Pagi ini, seperti biasa, motivasi pagi di radio IKIM setiap 7.30pagi benar-benar menyegarkan minda. Pagi ini Ustaz Zamri memperkatakan tentang, kita akan dapat setiap apa yang kita lihat dan niatkan. Beliau memberi bebera situasi, tentang beberapa orang yang pergi ke Port Dickson. Orang yang pertama datang ke PD dengan niat untuk berehat dan menenangkan minda, maka dia dapat apa yang dia mahukan apabila dia berada di
I am the servant of Allah, someone who has nothing, no wealth, no power, no excitement, a little knowledge, I am nothing.
Thursday, 28 April 2011
Niat
Catatan tahun lepas:
Pagi ini, seperti biasa, motivasi pagi di radio IKIM setiap 7.30pagi benar-benar menyegarkan minda. Pagi ini Ustaz Zamri memperkatakan tentang, kita akan dapat setiap apa yang kita lihat dan niatkan. Beliau memberi bebera situasi, tentang beberapa orang yang pergi ke Port Dickson. Orang yang pertama datang ke PD dengan niat untuk berehat dan menenangkan minda, maka dia dapat apa yang dia mahukan apabila dia berada disana . Orang kedua, datang dengan tujuan bekerja, iaitu mencari minyak untuk syarikat minyaknya, maka dia dapat melaksanakan apa yang diniatkannya. Orang ketiga datang untuk memancing, maka dia dapat melaksanakan tujuannya untuk memancing itu. Orang yang keempat datang ke PD, dan mengharapkan untuk bertemu dengan gadis-gadis seksi di tepi pantai, maka orang itu juga mendapat apa yang menjadi tujuannya. Jadi apa yang boleh disimpulkan di sini, seseorang akan mendapat atau melaksanakan apa yang diniatkannya. Contoh yang diberi Ustaz Zamri lagi, ibarat orang yang pergi bekerja, ada yang berniat untuk makan gaji sahaja, jadi hanya gajilah yang seseorang itu akan dapat. Dari pemahaman saya sendiri, ia memberi motivasi kepada saya bahawa betapa pentingnya niat pada setiap perlakuan. Malahan, niat adalah kunci utama pada ibadah, dan meletakkan nilai pada setiap perilaku kita. Niat juga menjadi perkara yang paling utama dan termaktub dalam hadith yang pertama dalam Hadith 40. Begitulah pentingnya niat
Pagi ini, seperti biasa, motivasi pagi di radio IKIM setiap 7.30pagi benar-benar menyegarkan minda. Pagi ini Ustaz Zamri memperkatakan tentang, kita akan dapat setiap apa yang kita lihat dan niatkan. Beliau memberi bebera situasi, tentang beberapa orang yang pergi ke Port Dickson. Orang yang pertama datang ke PD dengan niat untuk berehat dan menenangkan minda, maka dia dapat apa yang dia mahukan apabila dia berada di
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment