Friday, 17 June 2011

Bisul Kecil di Bahagian Atas Kemaluan

Ia adalah masalah kebanyakan wanita. Teman mencari maklumat tentang perkara ini memandangkan ada seseorang yang bertanya teman tentang ini. Jadi, teman rasa, maklumat yang teman dapat ini boleh dikongsi bersama. Agar ia membawa manfaat kepada semua. Teman olah semula artikel yang teman baca, blog tersebut berasal dari Indonesia. http://archive.kaskus.us/thread/2411055

Bisul yang dimaksudkan tumbuh dan timbul di sekitar 2-3cm di atas kemaluan atau di daerah 'V'. Bisul yang timbul bersaiz kecil, seperti jerawat nasi yang ada nanah putih di puncak jerawat itu. Ia amat tidak selesa. Jadi ada beberapa perkara yang perlu diketahui wanita:-

1. Bisul terhasil daripada kumpulan sel darah putih.

2. Sel darah putih terkumpul disebabkan meningkatnya jumlah bakteria secara mendadak di dalam dan di sekita daerah 'V' wanita kerana sel darah putih itu bertindakbalas terhadap bakteria atau benda-benda asing yang singgah di kulit atau tubuh kita.

3. Bakteria pula terkumpul secara mendadak kerana keadaan sekitar daerah 'V' wanita terlalu lembab. Bakteria memang ada di mana-mana bahagian tubuh, tetapi jika ada bahagian tubuh yang lembab, bakteria akan bertumpu di kawasan yang kembab itu.

4. Kemaluan menjadi lembab disebabkan cuaca, pemilihan seluar dalam yang kurang menyerap dan pemakaian 'panty liner'.

5. Oleh itu penggunaan 'panty liner' tidak digalakkan kerana daerah 'V' sememangnya kawasan yang mudah lembab, tetapi apabila ia ditambah pula dengan kehadiran 'panty liner', maka kawasan yang lembab itu seolah-olah terperap dan menambahkan lagi kelembapan. sebagai cadangan, bawalah seluar dalam lebih ke mana-mana sahaja dan gantikan seluar dalam tersebuat apabila seluar dalam yang sedang dipakai sudah kotor atau lembab. Gunakan seluar dalam yang boleh menyerap.

6. Cara pembersihan bulu pubis, maksudnya, bulu di kemaluan. Teknik mencabut dan juga 'wax' adalah teknik yang boleh menyumbang ke arah perkembanagn bakteria. Melalui teknik 'mencabut' bulu-bulu tersebut, teknik ini akan mencabut akar buku lersebut yang mempunya diameter yang agak besar dan boleh membesarkan liang pori kulit. Apabila liang pori terbuka luas, bakteria dan kuman mudah masuk dan 'berkampung' di kawasan tersebut.

7. Jangan cukur bulu kemaluan sampai licin. Allah menjadikan setiap anggota tubuh kita ini mempunyai fungsi dan hikmah. Bulu kemaluan juga mempunyai tanggungjawabnya yang tersendiri. Bulu kemaluan tidak seperti rambut. Rambut boleh panjang hingga ke kaki, sedangkan bulu kemaluan tidak begitu. Jika perlu dipotong, janganlah sampai licin kerana bulu kemaluan mampu mengekang penggeseran antara kulit kemaluan yang sensitif dengan fabrik pakaian. Penggeseran terhadap kulit yang sensitif ini boleh mengakibatkan keradangan.

8. Sabun yang disarankan adalah sabun yang bukan dalam bentuk cecair, antiseptik dan 'scrub'. Sabun yang disarankan adalah sabun bayi. Ingat, ia adalah kawasan sensitif! Perkara lain yang perlu dielakkan untuk digunakan bagi membersihkan kemaluan termasuklah penggunaan sabun feminin 'hygiene', atau pun air daun sirih atau apa-apa yang seumpama dengannya. Losyen badan juga perlu dielakkan di daerah 'V'.

9. Jangan gunakan pelembut pakaian atau pewangi pakaian. Elakkan bahan kimia yang berlebihan.

10.Selepas membuang air, pastikan anda mengeringkan daerah 'V' dahulu. Boleh guna tisu yang ada, asalkan kering dan bersih. Jangan menyentuh kemaluan dengan tangan yang kotor.

19 comments:

  1. Terima Kasih... Sgt membantu... =)

    ReplyDelete
  2. tme kasih. tak sangka ada penyakit ni.

    ReplyDelete
  3. sangat berinfomasi

    ReplyDelete
  4. tengs. tengah cari jugak pasal nie. ada member alami masalah yg sama. btw, tengs 4 da info ya :)

    ReplyDelete
  5. Maksudnya petua org dulu2 guna air daun sirih tu xbagus la sbnarnya..huhu..

    ReplyDelete
  6. sakit sangat..huhu...n jalan pun x selesa..tankz...informasi yg sgt berguna...boleh lah lebih berjaga2 lepas nie..tak nak sakit lagi..huhu

    ReplyDelete
  7. air sirih x elok ke?

    ReplyDelete
  8. sy merasa kesakitan tu..terima kasih ya

    ReplyDelete
  9. terima kasih berkongsi info berguna ini. saya share yea. tq

    ReplyDelete
  10. syukran..
    info yg sangat berguna dan penting

    ReplyDelete
  11. tapi kawan kalau sudah dapat bisul sebegitu macam mana nak merawat?? adakah ini bahaya sangat? berapa hari ini boleh dirawat dan menjadi elok semula

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..syukran sangat2 ats infonya

    ReplyDelete
  13. Mcm mana nak hilngkn.bisul tu.

    ReplyDelete
  14. thanks...mmg sll ada mslh ni. sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk mencegah masalah ini.

    ReplyDelete
  15. bahaya x??..mcm mna cara nak rawatnya..

    ReplyDelete
  16. THANKS WITH YOU INFO.

    ReplyDelete
  17. Wife nk nangis2 sakit.. aku plk yg risau.huhu

    ReplyDelete