Thursday, 21 April 2011

Resepi Orang Bujang- Terung Masak Tumis Cili dan Ikan Kembung Goreng

Baiklah puan-puan. Hari ni, teman masak ringkas-ringkas sahaja (memang hari-hari pun ringkas). Terung tu, memanglah banyak kerja sikit, kena pangganglah, apalah, tapi tak mengapa, hasilnya sedap tau. Teman sertakan juga menu ikan goreng yang boleh dikatakan semua orang tau, tapi percayalah, masih ada yang tak tahu. Jadi teman ni bukan ah-Long, teman cuma nak tolong. Teman faham perasaannya orang-orang yang tak tahu memasak langsung itu. Dulu teman pernah mintak resepi goreng ikan bilis dekat kawan teman, itu sebab teman faham. Kalau sesiapa yang nak bawa bekal pagi-pagi pergi sekolah mahupun kerja, masaklah terung ni malam-malam, esok pagi tinggal panaskan sahaja. Ikan tu, janganlah goreng malam-malam, nanti sejuk tak sedap. Pagi tu, sementara panaskan terung, bolehlah goreng ikan. Harap maklum ya. Baiklah, jangan malas-malas, jangan asyik beli di kedai saja, ringan-ringankan tulang anda.

Terung Masak Tumis Cili
Bahan-bahannya:
  1. Terung yang panjang- 1 biji
  2. Cili besar – 2 biji
  3. Cili padi – 6 biji
  4. Bawang besar – 1 biji
  5. Limau Kasturi – 1 biji
  6. Ikan Bilis – segenggam
  7. Minyak – 3 sudu

Cara-cara memasak:
  1. Panggang terung tersebut dalam 7 minit kemudian potong-potong.
  2. Goreng ikan bilis, tapi jangan garing sangat.
  3. Tumbuk cili besar, cili padi dan bawang besar. Kalau malas sangat, kisar saja.
  4. Tumis cili dan bawang yang dikisar tadi ke dalam 3 sudu minyak. Bila pecah minyak, masukkan air untuk  mendapatkan kuah.
  5. Perahkan limau kasturi dan gaul rata.
  6. Masukkan ikan bilis, garam dan ajinomoto secukup rasa.
  7. Masukkan terung yang dah dipanggang dan dipotong tadi.
  8. Angkat dan hidangkan dengan nasi, sedap…..selamat mencuba

Ikan Kembung Goreng
  1. Ikan kembung- 3-4 ekor (untuk 2 orang makan)
  2. Serbuk Kunyit – 1 sudu
  3. Garam sedikit
  4. Minyak -6 sudu

Cara-caranya:
  1. Gaulkan serbuk kunyit dengan ikan kembung yang sudah dibuang isi perutnya.
  2. Gaulkan dgn sedikit garam.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan yang dah digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam tadi.
  4. Apinya jangan kuat sangat. Nanti hangus, padan muka.

*Cuba untuk tidak mencemarkan bahasa ibunda*

No comments:

Post a Comment