiapa yang menggunakan akal fikirannya untuk memahami hikmah Allah.

Buku ini adalah tentang keluarga Islam. Ia menceritakan pengalaman mereka mengalami pahit getir di kala mengahadapi musibah dan dugaaan yang besar. Mempunyai anak yang mempunyai jangka hayat adalah satu cabaran yang besar bagi sesiapa yang bergelar ibu bapa. Namun, hidup dan mati adalah urusan Allah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Dan berharaplah hanya pada Allah kerana Dia sahaja yang boleh memberi. Buku ini menceritakan bagaimana doa menjadi senjata. Senjata yang lebih hebat dari akal manusia yang terbatas. Ia menceritakan tentang usaha gigih, di samping berserah kepada Allah selepas segala usaha ditumpahkan. Ia adalah aktiviti yang selari, berdoa dan berusaha. Ia adalah tentang keimanan, tentang kesabaran, tentang ibadah dan ia adalah satu sumber rohani. Buku ini adalah panduan tentang ‘Islamic parenting’, tentang didikan anak-anak, tentang ketabahan seorang ibu dan bapa. Ia tentang airmata sedih dan gembira.

Buku ini teman belum habis baca, tetapi sudah hampir ke penghujungnya. Susah nak berhenti apabila sudah mula membacanya. Ia buku yang terbaik untuk sesiapa sahaja. Teman akan hadiahkan buku ini untuk seorang ibu tunggal yang dalam kesusahan, supaya beliau dipimpin Allah melalui buku ini. Semoga apa yang ada di dalam buku ini melekat dalam hati sanubarinya sebagai seorang ibu, dan kemudian tabah serta semakin tunduk pada Penciptanya.

Buku ini teman beli melalui http://www.galeriilmu.com.my/ .


Monday, 30 May 2011

Isnin, masih begini

Assalamualaikum wbt dan Selamat pagi,

Hari ini hari Isnin, ia adalah hari yang mencabar. Sebahagian manusia yang bergelar pekerja menggelar Isnin sebagai ‘Monday Blues’. Ia adalah istilah yang berbaur negatif, ia melibatkan tentang ‘mood’ yang pudar untuk memulakan hari dengan bekerja. Teman juga tergolong dalam orang yang sebegitu, tambahan pula teman sudah bercuti sejak hari Jumaat yang lalu kerana sakit. Sehingga ke hari ini, badan masih terasa sakit-sakit dan tidak sedap. Tekak terasa perit, hidung tersumbat tapi masih boleh bernafas dan semangat kerja yang dah lama hilang semakin memudarkan hari yang pudar ini. Ia benar-benar hari yang suram.

Hati terasa melonjak-lonjak untuk pulang ke rumah apabila buku-buku yang dipesan telah sampai, teman tak sabar nak membaca buku-buku tersebut. Ia adalah ‘Anakku Brain Tumor’ tulisan Isyah Rashiah Idris (Isteri kepada Che Am Raihan) dan R&R di lebuh Raya Kehidupan tulisan Ustaz Zul Ramli. Teman memang ternanti-nanti buku-buku ini kerana teman telah mendengar ulasan buku tersebut di radio IKIM beberapa minggu yang lepas. Dan teman sebenarnya ingin menyelami perasaan dan pengalaman orang-orang yang hatinya dekat dengan Allah, teman mahu jadi seperti mereka.

Hakikatnya hati teman ini masih kotor, contohnya teman masih lagi berbalah dengan manusia. Perbalahan bagi teman, adalah hasil dari hati yang belum cukup bersih, dan hati yang masih tidak menyedari hakikat Qadha dan Qadar Allah. Teman manusia biasa, banyak kelemahan, dan sedang berusaha mengatasi kelemahan-kelemahan itu. Semangat bekerja yang hilang juga adalah tanda hati teman ini kotor. Kerja adalah ibadah tetapi teman tak mampu memanfaatkan pekerjaan teman. Seribu satu perasaan negatif bersarang di hati berkenaan kerjaya teman sekarang. Teman berdoa agar teman dikurniakan kerjaya yang baik, yang akan membuatkan teman lebih dekat dengan Allah.

Sham Kamikaze seorang pemuzik handalan. Beliau adalah manusia hebat yang dianugerahkan bakat muzik yang hebat dan rezekinya mencurah-curah dalam bidang itu. Rezeki yang mencurah-curah lazimnya membuat manusia alpa. Kesenangan sepatutnya dibalas dengan kesyukuran tetapi seringkali manusia balas dengan kealpaan dan kemungkaran. Manusia sering sahaja menjadi fasad tetapi itulah hakikat manusia. Akhirnya insan seperti Sham Kamikaze ditundukkan Allah dan pemuzik hebat itu akhirnya dipilih menerima Hidayah. Walaupun katanya Hidayah itu tak perlu dicari (dipetik dari sesi temuramah Harian Metro ke atas Sham), tetapi teman yakin kebenaran perlu dicari. Allah hanya memberi Hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, oleh itu kita kena minta Hidayah itu dari Allah. Kebenaran perlu dicari dan jawapan kebenaran itu adalah Hidayah atas izinNya. Buat Sham Kamikaze, semoga hati anda sentiasa tunduk kepada Allah. Kata-kata anda memberi inspirasi, terngiang-ngiang di telinga teman, pertama tentang kepercayaan terhadap Qadha & Qadar, dan kedua, doa pada Allah tentang janganlah hati ini dibolak balikkan setelah Dia memberi Hidayah. Teman ingat dan akan ingat.

Teman berpuasa hari ini, walaupun badan rasa tak sihat, tetapi tak mengapalah. Manusia itu diciptakan oleh Allah untuk menyembahNya. Sakit dunia ini sementara, puasa bukanlah satu kerja berat, tetapi ganjarannya perlu direbut. Solat Dhuha juga telah teman laksanakan pagi ini. Semoga rezeki teman dimurahkan agar dapat teman melangsaikan hutang-hutang teman, agar teman dapat menghapuskan sedikit demi sedikit pergantungan teman terhadap dunia. Dunia ini sementara tetapi isinya penuh dengan perkara mungkar yang boleh memusnahkan kehidupan akhirat yang abadi.

Teman sudah mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana. Ia bukan kerja mudah. Ia seperti menempah kesusahan. Tetapi ilmu adalah sesuatu yang tiada tolok bandingnya. Antara ahli ibadah dan ilmuwan, kedudukan ilmuwan itu nyata lebih tinggi di sisi Allah. Teman mahu berada di kedudukan yang tertinggi itu. Teman mahu memiliki sarjana, dan kemudia menjadi pensyarah atau pengajar, kenapa, kerana teman ingin berada di kalangan para ilmuwan dan teman yakin di kalangan ilmuwan itu, pasti ramai antara mereka yang tinggi amalan dan ibadahnya sebagai tanda tingginya ilmu. Teman mahu berada di situ. Pekerjaan teman yang sekarang ini adalah fardhu kifayah yang sudah ramai orang Islam yang menceburnya malah kehadiran teman tidaklah sepenting mana. Pekerjaan ini adalah ibadah teman, tetapi dari segi sumbangan, tak banyak yang teman boleh lakukan untuk ummah. Teman mahu menjadi ahli ilmu yang memberi manfaat pada masyarakat. Teman ingin berkhidmat dengan hati yang tulus kerana Allah. Kerja yang menjadi ibadah kepada teman, dan menjadi tunggak kepada masyarakat. Segalanya atas kuasa Allah, semoga diizinkan Allah.

Teman banyak berkorban dalam hidup teman, tetapi apakah nilai pengorbanan jika ia hanya berlandaskan kasih sayang. Ya, ia hanya akan mengundang kecewa. Pengorbanan perlu disandarkan pada Allah, bukan kerana cinta sesama manusia. Semua itu cinta dunia, pengorbanan yang tiada makna. Ia masih boleh diperbetulkan, betulkan niat dan cekalkan hati. Tetaplah berpegang dengan sandaran kerana Allah, maka segalanya akan kembali ke paksi yang benar. Segalanya atas kuasaNya. Ya Allah, bantulah aku yang tiada daya ini. Ajarkan aku hikmahMu.

Sunday, 29 May 2011

Good Night

10.19 pm, I supposed to sleep right now. But I feel like want to write something. Tomorrow I will fasting, to replace my previous 'debt'. Eventhough I paid all I remembered, but my mom said that it is better if we pay more, we might not realize that some of our fasting might not accepted.

Anyway, I thanks to Allah of giving back the good feeling of doing ibadah, specifically prayers. i love this feeling, this peaceful feeling is something that I always hope and dream to have. Thank you Allah.

Before I sleep, I hope Allah will wake me up at the best time in the darkest night, I want to serve Him, to thanks Him, to hold down my head for Him. O Allah, please wake me up.

I read newspaper today, it's Allah plan that I found an article about Sham Kamikaze. He used to be a famous musician, living luxuriously and now, he got Hidayah from Allah. Allah want to tell somthing to me.

Anyway, I want to sleep right now. My mood of writing gone already. Someone disturb, its ok. Allah gives idea and mood, and if He took it, He knows best! Good Night and Assalamualaikum wbt.

Truth

I am a Moslem since my birth. I was sent to religious school since my childhood. When I was 13, I was sent to religious boarding school until age 17. When I was 18, I continued study at religous university until age 25. My early education, my environment, everything start with Islamic teaching and environment from 6 years old until 25 years old. For 19 years with Islamic teachings and environment, I still not understand the objective of living in this world. Deep into my heart, after 19 years old taught with Islam, I still don't know the truth. After 19 years learning and learning, at age 27, I still try to find the truth. When I was 27, I believe that I can only find the truth only after death. For me (at that time), death will the answer the believe that I hold along my life is true or not. in other words, I am a disbeliever, or half believe, or partially believe my own religion.

But seeking the truth is a nature. I thanks Allah of giving this basic feeling. At least, I still search for it, I am lucky that I choose not to stop and just accept whatever I have without digging out more about the truth. i might sitting on the wrong path forever because I stop searching the truth. Seeking the truth trigger myself to find until I got the answer. At age 30, Allah answer my prayer and the seeking of the truth. I am in the right path, but along my life, my understanding not reach the level it supposed to reach, that is why I cannot understand and feel the things that I did for religion and for myself. At age 30, I just realize that the objective of my creation in this world is to serve Allah.

How...I am not sure. But it started with my own prayer. I started to just pray like other Moslem and asking Allah to show me the right path, and to give my guidance or Hidayah. With this prayer, I started to mantain the prayers, everytime I pray, I asked Allah to help me to get myself to the next pray. I asked Allah to help me to move my body to do 5 times prayers (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib and Isyak). Yes, He answered me, I don't know where the strength come from, but my body started to move and pray. Then I keep on searching. I search online, I type on the keyboard, "truth". The first things came is about Islam. I search and search, I found someone wrote the synopsis of Travelog Haji written by Profesor Kamil, then I bought the book. I read and my understanding became deeper. From the book,  I learn about the strength of Du'a or prayer. So I practise it, and its work. I asked Allah everything I want to ask, and He answered me in many ways. My believe became stronger and stronger. One day, I asked Allah to wake me up before Subuh, I want to pray Tahajud and other sunnah prayer. Then I really woke up at 5 am next morning, I did what I want to do. At that time I felt something that I never felt before, my heart become so calm, so peaceful. This is what I am searching for. I want to have the understanding of Islam, I want to know the truth and now I found it. I want to have deep feeling in my prayers and Ibadah, yes, I got it. I want to wake up at the middle of the night to serve my obedience to Allah, yes, Allah wake me up.

I hope I can write more, English is not my language, I just try to write it in English so people out there can find the truth as I found the truth. I hope, if somebody try to find the truth, when they search it online, when they type "truth", you will find this entry and get the truth as I got the truth. If you don't believe me, its ok, its fine. You just whisper in your heart, pray for yourself, asking in your pray that you want to find the truth, I believe you will find it, I believe you will. May Allah give all mankind His guidance.

Thursday, 26 May 2011

Sakit

Sakit adalah ujian. Mengapa teman menyentuh tentang ini, kerana teman berasa tidak sihat. Beberapa teman yang pulang dari Bali pulang membawa demam dan selsema. Teman pula jenis yang mudah dijangkiti. Tetapi itu semua adalah penyebab. Sesungguhnya ia datang dari Allah dengan hikmah yang perlu difikirkan teman sebagai hambaNya. Sakit itu antara hikmah utamanya adalah menghapus dosa, maka mestilah keadaan itu diterima dan bukan menjadi ungkitan dan keluh kesah.

A214
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah 2:214)

A091
Orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit, dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan, tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Taubah 9:91)

A080
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; (Asy-Syu'araa' 26:80)

A037
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (Ar-Ruum 30:37)

Wednesday, 25 May 2011

Hari ini...

Assalamualaikum wbt buat semua, dan Selamat pagi

 

Teman terasa hati teman masih tandus. Kurang ilmu, kurang ibadah, kurang pengertian….serba kekurangan! Mendidik kesabaran juga sangat mencabar. Jika paginya teman diduga dengan kesesakan lalu lintas selama hampir 3 jam kerana ada kemalangan yang berlaku, teman laluinya dengan tenang dan sabar, cuma sedikit keletihan, itu sahaja. Tetapi malamnya, apabila sahabat teman tidak menjawab panggilan telefon teman selepas teman cuba menghubunginya sepanjang hari, teman seolah-olah hampir hilang sabar. Sia-sialah kesabaran yang dipupuk jika dugaan sekecil itu belum ampu teman hadapi. Pada hakikatnya, teman mampu bersabar dengan pelbagai dugaan tentang alam dan keluarga. Tetapi bila hati diusik oleh insane-insan tersayang, seolah-olah diri ini masih jauh dari asas iman iaitu sabar. Hati ini masih cintakan dunia sedang dunia itu hanya persinggahan yang jika dibandingkan dengan alam baqa’ hanya sesaat cuma.

 

Hati yang tandus dengan ilmu perlu disirami dan dibajai. Ilmu itu sebagai asas ibadah dan amalan, serta menjadi tunggak keimanan. Apalah guna ilmu tanpa amal, hanya ibarat pohon yang tak berbuah. Ya Allah, isilah kekosongan jiwaku dengan ilmu yang tinggi, amal yang berterusan, ibadah yang istiqamah, iman yang teguh, kesabaran yang tinggi serta taqwa. Aku hambaMu yang terlalu lemah, oleh itu peliharalah aku ya Allah. Aku ingin berada di kalangan golongan-golonganMu yang terpilih, pilihlah aku ya Allah.

Tuesday, 24 May 2011

Bali

Sekumpulan kawan-kawan ditempat kerja baru balik dari Bali. Pelbagai cerita yang diperdengarkan tentang percutian mereka. Teman mendengar sahaja, dalam hati takut juga jika hati ini tergelincir bersangka yang bukan-bukan atau menjawab dalam diam di dalam hati. Dulu teman memang tak bertapis, samada teman yang beriya-iya bertanya atau beriya-iya beri tindakbalas dari cerita-cerita kawan-kawan, tetapi sekarang sudah timbul takut, maklumlah, banyak hubungan yang perlu dijaga, hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.

Cerita-cerita mereka ini tiba-tiba muncul semula di fikiran apabila teman bertembung ayat di bawah ini ketika membaca tafsir surah an-Nisa'. Dalam cerita mereka, mereka bergembira di Bali, mereka melihat macam-macam benda, dari cerita mereka, mereka seperti seronok dengan apa yang mereka lihat. Yang lelaki pergi ke tempat-tempat maksiat yang banyak terdapat di Bali, ada maknyah dan wanita penggoda yang menjadi daya tarikan di Bali. Mereka melihat banyak hiasan-hiasan patung yang tedapat di kuil-kuil yang memenuhi bumi Bali. Mereka menaiki kuda, melewati kawasan hiburan yang penuh maksiat seperti zina, arak dan muzik yang bingit. Mereka dihidangkan makanan-makanan seperti ayam dan itik yang tak pasti taraf kehalalannya, tak kurang juga menikmati makanan laut yang berjuta-juta rupiah harganya. Lalu ayat ini menggambarkan semua itu. Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana. Ya Allah, lindungilah aku dari api nerakamu. Janganlah dunia dan perhiasannya menjadi penghalang keimananku dan amalanku.
A014
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (A-li'Imraan 3:14)

Hikmah

Hikmah, hikmah, hikmah...

Mata hati sepatutnya dapat mengesan hikmah dalam setiap rancangan Allah. Kerana Allah itu Maha Bijaksana, Dia tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, pasti ada sebab dan hikmahnya! Dan tidakkah kita berfikir?

Tengah hari ini, teman mengikut kawan-kawan sepejabat keluar makan tengah hari, kemudian melawat salah seorang kawan yang dimasukkan ke hospital swasta kerana demam yang teruk. Walaupun ia tidaklah sakit yang terlalu teruk atau tenat, tetapi apabila memikirkan pahala melawat orang sakit, teman ikut bersama.

Sepanjang perjalanan, terlihat kesan-kesan minyak di jalan raya. Kesan ini terhasil daripada lori tangki yang bocor akibat kemalangan yang telah membuatkan teman terperangkap selama 2 jam 30 minit di kesesakan jalan raya. Menurut kawan teman, minyak yang tumpah mengakibatkan jalan raya menjadi licin dan akhirnya menyebabkan kemalangan beberapa buah kenderaan. Apabila brek kenderaan ditekan, kenderaan tetap terdorong ke hadapan kerana licin dan akhirnya mengakibatkan kemalangan-kemalangan kecil Kawan teman juga hampir-hampir melanggar kereta di hadapan kenderaannya apabila tayarnya menggelongsor setelah brek ditekan. Dan, teman bersyukur kerana teman tersekat beberapa kilometer dari tempat kejadian. Bayangkanlah jika kereta teman yang ringan itu berada ketika kejadian, pasti ia meluncur dan menggelongsor lebih laju dari kenderaan yang lain. Dan mungkin teman mengalami  kerugian dan kejadian lain yang tidak terjangkau oleh pemikiran teman. Semua itu dalam rancangan Allah, kereta teman tersekat kerana ia terlalu bahaya untuk teman lalui. Semasa teman lalu di kawasan itu, bomba sudahpun menyiram kawasan itu dan sudah melakukan sesuatu di jalan raya itu. Itu adalah hikmah besar buat teman. Terima kasih Allah.

Kesesakan, Sabar. Surah Yasin, tahukah tafsirannya, atau ikut-ikutan sahaja..?

Assalamualaikum wbt semua, selamat pagi...dan sudah hampir tengah hari pun...

Hari ini teman memandu lebih 2 jam untuk ke tempat kerja. Selalunya ia hanya memakan masa 50 minit. Tetapi hari ini berbeza. dalam diam, teman membuat senarai semak di dalam kepala, teman yakin teman sudah membaca doa menaiki kenderaan, memohon dipermudahkan perjalanan, mendengar zikir pagi, mendengar tazkirah....tetapi akhirnya masih tersekat di dalam kesesakan yang luar biasa ini. Ya, inilah ujian kesabaran. Bukankah teman berdoa, Ya Allah, kurniakan aku dengan kesabaran yang tinggi. Semestinya kesabaran yang tinggi itu perlu diuji, kalau tidak manakan tahu sabar yang diminta itu sudah mencapai tahap ketinggiannya atau tidak. Takut pula bila memikirkannya. Tak mengapa, Allah sudah berkata, Dia takkan menguji hambaNya dengan sesuatu yang termampu sahaj untuk hambaNya.

Sebelum teman lupa, sebab sebentar tadi teman cuba mengingatkan tentang motivasi pagi yang diberi oleh Dr. Jamil di radio IKIM, jenuh teman paksa kotak ingatan teman untuk mengingatkannya. Teman risau betul jika terlupa sesuatu yang penting seperti ini, ia ilmu yang sangat berguna dan rugi jika dilupakan atau terlupa. Mungkin hati masih kotor, kerana itulah otak susah nak ingat perkara-perkara yang baik ini.

Dr. Jamil bercerita tentang surah Yasin. Betul katanya, dah jadi adat pula orang-orang kita meletakkan Khamis malam Jumaat sebagai acara wajib. Sehinggakan perkara yang lebih signifikan selain perkara sunat ini turut diketepikan kerana ia sudah menjadi adat. Tetapi hakikatnya, masyarakat kita hanya mengamalkan kerana ikut-ikutan tanpa memahami betapa besarnya hikmah dan makna surah Yasin. Dr. Jamil menerangkan bahawa terdapat banyak ilmu sains yang terdapat dalam surah Yasin, antaranya ilmu berkenaan dengan DNA dan hukum-hukum biologi yang lain, maaflah, teman tak ingat istilah-istilah saintifik tersebut kerana teman ini benak sedikit, semoga Allah mengurniakan ilmu yang luas buat teman.

Teman ada membaca tafsir Surah Yasin, tetapi teman rasa tidak cukup jika hanya memahami maknanya. Tafsir al-Quran mungkin membawa pengertian yang lebih besar, terutamanya tentang maksud tersirat yang dikupas ulamak berkenaan surah tersebut. Sebab-sebab ayat tersebut diturunkan juga perlu kita ketahui, dalam istilah agama kita namakan Asbabun Nuzul. Banyak lagi perlu dipelajari di dalam tafsir al-Quran, ia lebih dari mengetahui makna bahasa itu sendiri. Terasa ilmu terlalu cetek dan terasa diri hina kerana rendahnya ilmu. Ya Allah, aku pohon keampuanan dariMu, dan kurniakanlah aku dengan ilmu yang luas. Sesunggunya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Monday, 23 May 2011

Memenuhi Hajat dan Melihat dengan Mata Hati

Assalamualaikum wbt.

Hari ini, di radio IKIM, Dr. Jamil bercerita tentang kisah yang berlaku pada dirinya. Isi pentingnya ada dua, iaitu pertama tentang memenuhi hajat orang dan kedua mengenai mata hati. Teman tertarik dengan dua isi penting yang diulas dari sebuah cerita sebenar. Memenuhi hajat dan permintaan bukanlah sesuatu yang mudah walaupun bunyinya mudah. Jika jin seperti dalam kisah dongeng Aladin hanya boleh menunaikan 3 permintaan, tetapi kita bukanlah jin. Kita manusia, hamba Allah. Pastinya kemampuan kita sebagai manusia adalah terbatas, tetapi apa yang kita boleh lakukan, buatlah sekadar yang mampu tetapi dalam kadar yang maksima, bukan minima. Contoh yang paling mudah adalah ketika kita memandu. Hajat tak semestinya berbentuk permintaan melalui kata-kata. Kereta di tepi kita mungkin ingin masuk ke lorong di hadapan kita, itu adalah hajat beliau yang tak terluah dek kata-kat. Tanda isyarat dinyalakan memohon izin masuk, bukankah mulia jika kita memenuhi hajatnya itu. Di situlah hikmah Allah yang tersembunyi tentang kebaikan itu boleh dilakukan di mana-mana dan di merata-rata tempat. Dan sesungguhnya berlumba-lumbalah kita semua dalam melakukan kebaikan, bukan berlumba di jalan raya.
Berkata tentang mata hati atau diterangkan Dr Jamil dengan istilah Basirah, ia adalah sesuatu yang patut kita semua capai. Mata hati mampu memandu manusia untuk memahami agama, memahami kehendak agama dan dapat mendorong kita beramal dengan rasa ikhlas. Mata yang diberikan adalah nikmat yang paling hebat dari Allah, tetapi mata ini tidak akan lengkap jika mata hati kita buta. Mata memandang secara fizikal, tetapi mata hati akan mempengaruhi tindak tanduk manusia untuk memahami hikmah Allah. Semoga teman dan kalian semua mendapat Basirah.

Amalan Sunat Ketika Haid - oleh Ustazah Sakinah

Assalamualaikum wbt semua,


Hari ni teman tertarik dengan satu artikel dari blog yang tertera di bawah. Kepada Ustazah Sakinah atau pemilik blog, minta izin teman paparkan di blog teman supaya ilmu ini disebarkan kepada umum dengan niat lillahi ta'ala.

Amalan Sunat Ketika Haid by http://bliss-infinity.blogspot.com/2009/10/amalan-sunat-ketika-haid.html

Soalan:-

Saya ingin tahu apakah amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan ketika haid dan adakah masih boleh membaca ayat al-Quran ketika uzur?

Jawapan:-

Dibolehkan bagi wanita yang didatangi haid berdoa, berzikir berpandukan zikir-zikir yang disyariatkan dan juga membaca al-Quran. Tetapi keharusan ini dengan syarat ia mesti dibaca tanpa memegang mushaf al-Quran.

Namun, orang yang berjunub (bersetubuh sebelum mandi) dilarang membaca al-Quran, sama ada melalui hafalan ataupun memegang dan membacanya.

Jumhur ulama fekah mengharamkan membaca al-Quran ketika haid sehinggalah wanita itu suci. Ia tidak terkecuali kepada sesiapa pun. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah berdoa dan berzikir bukan dengan niat membaca al-Quran seperti membaca basmalah, innalillahi wa inna ilaihi raajiuun, rabbana aatina fiddunnya hasanah atau sebagainya yang terdapat dalam al-Quran dengan tujuan doa dan zikir. Bukan membaca ayat al-Quran secara khusus.

Pengharaman ini berdasarkan dalil berikut:

1. Ia termasuk hukum junub kerana bersetubuh disebabkan kedua-duanya disyariatkan mandi wajib. Ini berdasarkan hadis Ali bin Abu Tolib r.a di mana Rasululah s.a.w mengajar para sahabat al-Quran:

"Tiada apa yang menghalang daripada al-Quran selain junub."

- (Riwayat al-Tirmizi, 146, Abu Daud, jil 1, ms. 281, al-Nasai, jil. 1, ms. 144, Ibn Majah, jil. 1, ms. 207, Ahmad, jil. 1, ms. 84, Ibn Khuzaimah, jil. 1, ms. 104. Menurut al-Tirmizi: Hadis ini hasan sahih. Menurut Ibn Hajar: Hadis ini hasan dan diterima sebagai hujah).

2. Hadis Ibn Umar r.a di mana Rasululah s.a.w melarang wanita haid dan orang yang berjunub membaca al-Quran.
- (Hadis riwayat al-Tirmizi, no. 131, Ibn Majah, no. 595, al-Daruqutni, jil. 1, ms. 117, al-Baihaqi, jil. 1, ms. 89. Hadis ini daif kerana riwayat Ismail bin 'Ayyasy daripada penduduk Hijaz. Riwayat Ismail daripada mereka adalah daif. Menurut Ibn Taimiyah dalam kitabnya al-Fatawa, jil. 21, ms. 460: Hadis ini daif menurut kesepakatan ulama yang mengetahui tentang hadis. Rujuk: Nasb al-Rayah, jil. 1, ms. 195 dan al-Talkhis al-Habir, jil. 1, ms. 183).).

Menurut sebahagian ulama, harus membaca al-Quran ketika haid. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Malik, riwayat daripada Imam Ahmad, dipilih oleh Ibn Taimiyah dan disokong pula oleh al-Syaukani. Mereka mengunakan dalil berikut:

1. Hukum asal dalam sesuatu perkara adalah harus dan halal sehinggalah terdapat dalil yang melarang. Tidak terdapat dalil yang melarang wanita haid membaca al-Quran. Menurut Ibn Taimiah, tidak ada nas yang jelas lagi sahih yang melarang wanita haid membaca al-Quran. Beliau menyambung: Dan sudah sedia maklum bahawa wanita pada zaman nabi juga didatangi haid. Baginda tidak melarang mereka membaca al-Quran seperti mana baginda tidak melarang mereka berzikir dan berdoa.

2. ALLAH S.W.T memerintahkan agar membaca al-Quran. DIA menjanjikan pahala yang amat besar. Tidak boleh menghalang manusia membacanya kecuali ada dalil yang tsabit.

3. Menyamakan haid dengan junub adalah tidak munasabah kerana kedua-duanya berbeza. Ini kerana junub atau persetubuhan dilakukan atas dasar pilihan sendiri dan boleh menghilangkan hadas itu dengan melakukan mandi wajib. Ini berbeza dengan haid di mana masa datangnya panjang dan berlangsung selama berhari-hari. Junub pula disyariatkan mandi setiap kali ingin mendirikan solat.

4. Melarang wanita haid membaca al-Quran telah mengurangkan pahalanya dan berkemungkinan ada antara ayat-ayatnya dilupai. Adakalanya ia perlu dibaca al-Quran ketika mengajar dan belajar.

Dengan ini, jelaslah bahawa dalil dan pendapat yang dipegang oleh golongan yang mengharuskan membaca al-Quran bagi wanita haid lebih kuat. Untuk lebih selamat, elakkan membaca al-Quran kecuali ketika bimbang ia dilupai.

Hendaklah diambil perhatian, ini hanya melibatkan bacaan al-Quran pada ayat-ayat yang dihafal dalam dada. Tetapi, berhubung dengan menyentuh mushaf al-Quran ketika dalam haid, ia melibatkan hukum lain. Tetapi, pendapat yang paling tepat antara dua pendapat yang bertentangan adalah diharamkan menyentuh mushaf bagi orang yang berhadas berdasarkan keumuman ayat:

"Tidak akan menyentuhnya melainkan orang-orang yang suci."
– Surah al-Waqiah: 79.

Juga berdasarkan surat Umar Ibn Hazm yang diutuskan oleh Nabi s.a.w kepada Ahli al-Yaman:

"Maka janganlah menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci."
– Riwayat Imam Malik, jil. 1, ms. 199, al-Nasaai, jil. 8, ms. 57, Ibn Hibban, 793, al-Baihaqi, jil. 1, ms. 187. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar: Hadis ini disahihkan oleh sekumpulan Imam. Menurut al-Syafie: Telah tsabit di sisi mereka bahawa ia adalah surat Rasulullah s.a.w. Menurut Ibn Abdul Bar: Surat ini sangat masyhur di kalangan ahli sejarah diketahui oleh para ulama. Pengetahuan ini sangat masyhur. Ia menyerupai mutawatir kerana orang ramai menerima dan mengetahuinya. Menurut al-Albani, hadis ini sahih. Al-Talkhis al-Habir, jil. 4, ms. 17. lihat: Nasb al-Rayah, jil. 1, ms. 196, Irwa al-Ghalil, jil. 1, ms. 158 dan lain-lain lagi.

Jadi, jika wanita haid ingin memegang mushaf al-Quran, lapik dengan kertas yang bersih atau memakai sarung tangan. Atau membalikkan halaman mushaf menggunakan rotan, pen atau sebagainya.

Kesimpulannya, dibolehkan membaca al-Quran selagi mana ia tidak disentuh. Tetapi haram menyentuhnya menurut pendapat yang paling sahih.

Ustazah Sakinah

Friday, 20 May 2011

Mengapa Orang kafir Kaya?

Hari ini, satu persoalan terjawab. Persoalan ini adalah persoalan lama, sekarang tidak pula teman berani mempersoalkan perkara itu. Tetapi Allah itu Maha Tahu apa sahaja yang manusia sembunyikan di dalam hatinya. Maka Allah memberi petunjuk kepada siapa yang dikendakinya dan kepada sesiapa yang meminta petunjuk itu.

Teman pernah putus asa dalam hidup. Masa itu, teman menyalahkan Allah sehingga teman kufur. Teman sebenarnya sedang dalam kesedihan dan kemurungan lalu teman mula mempersoalkan aqidah sendiri. Teman selalu berkata, mengapa orang kafir itu kaya, senang dan bahagia? Mengapa teman yang Islam ini ditimpa pelbagai masalah sedangkan teman bersolat. Kenapa orang Islamlah orang yang paling miskin di dunia? Hari ini, teman terjumpa tafisran di bawah.

Rupa-rupanya Allah pernah menyebut tentang ini bahawa orang-orang kafir itu memang sengaja diberi nikmat dunia sehingga orang Islam ini nampak hina di mata mereka. Padahal mereka itu tidak tahu bahawa itu sifat Rahman dan Rahim Allah. Ganjaran orang Islam adalah di akhirat nanti yang jauh lebih kekal. Dunia itu seperti sesaat sahaja jika dibandingkan dengan negeri akhirat. Maka, apalah sangat kekayaan dunia berbanding ganjaran di dunia abadi seperti Akhirat. Wallahu'alam
A212
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). (Al-Baqarah 2:212)

Allah itu sebaik-baik Penolong

Assalamualaikum wbt dan Selamat pagi,

 

Sempena hari jumaat penuh barakah ini, teman nak bercerita tentang sifat Allah iaitu al-Nasir, Allah Sebaik-baik Penolong.

 

Teman nak ceritakan kisah teman semalam. Masuk sahaja waktu Asar semalam, teman pun beredar dari pejabat teman menuju ke musolla (surau). Hujan lebat sangat pada ketika itu. Beberapa minit sebelum teman meninggalkan pejabat, salah seorang kawan sepejabat teman ingin meminjam payung. Pada mulanya teman terfikir bahawa kalau teman meminjamkannya payung teman, bagaimana teman nak ke musolla nanti? Tetapi entah kenapa seperti ada satu gerakan hati untuk menghulurkan juga payung tersebut. Yang hairannya, ada kawan lain yang menawarkan payung mereka tetapi beliau tidak mahu. Alasannya ialah payung itu kecil. Apabila teman menunjukkan payung teman yang sama kecil dengan payung kawan teman yang lain itu, tiba-tiba sahaja kawan teman itu bersetuju untuk menggunakan payung teman. Tak mengapalah, bukankah tolong menolong itu amalan mulia? Mungkin teman terpilih untuk merebut pahala membantu orang yang memerlukan pertolongan. Bukankah umat Islam disarankan untuk berlumba-lumba melakukan kebajikan. Pahala mesti direbut!

 

Berbalik kepada hujan yang lebat di hadapan teman, teman terus sahaja berjalan sambil memikirkan, ‘Alamak, hujan. Tak apalah, Allah itu sebaik-baik Penolong. Kalau basah pun, basahlah, ini adalah perjuanagn kecil bagi menunaikan ibadah terhadap Allah. Demi Allah, aku sanggup tempuh hujan yang lebat ini. Lagipun bukannya jauh sangat, beberapa meter sahaja, mungkin tak basah sangat kalau kena hujan pun’. 3 meter dari kawasan hujan yang menderu itu, tiba-tiba di pintu pejabat yang terletak dihujung bangunan itu, seorang kakitangan berbangsa India tiba-tiba menghulur payungnya, “Awak tolong sampaikan payung ini pada dia”, sambil menunjuk rakannya yang menunggu di seberang bangunan dan menanti payung tersebut. Payung terbuka dan ia lebih lebar dari payung teman. Tadi, teman pinjamkan kepada kawan teman yang berbangsa India, sekarang yang meminjamkan payung juga dari bangsa India. Bukankah Allah itu maha Adil? Teman bersyukur sangat. Terasa diri disayangi Allah. Teman terus menyeberangi jalan yang lebat dengan hujan itu, petir sabung menyabung dan teman selamat sampai ke penghujung dan menyerahkan payung kepada orang yang menunggu payung itu. Teman mengucapkan terima kasih, di dalam hati teman, terbit ucapan ‘Terima kasih Allah kerana menolongku’. Teman bersyukur sangat-sangat. Teman punya amalan bukanlah hebat, tetapi Allah itu benar-benar Penolong. Dan teman percaya tentang itu malah semakin percaya. Kejadian ini sepatutnya meningkat keimanan teman dan teman berharap teman tidak sombong dengan Allah. Teman harap teman semakin tunduk kepadaNya. Semoga teman sentiasa di dalam rahmatNya.

 

Ketika kita memerlukan pertolonganNya, minta sahajalah kerana Dia sebaik-baik Penolong. Dia Maha Berkuasa dan janganlah kita meminta pertolongan selain daripadaNya. Yakinlah akan kekuasaanNya dan yakinlah dengan pertolonganNya. Semoga kalian mendapat pertolongan Allah, pasti Allah akan menolong hamba-hambaNya yang meminta tolong dariNya. Wallahua’lam.

Thursday, 19 May 2011

Tinggal Puasa Dulu-Dulu, Fidyah sahaja atau Ganti Puasa bersama Fidyah?

Pukul 3 petang tadi, teman menelefon ibu teman. Rupanya ibu teman pun berpuasa.

Teman  :Mak puasa apa? Puasa khamis ke?
Mak     :Mak puasa qadha'
Teman  :Mak belum habis ganti ke?
Mak     :Mak dah ganti, tapi mak niatkan puasa ganti untuk bayar mana-mana puasa yang mak tak tahu mak tinggalkan secara sengaja atau tak.
Teman :Mak bayarlah fidyah. Bukankah qadha puasa itu untuk puasa tahun lepas sahaja. Kalau tahun yang sebelum-sebelumnya, kenalah bayar fidyah, bukan puasakan?
Mak    :Mana boleh macam itu. Fidyah kena bayar, puasa pun tetap kena ganti dengan puasa juga.

Teman menggaru-garukan kepala walaupun ibu teman tidak nampak. Teman ragu-ragu dengan kenyataan ibu teman. Terbit di dalam hati, 'aku belajar agama lagi tinggi, adakah aku yang silap?'.

Sekembalinya teman ke meja teman, teman membuka tafsir al-Baqarah yang teman baca sepanjang hari. Ketika membaca tafsir tersebut, teman terkejut kerana tiba-tiba ayat ini muncul. Seolah-olah Allah mahu menjawab suara hati dan pertanyaan teman.
A184
(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah 2:184)

Jelaslah, memang betul apa yang diberitahu ibu teman. Terasa diri ini kecil, ilmu yang teman sangka tinggi rupanya cetek sangat. Ilmu ibu teman yang tak ke sekolah menengah itu nyata lebih tinggi dari teman yang ada ijazah ini. Hari ini teman meniatkan puasa sunat Khamis, esok teman akan berpuasa qadha'.

Makanlah Yang Halal

A168
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (Al-Baqarah 2:168)
A173
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:173)

Inilah masalah zaman kini, untuk mendapatkan makanan yang halal. Hatta di negara Islam seperti Malaysia sekalipun, ada sahaja isu halal atau tidak produk-produk makanan malahan restoran-restoran yang ternama juga terlibat dalam isu sebegini.

Baru sebentar tadi teman berbual dengan salah seorang pengurus jurutera, kami bercakap tentang percutian yang berpakejkan pakej Islam dan halal. Beliau menceritakan tentang dahulu beliau sering merantau ke negara-negara asing. Beliau terdedah dengan makanan-makanan yang haram tetapi kerana ilmu agama yang cetek, beliau tidak ambil endah tentang itu. Kini beliau sudah berumur 45 tahun, beliau kini berubah dan jiwa beliau tidak lagi begitu. Namun apa yang penting, beliau terdedah dengan makanan sebegitu kerana tiada pendedahan dan kesedaran. Semoga Allah mengampuni dosanya, dan ampunkan dosaku Ya Allah.

Teman kira, jika tiada ilmu di dada, kenalilah perkara yang asas dahulu. Beramallah dengan apa yang kita tahu. Jika kita hanya tahu tentang makanan haram itu adalah babi, anjing, arak, dan apa-apa yang seumpamanya, maka jauhilah apa yang kita tahu itu. Dan pelajarilah ilmu agama itu sedikit demi sedikit supaya kita sedar bahawa diri kita ini milik Allah. Dan belajarlah sehingga Islam menjadi jiwa kita.

Mintalah ampun dari Allah

Teringat pula teman pada kata-kata dari Prof Kamil, mengingatkan tentang sifat manusia itu lemah. Kerana itu, kalau di waktu pagi kita minta ampun dari Allah, tak berapa lama kemudian kita melakukan dosa. Kemudian kita minta ampun lagi, tak lama kemudian kita tetap melakukan dosa. Kerana manusia itu bersifat lemah dan lupa. Sebab itulah kita mesti selalu meminta ampun dari Allah. Selain dari 5 kali peluang wajib yang diberikan Allah kepada kita, kita boleh meminta ampun dari Allah pada setiap masa, bila-bila sahaja kita melakukan yang sunat, dan bila-bila sahaja kita teringat, kita mesti memohon ampun dari Allah.

Mengapa teman mengatakan semua ini? Sebab teman terasa seperti teman ada melakukan dosa. Ketika di surau tadi, teman berbual dengan beberapa senior teman. Kami bercerita tentang kerja. Dalam bercerita, teman tetap cuba sedaya upaya menjaga tutur kata, biarlah segalanya benar. Tetapi dalam memastikan kebenaran kata-kata teman, pastinya ada perkara negatif yang terlahir dari cuba berkata benar, ia mungkin boleh menimbulkan persepsi negatif mereka terhadap subjek yang diperkatakan. Teman takut jika teman sebenarnya secara tak sengaja menfitnah orang, atau jika tidak, teman takut jika kata-kata itu cuma andaian yang tidak benar. Mungkin jika benar, ia mungkin tidak patut disuarakan kerana mungkin sesuatu yang negatif akan terlahir dari kata-kata itu. Teman tak tahu, apa yang teman tahu, teman takut. Rasa bersalah menyelubungi diri.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, yang sedar mahupun tidak, yang kecil dan juga yang besar. Ampunkan aku ya Allah, ampunkan aku.

Jangan Membunuh Makhluk Allah

Pagi tadi, semasa sedang memberi kucing teman makan, teman teringat pada sahabat lama teman. Sahabat teman ini adalah wanita solehah, beliaulah yang mengajar teman mengenali Allah. Salah satu perkara yang teman teringat tentangnya adalah tentang keengganannya untuk membunuh walaupun seekor semut mahupun ulat lampu. Beliau sering menghalang teman membunuh ulat lampu yang bertaburan di bilik teman dahulu tetapi teman merasa hairan mengapa ada manusia sebegitu. Beliau berkata bahawa itu adalah makhluk Allah, kita tiada hak membunuhnya. Memori teman terbang seketika mengenang peristiwa yang berlaku 8 tahun yang lalu. Pagi ini ketika sedang membaca laman sosial Professor Muhaya, teman dikejutkan dengan kenyataan yang menyentuh memori teman awal fajar tadi. Seolah-olah Allah ingin menekankan lagi kepentingan menghormati mahkluk Allah. Ayat Prof. Muhaya tersebut adalah seperti berikut:

 

“Semua makhluk hidup zikir dan ingat pada Allah. Oleh itu jangan sewenangnya membunuh binatang walau seekor semut atau kelkatu kalau tidak menggangu kita.”

 

IMP (Islamic manufacturing Practice)

Teman memang bercita-cita untuk bekerja di syarikat atau perusahaan yang bertaraf IMP (Islamic manufacturing Practice). Teman betul-betul tertarik dengan kaedah yang digunakan dalam mengusahakan produk bertaraf IMP ini. Teman terdengar di radio IKIM, produk yang dikeluarkan mestilah halal dan tak meudaratkan. Ia menitik beratkan proses dalam pembuatan produk tersebut. Orang yang menjalankan produksinya mestilah sentiasa dalam keadaan berwuduk. Dan solat 5 waktu amat dititikberatkan kepada seluruh tenaga kerja produksi terbabit. Pekerja-pekerjanya dimestikan membaca ayat-ayat al-Quran dan mereka mesti menghafal beberapa ayat atau surah bagi memastikan produk tersebut diproses bersama ayat-ayat al-Quran dan doa-doa. Teman benar-benar tertarik. Teman berharap teman mempunyai peluang untuk menjalankan perniagaan seperti itu atau sekurang-kurangnya bekerja dalam syarikat seumpama itu.

 

Hari Ini..

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua

 

Hari ini hari Khamis. Hari yang disunatkan berpuasa. Oleh itu, teman turut sama cuba untuk menunaikan ibadah sunat ini. Risau juga jika niat tersasar, semoga ditetapkan hati bahawa ibadah ini adalah kerana Allah.

 

Malam tadi, teman tidur seawall 10.30 malam. Sedang enak tidur, teman terbangun pada pukul 3.58 pagi. Teman tertanya-tanya mengapa teman terbangun di tengah malam sejak akhir-akhir ini sedangkan selama ini teman hanya akan terbangun sekitar 5 pagi. Teman hanya memulakan solat-solat sunnat pada pukul 5 pagi dan berlanjutan hingga masuk waktu Subuh. Sejak akhir-akhir ini teman ada meminta di dalam doa teman supaya Allah bangunkan teman untuk beribadah padanya. Adakah 4 pagi itu waktu yang paling afdhal? Adakah itu bicara Allah pada teman? Lalu teman berdoa, jika esok teman terbangun pada waktu yang sama, maka memang benarlah itu adalah waktu yang disarankan Allah untuk bangun menyembahNya.

 

Sejak akhir-akhir ini, teman mula membuka lembaran tafsir al-Quran. Beberapa kali teman terpegun dengan tafsiran itu. Maha Suci Allah, ia seperti keajaiban. Ia menceritakan sesuatu yang sangat relevan dengan dunia kita sekarang. Patutlah kita disarankan membaca al-Quran dan mengetahui maknanya, kerana ia benar-benar kitab terbaik yang dapat membersihkan jiwa manusia.

 

Sebenarnya teman takut. Ada satu ayat, teman rasa (teman tak berapa ingat), di dalam surah An-Nisa kalau tak silap, ada menyatakan bahawa jika seorang manusia beriman, kemudian kufur, kemudian beriman dan kemudian kufur lagi, maka Allah tidak akan memberikan petunjuk padanya lagi. Teman orang yang sebegitu dahulu. Teman takut Hidayah kali ini adalah yang terakhir. Teman sangat-sangat takut. Jika ada yang membaca entri kali ini, doakanlah teman supaya sentiasa tunduk pada Allah, sentiasa diteguhkan iman, Islam dan beriman hingga teman hembuskan nafas yang terakhir. Teman dah berumur 30tahun, teman takut jika perjalanan teman masih panjang, teman takut teman terpesong dari landasanNya. Doakanlah teman. Ya Allah, janganlah Kau biarkan aku, aku terlalu lemah dan sangat lemah serta hina. Tundukkanlah aku dan jadikanlah aku hambaMu yang taat dan patuth padaMu.

 

Kepada semua, percayalah kekuatan mukmin itu adalah doa, doa itu senjata orang mukmin. Maka berdoa dan berharaplah padaNya.

Scam Email FW: Dear Concern

Salam and Good Morning to All,

This is, I believe, another scam. Please be careful of this kind of email. I received this kind of email at least 2 times a week.



From: Zhila Sadri [mailto:zs12@cornell.edu]
Sent: Thursday, May 19, 2011 12:31 AM
Subject: Dear Concern


You have a confidential message from the United Nations, you have been awarded a grant sum of $500,000.00USD. Please contact the Executive secretary on  E-mail richard.danielund@yahoo.com.hk or call +44-702-407-8221 for more information.

Wednesday, 18 May 2011

Terima Kasih Guru

Salam Buat Semua,

Semua orang berkata tentang guru, kerana Hari Guru berlangsung semalam. Masing-masing menceritakan tentang guru-guru mereka, macam-macam cerita. Semalam, teman bertanya kepada sahabat teman, adakah dia mempunyai guru kegemaran atau rapat dengan mana-mana guru? Jawapan yang diberi adalah negatif. Dahi berkerut tatkala mendengar jawapan negatif itu, tak ada? Tapi tak mengapa, itu dirinya, biarlah begitu.

Teman? Teman merasakan guru umpama ibu bapa teman sebab teman bersekolah asrama sejak teman tingkatan 1 sehinggalah tamat universiti. Dari penghujung umur 12 tahun sehinggalah berumur 26 tahun, lebih kurang 13-14 tahun hidup berasingan dari keluarga, siapa lagi kalau bukan guru dan penyelia asrama yang menjadi penjaga teman. Guru, pada hakikatnya sangat dekat di hati teman. Ada guru yang teman sayang seperti nyawa, memahami teman dan menerima teman seadanya, tak pernah jemu mengajar dan membimbing teman. Untuk mereka, semoga Allah merahmati mereka. Tiada apa yang teman dapat balas, hanya sekuntum doa buat kesejahteraan mereka. Biarlah Allah yang membalasnya.

Ada juga guru yang melukakan hati teman. Kadangkala, teman berfikir, mengapa seorang pendidik sanggup bersikap negatif terhadap anak didik mereka. Mengapa mereka memulaukan anak didik mereka sendiri. Mengapa mereka sering memperli anak didik yang dirasakan bermasalah. Mengapa mereka sering bersikap negatif dengan anak didik yang tidak disukainya. Dahulu, teman anggap guru itu sempurna. Mereka adalah contoh terbaik dan bukan seperti manusia lain. Tetapi kedewasaan mengajar teman bahawa manusia itu semuanya sama. Apa yang membezakannya adalah pegangan dan amalannya. Teman semakin memahami bahawa para pendidik ini juga manusia biasa yang tidak lari dari masalah. Allah tidak menjadikan guru itu sempurna, tidak juga menjanjikan guru itu semuanya akan masuk syurga dan tak tersentuh oleh api neraka. Mereka sama seperti kita. Sesungguhnya neraka itu adalah balasan yang pasti kepada hamba Allah yang tidak taat dan patuh pada Penciptanya, jadi mengapa perlu teman mengambil hati dan berdendam dengan guru-guru yang pernah menganiaya teman, biarlah Allah menilainya. Mungkin guru itu sudah bertaubat, segalanya dalam rancangan Allah, dan Allah MAha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.  Oleh itu, teman maafkan mereka semua.

Buat guru-guru teman, para pensyarah dan sesiapa sahaja yang pernah mendidik teman secara formal ataupun tidak, teman mengucapkan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan rasa syukur teman di atas ilmu yang dicurahkan. Maafkan keterlanjuran teman, teman manusia biasa.

[spam] [spam] UNITED NATIONS DONATION ©2011 Contact E-mail( cnn.unclaims@msn.com )

Salam and Good Morning,

Be careful of below email, it's a scam email, don't trust! No one wants to give something for free especially huge amount of money. So, please delete this email.

-----Original Message-----
From: United Nation (UNF) [mailto:revista@cro-pe.org.br]
Sent: Monday, May 16, 2011 10:21 PM
Subject: [spam] UNITED NATIONS DONATION ©2011 Contact E-mail( cnn.unclaims@msn.com )

UNITED NATIONS DONATION ©2011.
You have a confidential message from the United Nations (UNF), you have been awarded a grant
sum of £950.000.00GBP.ticket number 27522465896-532 with serial number 652-662 draw lucky
number 7-14-18-23-31-45, Please contact the Executive secretary Mr. Mel George. E-mail
cnn.unclaims@msn.com or call +( 44) 703-1804-713 for more information.

You are required to contact our company representative Mr. Mel George. whom will be in charge
of your claim with the below information: FULL NAMES : ADDRESS : COUNTRY : SEX : AGE :
OCCUPATION : E-MAIL ADDRESS : TELEPHONE NUMBER: Send all the requested claim information to
Mr. Mel George.company representative:

Sincerely yours,
United Nation Foundation(UNF)
Copyright © 1995 Cable News Network, Inc.
ALL RIGHTS RESERVED.
External sites are not necessarily endorsed by CNN Interactive.

Monday, 16 May 2011

Percutian ke Pulau Mutiara

Assalamualaikum w.b.t. semua

Teman mintak maaf, teman sudah lama tak mengemaskini dan memperbaharui laman blog teman ini. Teman sebenarnya pergi bercuti. Teman bercuti ke utara semenanjung iaitu Pulau Mutiara. Seronok betul dan terasa masa berjalan begitu cepat. Alhamdulillah teman tetap melaksanakan ibadah-ibadah wajid dan sunat. Tetapi malangnya teman tak berkesempatan mengerjakan solat Dhuha selama 4 hari, dan tertinggal solat tahajjud pada malam akhir teman di sana. Teman dapati, iman teman ada sedikit goyang dan kehilangan nimat beribadah setelah beberapa hari di sana. Mengikut telahan teman, iman yang bergoyang tersebut mungkin kerana teman terlalu banyak bergembira sehingga hilang nikmat ibadah dan perut teman terlalu kenyang, lebih dari yang sepatutnya. Kenyang itu adalah antara sebab manusia bersikap malas, teman memang tidak nafikan. Walaupun teman paksa juga diri ini untuk melakukan ibadah wajib tepat pada waktunya, tetapi solat yang teman lakukan umpama kehilangan roh. Apabila menyedari kepudaran nikmat ibadah tersebut, teman bersungguh-sungguh berdoa pada Allah agar dikembalikan kemanisan iman dan kenikmatan dalam beribadah. Percaya atau tidak, sampai ke saat ini, perut teman terasa padat dan sebu.

Selain khabar iman, teman ingin bercerita sedikit tentang percutian teman ke Pulau Mutiara. Harap-harap ia dapat dijadikan sedikit panduan jika ada yang terbaca entri kali ini.

Hari pertama, kapal terbang teman mendarat di lapangan terbang Pulau Mutiara tepat jam 9.15 pagi. Pukul 10.30pagi, teman sudah terpacak di hadapan hotel yang berada di tengah-tengah kota Georgetown. Selepas meletakkan barang-barang, teman dan sahabat teman berjalan-jalan di sekitar bazar dan sekitar Komtar. Kami membeli asam dan jeruk, memang sangat murah. Jeruk-jeruk tersebut dijual sekitar RM6-8 sekilogram, murahkan? Penat bersiar-siar sekitar Komtar yang menjadi mercu tanda Pulau Mutiara itu, kami menghilangkan penat di Georgetown Kopitiam yang terletak di tingkat bawah Komtar. Teman memesan laksa asam Penang sementara sahabat teman memesan mee udang. Air soya cendol kopi ais menjadi pilihan kami berdua. Makan di sini sedap, tapi tiada keaslian, tidak rasa seperti berada di Penang, makanan sebegini dengan mudah boleh didapati di kopitiam-kopitiam terkemuka yang sedia ada di setiap negeri.

Pukul 1.30, kami kembali ke hotel. Kami berehat-rehat dan tertidur sekali sekala. Kali melakukan solat jamak takdim, senang, takut-takut kami tiada masa di waktu asar.

Pukul 4 petang, kami berjalan ke Komtar, kami mengambil bas Rapid 203 menuju ke Air Hitam. Teman sudah berjanji dengan ibu teman untuk berjumpa di Kampung Melayu, Air Hitam. Sebenarnya kami menaiki bas yang salah, kami sepatutnya menaiki bas 204 untuk sampai ke tempat yang dijanjikan tetapi teman dan sahabat teman tidak memahami laluan bas di pulau ini, asalakan ada perkataan Air Hitam, kami terus naik tanpa berfikir panjang. Penyudahnya, kami terlajak ke tempat yang kami tidak pasti dan berjalan lebih 1 kilometer (mungkin 2 atau 3 kilometer) untuk berpatah balik dan mencari Kampung Melayu. Nasiblah ibu teman tidak menunggu lama. Hilang penat apabila terpandang wajah ibu tercinta dengan kereta barunya. Selepas ini kami tidak perlu menaiki bas atau berjalan kaki lagi kerana kereta ibu sudah tersedia untuk kami.

Ibu teman lapar, beliau tidak makan sepanjang hari kerana mahu makan bersama teman. Beliau menempuh perjalan selama 3 jam untuk berjumpa teman di pulau ini. Ibu saudara yang tinggal di Kampung Melayu juga ada bersama. Ibu saudara teman menunjukkan jalan ke restoran nasi kandar yang terkenal di pulau ini. Memang sedap nasi kandar yang dihidangkan. Teman memilih udang galah yang besar beserta sotong 2 ekor. Kuah kari pelbagai rasa dibanjirkan ke nasi teman dan sayur kobis cincang yang digoreng menjadi pilihan hati. Untuk ibu tercinta, teman pilihkan kepala ikan bawal yang besar beserta sayur bendi rebus. Rasanya memang mantap dan terngiang-ngiang hingga ke saat ini. Maaflah teman terlupa nama tempat restoran ini. Mungkin kerana sedap sangat. Sahabat teman juga tidak kalah dengan memilih udang galah, ikan goreng serta bendi rebus, itu adalah pertama kali beliau merasa nasi kandar yang asli dari bumi Pulau Mutiara malah inilah kali pertama beliau menjejakkan kaki ke pulau ini. Ibu saudara cuma memilih telur dan sedikit sayur kerana beliau sudah kekenyangan, mungkin sudah bersantap di rumah. Papadom menjadi penyedap rasa, air nescafe ais menghilangkan dahaga di tekak.

Selesai nasi kandar, kami berempat bersiar-siar di sekitar pulau. Teman menjadi pemandu setia seperti biasa. Kami melawat Taman Belia yang menjadi pusat riadah warga tempatan. Tamannya cantik dan nyaman. Kelihatan banyak beruk-beruk yang bergayut di pohon-pohon besar, kadangkala mereka singgah di laluan berlari, mungkin menunggu rezeki dari pengunjung. Teman mengambil gambar sebanyak yang mungkin dan mengambil gambar ibu teman bersama adiknya. Sahabat teman juga tidak sudah-sudah menggayakan tubuhnya agar kelihatan cantik dilensa teman.

Selepas itu kami menyusuri jalan-jalan yang sibuk sehingga kami sampai di padang kota. Kami singgah dan menghirup udara laut yang tenang. Ramai manusia bertenggek di tembok padang kota ini, tak kurang juga pendatang-pendatang asing yang halal mahupun haram, mana tau haram?

Kemudian, kami singgah di Padang Broom, kata ibu saudara, nama tempat tersebut adalah Padang Brown tetapi orang tempatan menyebutnya broom. Kami memesan cendol, ais kacang, pasembor dan Char Ho Fan. Kami sangat teruja dan terkejut kerana cendol tersebut sangat sedap dan boleh dikatakan yang paling sedap penah kami rasa. Tertanya-tanya bagaimana mereka melakukannya sedangkan resepinya agak ringkas dan diketahui ramai, tetapi bagaimana yang kami rasa ini berlainan dan sangat sedap? Ais kacang yang ibu teman pesan terdapat aiskrim di atasnya. Wah, memang sedap. Pasembor yang dipesan cuma berharga RM4 tetapi sangat berpuas hati dan tidak mengecewakan. Rasanya memang mantap sekali. Char Ho Fan pula saling tak tumpah dengan Kuew Tiow Hong Kong, boleh dikatakan hampir sama rasanya. Selesai!

Kami kekenyangan. Kami pulang ke hotel pada pukul 10malam setelah menhantar ibu dan ibu saudara ke Kampung Melayu Air Hitam. Kami melakukan solat jamak ta'khir dan segera tidur kekenyangan dan kepenatan.

Hari kedua, teman bangun pada pukul 5.30pagi, teman segera menunaikan solat Tahajud, dan kemudian membaca al-Quran. Setelah masuk waktu Subuh, teman menunaikan fardu wajib tersebut dan kemudian menggerakkan sahabat teman untuk bersolat. Kami tidak menyambung tidur walaupun hujan lebat membaluti suasana subuh pagi. Memang sedap jika kami memilih untuk tidur tetapi teman terasa rugi jika percutian dihabiskan di katil. Teman sudah terbayang-bayang nasi kandar Kampung Melayu yang sangat terkenal itu.

Pukul 7.45pagi, kami sudah berada di Kampung Melayu, kami berdua terus bersarapan nasi kandar di situ. Ibu teman pasti sudah bersarapan bersama adiknya. Teman memilih limpa, perut dan sayur bendi rebus, sementara sahabat teman memilih ikan. Bersama nescafe tarik, kami menikmati sarapan kami dengan penuh nikmat.

Apabila selesai bersarapan, teman terus pergi ke rumah ibu saudara teman, memang benar mereka telah bersarapan nasi lemak pagi itu.

Pada pukul 9.30 pagi, teman, sahabat teman dan ibu teman sudah terpacak di kaki Bukit Bendera. Ibu saudara teman yang seorang lagi yang tinggal di Jelutung ingin turut serta menaiki Bukit Bendera. Bersamanya ada sepupu teman, anak sepupu teman serta anak saudara teman yang dijaga ibu saudara teman itu, dapatlah ibu berjumpa dengan cucunya. Keretapi kami bergerak ke atas pada pukul 10pagi. Setiap kabin sesak dengan pelancong. Suasana sejuk dan berkabus, kadangkala sedikit hujan renyai membasahi bumi. Perjalanan selama 15 minit berakhir di puncak Bukit Bendera. Kami kemudia menaiki kereta kecil seperti kereta yang digunakan di padang golf, teman membayar RM30 untuk kereta tersebut, kami kemudia dibawa ke sekitar Bukit Bendera dan subhanallah, pemandangannya sangat cantik. Teman abadikan pemandangan cantik di lensa kamera teman. Terdapat peti pos yang berusia 150 tahun dan terletak berhampiran sebuah banglow ynag dikelilingi pokok-pokok bunga yang sangat cantik.

Kami tidak lama di atas, pukul 11.30 pagi, kami turun ke kaki bukit kembali. Bapa saudara teman sudah menunggu dan kami berkonvoi ke sebuah kedai makan berdekatan Kampung Melayu yang menghidangkan juadah-juadah tempatan. Harganya sangat murah iaitu RM34 untuk keseluruhan makanan untuk 6 dewasa dan 1 orang kanak-kanak 7 tahun. Sambal belacannya sangat sedap dan asli, tidak terdapat di selatan tanah air. Ulam-ulaman dan ikan keli menjadi pilihan yang menyelerakan. Kuah kari ditabur di atas nasi, menambahkan rasa nikmat ynag tak terhingga. Rasa karinya tidak sama seperti di selatan, rasanya lebih asli dan sedap.

Kami kemudiannya menuju ke kondominium tepi laut di Jelutung milik ibu saudara yang menjaga anak saudara teman itu. Ibu akan tidur di situ malam ini. Kami berehat-rehat dan bermain dengan anak saudara teman yang berusia 6 bulan itu. Kami menunaikan solat jamak takdim di situ.

Pukul 3petang, teman, ibu teman dan sahabat teman keluar lagi, kali ini menuju ke Queensbay Mall. Di Queensbay Mall, teman singgah di JCO dan membeli donut pelbagai rasa, teman tahu ibu pasti suka. Teman juga membeli ais yogurt yang ditaburi dengan buah strawbei, peach dan longan. Ibu teman sangat-sangat suka kerana beliau sudah biasa dengan makanan kampung, sekali sekala dapat merasa makanan sebegini memang menggembirakannya. Selepas sejam berada di situ, kami menuju ke Seberang Perai. Kami memilih Jusco Perda, berhampiran Bukit Mertajam sebagai destinasi membeli beberapa barangan. Ibu teman memang gemar mengumpul beg tangan, lalu teman belikannya sebuah beg tangan sebagai hadiah Hari Ibu. Teman dan sahabat teman juga membeli beg tangan untuk diri masing-masing.

Jam menunjukjan jam 5.30 petang. Kami teringin untuk merasa mee udang buatan tempatan lalu kami menuju ke stesen bas Butterworth. Di situ terdapat banyak gerai makanan, kami memilih tempat yang menghidangkan mee udang lalu kami memesannya. Agak sedap tetapi tidaklah signifikan. Biasa-biasa sahaja. kami sempat membeli pelbagai jenis jeruk dan asam di salah sebuah gerai mak cik yang baik hati. Jeruknya adalah buatan sendiri dan beliau tidak lokek memberi kami merasa semua jenis asam jeruk di situ. Teman tidak ketinggalan membeli sejenis asam yang sudah lama teman tidak jamah iaitu asam katuk. Asam ini hanya terdapat di utara.

Kami kemudian bergerak ke arah feri. Sahabat teman berasa kagum kerana feri itu boleh memuatkan sejumlah kereta dan motosikal. Di bahagian atasnya pula ada penumpang yang tidak berkenderaan. Ada juga feri yang disedikan hanya untuk kenderaan di atas mahupun di tingkat bawah feri tersebut. Apabila feri berlabuh, kenderaan berderum-derm beratur memasuki feri. Kereta diparkir dan enjin segera dimatikan. Pastikan brek tangan dinaikkan. Kami mengunci kereta dan menuju ke bahagian depan feri, terasa air laut begitu dekat. Sahabat teman adalah orang yang paling gembira dan kagum pada saat itu dan tidak habis-habis menyatakan keseronokannya berada di atas feri tersebut. Teman dan ibu teman sudah biasa, ini tempat kami. Dari kecil teman sudah biasa menaiki feri ini, dahulu jambatan tersebut belum siap jadi feri adalah pengangkutan utama keluar masuk ke pulau.

Kami tiba di kondominium ibu saudara teman pada pukul 9 malam. kami sesat ketika mencari bangunan kondo tersebut. Apabila kami sampai, kakak teman sudah berada di situ sedang bermain dengan anaknya. Kami berehat-rehat dan kemudian teman dan sahabat teman pulang ke hotel.

Hari ketiga, seperti biasa teman bangun pukul 5.30 pagi dan menunaikan solat Tahajud dan kemudiannya solat Subuh. Kemudian teman menggerakkan sahabat teman untuk menunaikan solat. Kami tertidur kembali kerana masih mengantuk. Pukul 7.30 kami bangun dan bersiap.

Destinasi pertama teman pada hari itu adalah Road Walk. Road Walk adalah tempat yang terkenal di sana. Ia menjual segalanya dan terdapat banyak barang terpakai yang dijual di situ. Tujuan teman ke situ adalah untuk pergi bersarapan di sebuah restoran yang diperkenalkan abang teman. Restoran itu ada pelbagai juadah sarapan tempatan. Terdapat nasi ayam yang ayamnya digoreng dengan rempah dan kelihatan sangta sedap. Ada nasi berlauk, ada nasik lemak berlauk, ada rojak mamak dan yang paling istimewa adalah Kuew Tiow Th'ng. Penyediaan Kuew Tiow Th'ng ini agak mudah tetapi rasanya sangat sedap. Sahabat teman memesan Kuew tiow Th'ng tersebut sementara teman memesan nasi lemak berlauk. Memang sedap dan berbaloi. Kami cuma membayar RM10 sahaja termasuk dengan nescafe tarik yang kami pesan.

Kami kemudia berjalan-jalan di Road Walk sambil membeli beberapa ole-ole. Pukul 11pagi, kami sudah pun berada di kondo ibu saudara. Ibu teman sedang bermain dengan cucu. Sempat juga sepupu teman memasang cerita Hantu Mak Liman. Boleh tahan juga filem Melayu. Ibu teman sangat suka dengan filem itu. Pukul 1 tengah hari, kami bertiga keluar, kali ini kami berniat untuk pusing satu pulau. Kereta menghala ke Batu Feringgi dan Tanjung Bungah. Kami berhenti di batu Feringgi, jalannya sunyi mungkin kerana semua orang sedang bekerja dan orang-orang Islam pula sedang menunaikan solat Jumaat. Kami berhenti di sebuah restoran di tepi pantai, kami berehat di situ ditemani air kelapa dan rojak petis. Kami menyambung perjalanan dan akhirnya berhenti di sebuah empangan. Suasananya cantik dan nyaman dan kami mengambil beberapa keping gambar di situ. Kami tidak berhenti lama, kami terus menyusuri jalan yang berbengkang bengkok itu menuju ke Balik Pulau. Kami tidak berhenti di Balik Pulau, kami hanya berhenti di sebuah bukit sebelum sampai di Relau. Bukit itu sangat indah, kelihatan seluruh Balik Pulau dari situ. Di situ terdapat kedai makan dan gerai buah-buahan. Ada durian! Itu adalah buah kegemaran teman! Teman bernasib baik kerana durian tersebut adal durian dari Changlun, Kedah dan isinya kuning keemasan. Rasanya sangat sedap, sedikit pahit dan sangat lemak.

Pukul 4.30 petang, kami sampai di Kampung Melayu Air Hitam. Ibu saudara sudah menunggu. Beliau sudah menyediakan masakannya yang sangat sedap, beliau sendiri adalah bekas tukang masak di pulau itu. Beliau menghidangkan kami Masak Lemak Cili Api Jantung Pisang, Gulai Daging Pekat, Dalca Daging dan ikan masin pelbagai jenis. Semuanya sedap dimakan bersama nasi yang panas. Kami sangat puas dapat menyantap makanan sesedap itu. Teman sempat menunaikan jamak ta'khir di situ sebelum perut penuh diisi dengan santapan lazat tersebut.

Sebelum maghrib, kami bertolak pulang ke kondo. Ibu saudara keluar bersama sepupu dan bapa saudara teman untuk mengambil barang mereka di rumah lama. Dan kami dirumah berehat-rehat sambil menonton filem Ngangkung. Dan kemudiannya tertidur selepas menunaikan solat jamak. Pukul 1.50pagi, teman dan sahabat teman dikejutkan oleh ibu saudara teman. Di ruang tamu telah terhidang makanan yang lazat-lazat, seolah-olah semuanya mimpi. Ibu, kakak dan sepupu sedang bersila menunggu kami berdua. Rupa-rupanya, sekembalinya ibu saudara ke rumah, beliau terus memasak dan mahu memastikan kami makan malam di rumah walaupun sudah terlambat. kami dihidangkan dengan ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masing, ikan cencaru serta kari kepala ikan. ia sangat menyelerakan walaupun pada pukul 2 pagi seperti itu. Kami membasuh muka dan berkumur, terasa seperti bangun sahur pula. Ibu saudara memang sudah biasa memasak di tenagh-tengah malam kerana bapa saudara sering lapar di tengah malam. Katanya, pukul 2 pagi dikira wal berbanding kebiasaannya yang memask sekitar pukul 4 pagi. Patutlah kami dikejutkan tanpa rasa bersalah. Habislah diet kami. kami makan dengan berselera dan bertambah nasi. Masakan yang jarang-jarang jumpa di selatan.

Kami sambung tidur dan tidak larat lagi pulang ke hotel. Mungkin kerana terlalu banyak makan, teman terlepas solat tahajud. Teman dikejutkan ibu pada pukul 6.15pagi dan terus sahaja menunaikan solat Subuh. Kemudian tertidur lagi. Pukul 7.30 teman dan sahabat segera keluar dari kondo untuk pulang ke hotel, tetapi sahabat teman teringin mahu menjamah sarapan di Road Walk. Kami terus menuju ke Road Walk dan bersarapan di situ. Sahabat teman memesan Moi Th'ng, ia sejenis bubur berkuahkan sup yang sedap. Teman pula hanya mengambil nasi lemak bungkus kerana ia bersaiz kecil dan teman belum terlalu lapar. Nasi lemak itu kecil tetapi sangat sedap, lebih sedap dari nasi lemak berlauk semalam.

Pukul 8.30, kami sudah berada di bilik hotel. kami harus mendaftar keluar secepat mungkin kerana hari ini adalah hari terakhir kami di sini. Kapal terbang kami bertolak pukul 4 petang nanti dan kami perlu berada di lapangan terbang sejam lebih awal. Kami tiba kembali di kondo ibu saudara sekitar jam 10 pagi. Teman membawa kakak, anak saudara, ibu dan sahabat teman bersiar-siar di Bayan Baru, niat teman adalah untuk membawa ibu dan kakak teman bersarapan kerana mereka belum menjamah apa-apa makanan sejak pagi tadi. kami singgah di Giant Bayan Baru, di situ  kami memesan cendol, ais kacang dan yong tau fu yang sangat sedap. Kemudia kami membeli sedikit ole-ole dan pada pukul 12.30tengah hari, kami singgah di sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai makanan tengah hari termasuklah segala jenis ikan bar, lauk pauk tempatan, ulam-ulaman, kari, dan pelbagai aneka sambal. Teman mengambil ikan keli bakar, pari bakar (kegemaran ibu), sotong masak sambal, ulam-ulaman, ikan masin, kuah kari dan sambal-sambal. Mereka makan dengan gembira dan berselera, tiada apa yang berbaki.

Pukul 1.30 petang, kami kembali ke kondo tersebut. Alamak, ibu saudara sudah menyediakan makanan tengah hari. kami melengah-lengahkan masa agar kami hanya menghadap makanan tersebut selewat yang mungkin kerana masih kenyang. Pukul 2 petang, ibu saudara mula menghidangkan makanan. Setelah selesai solat, kami ke meja makan dan masakan ibu saudara membuka selera kami kembali. Gulai labu, kari ikan, ulam-ulaman, sambal belacan dan ikan goreng benar-benar menaikkan selera. Kami bersantap lagi entah kali yang ke berapa. Kami makan seolah-olah kami memang lapar, bukannya apa, makanan yang terhidang memang sangat menyelerakan. Kopi O ais menyedapkan tekak.

Selesai makan, teman, ibu teman dan sahabat teman meninggalkan kondo tersebut dengan perut ynag kekenyangan. ksami sampai di lapangan terbang pada pukul 3 petang dan ibu teman terus sahaja pulang ke kampung yang mengambil masa 3 jam perjalanan. Semasa teman sedang menunggu di ruang berlepas, beliau menelefon untuk memberitahu beliau sedau sampai di Juru. Teman sampai ke selatan pada pukul 5.15 petang dan ibu teman masih belum tiba di kampung. Beliau tiba pada pukul 7petang dan selamat sampai ke pangkuan ayah teman, alhamdulillah.

Percutian kali ini memang penuh dengan acara makan-makan. Memang begitulah Pulau Mutiara, ia dikenali sebagai syurga makanan. Teman beruntung kerana segalanya dipermudahkan Allah, cuma teman terkilan kerana teman hilang nikmat beribadah semasa di sana. Teman mesti segarkan kembali jiwa teman terhadap yang Esa. Alhamdullah, semalam teman kembali menunaikan solat-solat sunat yang tertinggal sepanjang berada di sana. Semoga teman sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Dan mohon agar janganlah hati ini berpaling dariNya walau sesaat. Terima kasih Ya allah di atas percutian ini dan ampunkan dosaku.

Tuesday, 10 May 2011

Travelog Haji, Mengubah Sempadan Iman - Prof Kamil Ibrahim

Salam buat semua dan selamat pagi,

Teman baru sahaja lepas buat satu laporan ringkas buat ketua projek teman. Tiba-tiba teringat pulak buku yang teman baru sahaja habis baca pada hari sabtu yang lepas. Buku ini ditulis oleh Profesor Muhd. Kamil Ibrahim. Tebalnya adalah dalam satu inci muka surat tetapi jangan khuatir, teman yakin sesiapa yang membacanya takkan mahu berhenti dan dapat menghabiskannya dalam masa sehari atau dua hari tanpa henti, kecuali jika ingin mandi, solat, makan dan melaksanakan perkara wajib yang lain.

Teman sangat teruja membaca buku ini, bukan kerana apa, sebab teman rasakan yang teman memerlukan transformasi itu. Teman sudah banyak membuang masa dan lalai selama ini, teman rasa teman adalah hamba Allah yang paling hina. Buku ini memberi harapan bahawa transformasi itu mampu dilakukan dan kita mampu berubah. Dan teman tak pernah terfikir bahawa teman mampu melaksanakan ibadah haji, selalu bermain di minda bahawa diri ini belum bersedia dan masanya masih jauh. Tetapi buku ini adalah hikmah Allah dan tarbiah dari Allah melalui cara penyampaian Prof Kamil, dan teman mula menyimpan cita-cita untuk menjejakkan kaki ke rumah Allah dan menjadi tetamunya yang istimewa. Semoga Allah merahmati penulis buku ini dan keluarganya. Perasaan takut berselang seli dengan keinginan yang meluap-luap untuk dijemput ke rumah Allah.

Buku ini bukanlah tentang tatacara untuk mengerjakan ibadah haji, tetapi dengan cara penyampaian yang santai, pembaca boleh memahami sedikit sebanyak proses haji. Perkara yang paling penting adalah roh haji itu sendiri dan pemahanan seseorang tentang aqidah dan amalan ibadahnya. Buku ini banyak menekankan tentang kehebatan doa, malah kita patutnya bersyukur kerana doa adalah senjata yang Allah anugerahkan buat kita. Memusatkan perhatian kepada Maha Pencipta adalah satu keperluan yang perlu sentiasa ada bukan sahaja di Rumah Allah, tetapi di semua tempat kita tujui dan setiap masa. Buku ini juga bercerita tentang Kasih Allah yang dapat dirasakan dengan jelas jika roh Islam itu kita tumpukan dan rasakan.

Kepada pembaca, anda juga boleh melayari blog Prof Kamil 'Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan'. Teman mengikuti blog beliau dan teman harap, penghijrahan Prof Kamil ke Madinah September tahun ini tidak memutuskan hubungan dakwahnya dengan kita semua.

Monday, 9 May 2011

A Doctor In the House oleh Tun Mahathir

Salam buat semua,

Ini adalah buku yang mesti dimiliki. Teman tak habis baca lagi, tapi teman betul-betul menyarankan agar semua penggemar buku membeli dan membaca buku ini. Buku ini secara peribadinya ditulis oleh Tun Mahathir. Teman baru membaca satu bab dan teman benar-benar teruja dengan penggunaan bahasa Inggeris yang hebat tetapi mudah difahami, penyampaian yang santai dan terbayang-bayang Tun Mahathir sedang berucap ketika membaca tulisannya itu. Banyak sejarah yang tidak tertulis di buku sejarah sekolah terdapat di dalam buku ini. Dan beliau sangat berterus terang dalam permainan politik yang beliau mainkan. Coretannya jujur dan memberi banyak input yang berguna. Baru satu bab, teman rasakan banyak yang teman pelajari. 2 inci muka surat yang seterusnya perlu teman habiskan dan teman tak sabar-sabar untuk membacanya, ia amat melekakan dan terasa diri penuh dengan ilmu. Teman harap, ulasan teman yang tak seberapa ini dapat memberi sedikit panduan kepada penggemar-penggemar buku. Marilah membaca kerana membaca amalan mulia dan itulah ayat pertama yang diwahyukan dengan ayat penegasan, IQRA'!

Surah At-Taubah Ayat 128-129

Salam Buat Semua,

Nampak tak lampiran di sebelah ini? Ini adalah gambar yang teman ambil daripada tulisan teman sendiri, baru saja ditulis dan disalin pagi ini. Ini adalah ayat At-Taubah ayat 128-129. Teman terjumpa tentang ayat ini di blog Profesor Kamil, Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan. Arwah bapa mertuanya pernah memberitahunya ketika arwah sedang terlantar sakit bahawa ayat ini jika diamalkan sebagai doa, menjadi doa untuk meminta dipanjangkan umur. Pesan arwah lagi, jika sampai satu masa ayat ini sudah tidak mampu dibaca dengan lancar oleh pengamalnya, ia bermakna ajalnya semakin hampir. Wallahua'lam, semoga apa yang dikatakannya itu benar. Teman terus sahaja membuka senaskhah al-Quran kecil di meja teman ini dan menyalin surah ini lalu teman tampalkan di hadapan meja teman supaya teman boleh menghafal dan mengamalkannya. Pada hakikatnya, teman sebenarnya sedang susah hati dan berasa resah kerana masalah di tempat kerja. Hati teman agak lega apabila membaca ayat ini kerana di dalamnya terdapat makna yang mendalam "Kemudian jika mereka ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arash yang besar. At-Taubah:129". Ya, cukuplah Allah sebagai sebaik-baik penolong. Cukuplah Allah. Itulah yang sangat melegakan. Sekiranya ditakdirkan Allah bahawa kuasa dan peluang ini bukan milik teman, maka teman terima kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, tentu segalanya mempunya sebab dan hikmah, teman perlu redha dan sabar.

Kepada sesiapa yang membaca entri ini, jika lampiran teman itu susah untuk dibaca, anda bolehlah membuka Al-Quran dan mencari surah At-Taubah, ayat 128-129. Semoga perkongsian teman ini dapaty membawa manfaat kepada semua.

Ya Allah, Aku sedang Diuji, Kurniakan aku dengan kesabaran, Ya Allah, Tolonglah aku Ya Allah

Hari ini, kesabaran teman teruji. Teman kira, ujian ini sangat besar, sehingga jantung berdegup laju dan maruah dan kesabaran rasa tercabar. Sesungguh ya Allah, aku mohon perlindungan dariMu daripada tipu daya dan penindasan orang-orang kafir, sesungguhnya tempat orang-orang kafir itu adalah neraka jahannam. Sekiranya mereka layak dan pada mereka itu ada sekeping hati yang jujur dan baik, maka berilah mereka itu hidayah.

Surat ini ku tujukan buat yang Maha Pencipta, buat Tuhanku, Rabbul 'Arsyil' 'Azim...

Ya Allah, hari ini aku faham Kau mendugaku. Berkali-kali ku mohon padaMu, kurniakan aku kesabaran yang tinggi, dan hari ini, tibalah ujian yang menduga kesabaran yang memerlukan setinggi-tinggi sabar.

Ketua aku yang kafir itu, dari pengamatan aku beliau bukanlah manusia yang baik. Ramai juga orang kafir yang aku kenal tetapi ada di antara mereka yang baik hati tetapi ketua ku ini bukanlah dalam golongan tersebut. Beliau seorang yang penuh tipu muslihat dan penganiayaan yang dilakukannya adalah secara halus tetapi mudah diagak. Ya Allah, sesungguhnya ketuaku yang kafir ini adalah ketua ku, aku fikir, kami di pejabat ini terutama kepada orang-orang Islam, telah ditindas olehnya. Beliau mengangkat kaumnya dan menjatuhkan orang Islam dengan caranya yang tersendiri. Aku benar-benar mati akal. Ya Allah, ketua ku ini adalah hambaMu jua, sesungguhnya yakinkanlah ke dalam hati ini bahawa ini semua di dalam rancanganMu untuk memberi ganjaran kepadaku dengan rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka. SesungguhNya Engkau lebih mengetahui dan Maha Mengetahui, aku hambaMu yang hina dan sepatutnya sabar ketika diuji. Dan aku yakin dengan janjiMu tentang rezeki. Sesungguhnya jika rezeki itu telah ditentukan untukku, ia tak mungkin akan dapat dirampas dengan izinMu. Ya Allah, teguhkanlah keimananku ketika ujian ini melanda dan tingkatkanlah kesabaran di dalam diriku dan tundukkanlah hati ini untuk menyembah Engkau yang Satu dan redha dengan kehendakMu. Aku takut redha itu seperti tidak berusaha. Aku buntu samada aku perlu melakukan sesuatu atau aku harus terima keadaan ini.
Ya Allah, adakah aku patut menyuarakan isi hatiku? Apakah makna kesabaran? Adakah aku harus menerima keadaan ini dan terus berusaha, atau aku harus mempertahankan hak aku dan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pentadbirannya yang berat sebelah itu? Ya Allah, berikan aku petunjuk. Berikan aku petunjuk. Tiada siapa yang dapat menolongku selain Engkau, kerana Engkau sebaik-baik penolong. Engkaulah yang mempermudahkan segala urusan. Bantulah aku Ya Allah, tolonglah aku Ya Allah, Dengarkanlah doaku ya Allah, sabarkan aku ya Allah.