Salam buat semua,
Teman membuka salah satu ‘folder’ Yahoo teman, dan teman terjumpa salah satu catatan teman tahun lepas, sudah hampir setahun catatan ini ditulis, dan dalam setahun itu teman sudah lalui banyak perkara malah kehilangan keyakinan diri. Teman harap semangat kali ini berpanjangan. Namun, teman rasa catatan teman ini boleh dijadikan iktibar buat semua, oleh itu, selamat membaca.
07.53am 3/6/2010
Bismillahirrahmanirrahim, dan salam buat Nabi Muhammad Tercinta...
Hari ini Ustaz Paru dalam motivasi pagi di IKIM.FM menyentuh tentang 'belajarlah untuk berasa bahagia dalam membuat kebaikan tanpa mengharapkan penghargaan'. Ayat ini diolah selama 10 minit yang berikutnya. Tetapi, sebenarnya, sebaris ayat ini, biarpun tanpa hujahan panjang lebar, sudah cukup membawa makna yang besar dan menyentuh hati insan-insan yang mendengarkannya. Ustaz Paro menyatakan bahawa, sedar ataupun tidak, kita manusia sering mengaharapkan penghargaan, pujian dan ucapan terima kasih. Saya tak lari dari naluri manusia yang sebegini. Tetapi pagi ini saya lebih sedar, saya adalah manusia sebegitu. Tidak kira apa saja perbuatan, dalam keadaan memandu, bekerja sepanjang hari, menghulurkan pertolongan buat orang sekeliling, sehingga ketika bersama keluarga, kita sentiasa mengharapkan setiap yang kita lakukan itu dibalas sekurang-kurangnya dengan ucapan terima kasih. Sedangkan Allah itu bersifat Rahmah iaitu Penyayang kepada setiap hamba-hambaNya termasuklah orang-orang Israel yang kejam itu, Allah masih Pemurah dan tidak berkira untuk menurunkan nikmatnya walaupun hanya takbur dan kufur sahaja balasan yang diberi golongan-golongan ini, termasuklah kita sekalipun. Saya sendiri malu, kerana Allah memberi saya begitu banyak nikmat, tetapi apa yang saya balas?
Apa yang paling ketara, senarionya dalam kehidupan kita sebagai pekerja, kita sering merasakan kerja keras kita dan sumbangan kita terhadap syarikat akan di balas dengan kenaikan pangkat dan gaji, sekurang-kurangnya pujian dan sedikit kenaikan bonus. Saya juga begitu. Tetapi tersentuh pula hati apabila Ustaz tersebut menyebut bahawa, mungkin keikhlasan kita bekerja itu, tidak dibalas dengan segala bentuk penghargaan yang kita harapkan, tetapi keikhlasan itu dibalas Allah dengan keberkatan kehidupan di dunia ini dan di akhirat kelak. Kita mungkin dikurniakan anak-anak yang berjaya, atau kehidupan yang lebih tenang dan bahagia. Dan apa yang lebih berharga adalah kesihatan kita. Tidak terfikir pula semua itu pada diri kita sebagai seorang pekerja. Sedangkan rahmat Allah itu luas, bukanlah dalam bentuk yang kita bayangkan semata-mata. Malah ia menjangkau penilaian dan tekaan kita sebagai manusia, malah rancangan Allah itu nyata lebih hebat dan baik dari apa yang kita harapkan. Subhanallah.
Dan antara fakta yang saya baru dengar, mengikut kajian, majoriti penduduk dunia ini memang susah untuk mengucapkan terima kasih. Jadi tak perlulah kita mengharapkan ucapan itu, atau apa saja jenis penghargaan dalam apa jua kebaikan yang kita lakukan. Belajarlah untuk rasa bahagia, dan tetap bahagia dalam melakukan kebaikan tanpa mengharapkan balasan dan penghargaan. Alhamdulillah dan Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment