Thursday, 21 April 2011

Kuatkan Semangat

Salam Semua,

 

Semalam, segala kerja-kerja teman dah ditukarkan ke kawan sekerja teman yang lain. Teman sebenarnya tak berkenan sangat dengan keputusan ketua teman sebab teman masih ada 2 bulan sebelum projek mega dijalankan, tapi apakan daya, teman ni cuma pekerja biasa. Apa sangatlah kuasa teman untuk menidakkan keputusan ketua teman. Walaupun teman ni, pada hakikatnya dilantik sebagai naib ketua, tapi teman dapat rasakan perlantikan itu cuma untuk menutup kelemahan orang-orang tertentu sahaja. Hakikat yang sebenar, teman tak punya kuasa melainkan dijadikan boneka. Walaupun teman tak mahu diperbodohkan, tapi orang yang bodoh itu sebenarnya adalah manusia yang membuat keputusan atau sesuatu tindakan dengan terburu-buru. Mengikut pengalaman teman, kita kena bersabar dalam banyak hal. Dan sabar itu adalah salah satu kunci kejayaan.

 

Begitulah juga dengan sejarah orang-orang yang hebat dalam sejarah Islam mahupun sejarah manusia sejagat. Kebanyakan pemimpin terkenal atau ahli ilmuan yang terkenal tidak mencapai ke tahap mereka hari ini dengan jalan mudah. Ada yang dipenjara berbelas tahun lamanya seperti imam mazhab-mazhab besar Islam. Ada jugak dipenjarakan untuk beberapa tempoh atau berulang kali dipenjarakan seperti ulamak terkemuka Indonesia, Hamka. Socrates juga pernah dihukum begitu juga pemimpin-peminpin lain di dunia. Orang-orang yang berjaya seperti Alexender Graham Bell, Albert Einstein dan beberapa lagi ahli ilmuan pada mulanya mengalami kegagalan yang tak terkira kerana cuba menghasilkan sesuatu yang bermanfaat buat alam sejagat. Tun Mahathir juga pernah dibuang parti kerana surat layangnya. Orang-orang yang hebat sememangnya memerlukan satu anjakan yang terhasil dari kegagalan atau kesusahan.

 

Jadi, mengapa teman ceritakan semua ni, sebab teman rasa teman sedang melalui saat-saat bila roda teman berada di bawah. Teman akan pastikan roda teman berada di atas kembali. Bila kita memutuskan untuk tidak menjadi boneka lagi, maka tuan kita terpaksa mengenepikan kita dengan caranya yang tersendiri. Untuk orang yang otaknya sentiasa laju berfikir, dan untuk orang yang sentiasa berinovasi, apabila aktivitinya dihentikan, apabila kerja-kerjanya dirampas sehingga seseorang itu hilang fungsi, egonya mula tercabar, mindanya tersentap berserta dengan jiwanya. Kalau salah membuat keputusan, akal yang hebat boleh terbalik menjadi semakin lembab, kepimpinan yang tidak digilap pun boleh menjadi pudar, kemampuan yang selama ini bersinar pun boleh bertukar menjadi suram. Oleh itu, teman rasa, teman patut melakukan apa sahaja yang terbaik untuk teman dan jabatan teman. Tak berfungsi tak bermakna tak produktif. Teman akan terus menyinar dan bersinar, sehinggakan tiada siapa lagi yang dapat menutup sinaran teman. Bila tiba masanya teman melaksanakan projek mega itu nanti, teman akan buktikan kepada orang yang di atas sana bahawa teman mampu lakukan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment