Wednesday, 20 April 2011

Butakah Cinta? Bodohkah Cinta?

Tetiba, aku nak masuk blog kat opis, tak boleh pulak…yg herannya tuh, bukak fb boleh pulak. Lantaklah, asalkan tak kaco hidup aku.

Hari ni nak cerita pasal butanya cinta. Kadang2 boleh jugak kita namakan ‘bodohnya’ cinta. Butanya cinta dgn bodohnya cinta, kalau dipikir-pikirkan, mcm sama kan ?

Kenapa teman sibuk nak sentuh hal ni, sebab teman le antara orang-orang yang buta itu. Kekasih hati teman cakap, teman ni orang yang paling bijak dia penah kenal, tapi teman bagitau dia, teman ni manusia biasa. Sehebat mana pon akal teman, IQ tu tak sama dgn EQ. Kalau tak, dah lama org sekalikan aje IQ dan EQ dalam satu makna. Selalu dalam sejarah dunia ni, orang-orang yang bijak tu, lemah dkt hati. Teman penah tgh kawan teman yg paling bijak, tp tak dapat terima hakikat bila memikirkan kalau bininya takde di sisi, itu baru memikirkan, belom berlaku lagi. Tapi, hebatlah seseorg itu, kalau akalnya boleh mengawal emosi, memang itulah fungsi akal. Tapi akal mampu mengawal implikasi emosi, maksudnya, kalau seseorang itu terlalu marah, akal mampu mengawal dirinya dari mengambil parang dan menetak org yg buat dia marah tu. Tapi, akal masih tak mampu menahan hati dari rasa sakit dan marah. Perasaan tu, tetap ada, Cuma akal dpt mengawal perilaku tindakbalas dari emosi tu tadi. Mcm gitulah juga teman, teman mungkin mempunyai akal yang kuat, tp teman ni manusia biasa, bila terluka, rasa sedih, menangis dan merintih, hati teman ni rapuh serapuh rapuhnya. Teman ni pada hakikatnya bukan lah orang yang tabah.

Nak diceritakan, betapa butanya teman, walaupun teman tau, org yg teman sayang ni takkan jadi milik teman dan akan meninggalkan teman, teman tetap melayan dia first class. Teman masak untuk dia, teman berkorban masa, duit, tenaga dan mcm2 lah. Bila dia takde depan mata teman, teman rasa tawar hati bila memikirkan dia akan meninggalkan teman, bila dah ada depan mata, semuanya sanggup, yang tawar tadi, rasa manis je. Memang bukan salah dia langsung, sbb yang memisahkan kami tu keadaan, bukan silap dia atau sesapa. Kami cuma memang tak ditakdirkan bersama. Mungkin sbb itu, teman tetap melayan dia sehabis baik walaupun teman tau, masa teman ngan dia tak lama. Buta atau bodoh, teman pon tak pasti. Mungkin buta, sebab kalau bodoh, kita buat semua tu untuk orang yg tak hargai kita. Tapi kekasih teman sentiasa menghargai teman dan melayan teman dgn baik. Semoga Allah sentiasa melindungi dia.

Hari tu teman tgk cerita …Dalam Botol. Ha, itu baru betul bodoh kerana cinta. Kerana cinta, lelaki tu sanggup buang anunya dan bedah jadi pompuan. Padahal lelaki yang dia sayang tu, dah la mengabihkan boreh, abehkan duit, kaki pompuan…er, tapi pompuan ke, pondan kut. Memang bodohla menggadaikan kehidupan yang berharga ni demi orang yg menghancurkan hidup kita, itu adalah kebodohan yang sebenar.

Kepada pembaca, kalau ada yg membaca entri ni, doakan la teman tabah menghadapi saat2 teman kehilangan org yg teman sayang ni. Semoga kami kekal sebagai sahabat yang mengasihi kerana Allah. Kalau tak dapat bersama di dunia ni kerana Allah, harap-harapnya Allah mengekalkan kasih sayang kami keranaNya jua.

No comments:

Post a Comment