Friday 22 April 2011

Resepi Orang Bujang- Ikan Kembung Masak Asam Kicap

Salam Puan-puan, Cik Bedah, Kak Tipah dan kakak-kakak semua,

 

Hari ni, resepi bujang teman masih menggunakan ikan kembung kerana hanya itu sahaja benda yang terdapat di dalam peti ais teman. Oleh itu, sepanjang minggu, puan-puan akan hanya mengadap resepi ikan kembuang teman. J Baiklah, kali ni masakan teman tak susah, senang sangat-sangat, bak kata orang kampung, main campak-campak saja. Menu ini menu yang sihat ya puan-puan kerana kurang menggunakan minyak. Ikan yang dipilih janganlah yang tercemar dengan radiasi ya puan-puan. Sayur goreng pun sangatlah mudah untuk dimasak, hanya mengambil masa tak sampai 10 minit. Selamat mencuba.

 

Ikan Kembung Masak Asam Kicap

Bahan-bahannya:

  1. Bawang besar- ½ biji – dipotong-potong
  2. Bawang putih – 2 biji – dipotong-potong
  3. Halia – 1 inci – di ketuk
  4. Cili api – 4 biji – dipotong-potong
  5. Kicap – 4 sudu
  6. Air- ½ cawan
  7. Sos Tiram – 1 sudu
  8. Limau Kasturi – 2-biji- diperah
  9. Ikan kembung- 5 ekor kalau kecil saiznya
  10. Garam dan perasa

 

Cara-cara memasaknya:

  1. Masukkan air, kicap, sos tiram, bawang besar, bawang putih, halia dan cili api ke dalam kuali yang panas.
  2. Bila sudah mendidih, perahkan limau, masukkan garam dan perasa secukup rasa.
  3. Masukkan ikan kembung dan perlahankan api, tutup kuali dengan penutup dan masak selama 5 minit.
  4. Siap.

 

Sayur goreng

Bahan-bahannya:-

  1. Kobis- ¼ biji, dipotong-potong
  2. Putik jagung – 1/3 mangkuk
  3. Lobak – ½ biji-dipotong-potong
  4. Kacang buncis – 6-8 batang – dipotong-potong
  5. Bawang besar – ½ biji- dpotong-potong
  6. Bawang putih-3biji- dipotong-potong
  7. Cili api -3 biji – dipotong-potong
  8. Ikan bilis – ½ genggam
  9. Minyak masak- 2 sudu
  10. Garam dan perasa

 

Cara-cara memasaknya:

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili api.
  2. Bila dah naik bau wangi, masukkan putik jagung, lobak dan kacang buncis. Lepas seminit, masukkan kobis.
  3. Masukkan garam dan perasa dan digaul rata.
  4. Angkat dan hidangkan, jangan masak lama sangat di atas api kerana nanti hilang zat-zat sayur tersebut.

 

 

1 comment:

  1. thx admin for sharing. tried ur recepi. not bad. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.


    >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

    ReplyDelete