3 hari teman tak mengemaskini blog teman dan membuat apa-apa entri. Sibuk dengan lawatan kerja di Kuala Lumpur, Sabtu dan Ahad pula penuh dengan undangan majlis perkahwinan kawan-kawan. Ada yang bertanya, teman bila lagi? Wallahua'alam, jodoh pertemuan di tangan Allah. Tetapi ada pula yang berkata, 'tak boleh serah bulat-bulat pada Tuhan sahaja, ia perlu diusahakan'. Ya, benar. Tetapi siapalah tahu apa yang teman usahakan, takkanlah nak bercerita pada orang pula. Manusia cepat benar menghukum. Tetapi bukan itu yang sepatutnya teman fikir, ia bukan tentang sikap manusia yang cepat menghukum, ia tentang hikmah Allah yang perlu difahami dan dihayati. Salah seorang kawan sekerja teman bertanya kepada teman,"antara kawan-kawan sekolah awak, ada lagi tak yang belum berkahwin?", teman mula berfikir, mencari-cari wajah kawan-kawan lama yang senasib dengan teman, kemudian teman menggeleng, "rasanya tak ada," jawab teman ringkas. "Ha...itu maknanya, awak orang yang terpilih. Cuba tengok, semua orang dah kahwin, tapi awak seorang sahaja yang belum, maknanya Allah pilih awak," kata-kata itu lancar dituturkan oleh kawan teman itu, ia seperti sebuah lampu yang tiba-tiba menyala di kepala teman. Tak pernah terfikir sebegitu. Kawan teman itu, umurnya 35 tahun, baru sahaja berkahwin 3 bulan yang lepas. Masya-Allah, rezeki Allah siapa yang tahu. Teman berumur 30 tahun, soal jodoh bukanlah perkara yang menyesakkan fikiran teman, tetapi ia soalan yang sering diajukan kepada teman sejak umur mencecah 30. Orang lain pula yang sesak, kelakar pula rasanya.
Ya, jodoh dan maut, itu di tangan Allah. Teman tak bersedia, tetapi jika teman kahwin pun, itu kerana teman mahu melengkapi sunnah. Ia adalah semata-mata kerana Allah, kerana diri teman sememangnya belum bersedia.
No comments:
Post a Comment