Wahai hati,
Teman tahu hati sedang bersedih. Inilah hakikat yang kita kena telan dan terima. Sikap perkauman itu ada pada hampir semua bangsa. Hari ini kita menjadi mangsa bangsa C, tetapi di kawasan lain di bumi Malaysia ini, ada C yang ditindas M. I juga selalu ditindas oleh C &M. C selalu menguasai ekonomi, mereka memiliki raksasa-raksasa ekonomi. Tetapi mereka terkenal dengan cara kerja yang tidak profesional. Manakala M tak kurang hebat, bahagian pengurusan dan teknikal sering dikuasai M. Malangnya M kekurangan modal, lalu tak berupaya memiliki empayar. M hebat bekerja tetapi ramai antara M yang malas untuk melonjakkan diri ke peringkat yang tertinggi, selalu alasannya, sudah selesa dan takut banyak kerja. I pula terkenal dengan penguasaan di bidang profesional, bijak yang luar biasa namun sering dipinggirkan kerana tahap terendah dalam taraf hidup masyarakat juga dikuasai oleh I. Ada antara I bijak bercakap, tetapi hasil kerjanya kurang diyakini. Pada hakikatnya, kesemua bangsa mempunyai kelebihan dan kekurangan namun ia tetap tidak menyumbang kepada makna perpaduan yang sebenar. Pada hakikatnya, semangat perkauman di dalam diri setiap kaum itu sangat tinggi, sehinggakan jika mereka berada di atas, mereka tidak mempedulikan kaum lain, malah kadangkala menindas sehingga kaum lain tak mampu bernafas. Ia lumrah...usahlah diheret nama mana-mana bangsa dengan mengatakan mereka bersifat perkauman, kita semua sama sahaja.
Wahai hati,
Ya, kamu bersedih. Kerana hari ini kamu adalah mangsa daripada sifat perkauman yang tinggi itu. Hari ini kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita sebagai pekerja. Bakat dan kebijaksanaan kita dibuang mentah-mentah, mereka tutup mata dan merampas kedudukan yang kita ada.
Wahai hati,
Percayalah qadha & qadar Allah. Ini semua ketentuan. Kita telah berusaha mempertahankan apa yang patut. Mungkin usaha itu belum mencukupi, tapi percayalah ini semua dalam rancangan Allah, terimalah, tak semestinya ia sesuatu yang buruk bagi kita. Hikmah Allah itu hanya Dia sahaja yang mengetahui, dan sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Bumi ini bukan milik kita, kita bernafas ini pun atas izinNya.
Wahai hati,
Tetaplah menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur. Banyak nikmat yang melekat di badan, banyak lagi nikmat yang semestinya tak terhitung, semua Allah kurniakan tanpa meminta balasan. Syukurlah atas nikmat yang tak terhingga, ujian ini hanya ujian kecil. Yakinlah dengan rancangan Allah. Dan berusahalah menjadi hambaNya yang terbaik. Yakinlah bahawa kekuatan orang Islam itu adalah doa. Maka berdoa dan terus berdoa. Seiring dengan usaha memperbaiki diri. Tak luak pun gaji walau kedudukan dirampas. Kedudukan itu milik Allah, Allah beri, Allah ambil. Terimalah keputusan ini. Allah Lebih Mengetahui.
Wahai Hati,
Bukankah Allah telah berpesan kepada orang-orang yang beriman dan beramal dengan amal yang soleh, janganlah kamu takut dan sedih, Allah bersama kita. Wahai hati, rileks la.... ini kata-kata orang sekarang. Dan itu kata-kata yang kita patut beritahu diri kita sendiri.
Wahai hati,
Mereka yang kafir dan zalim itu, sudah pasti tempatnya di neraka, maka janganlah sedih dengan penganiayaan mereka. Hidup di dunia ini sementara sahaja. Mereka akan kekal selamanya di neraka jahannam itu. Dan kita mesti berusaha memperbaiki amalan dan meningkatkan ilmu agar kita tidak dicampakkan bersama mereka.
Ya Allah,
Jauhilah bisikan syaitan ketika aku sedang bersedih, dan janganlah Kau palingkan hatiku setelah Kau beri hidayah kepada aku. Ampunkan dosaku Ya Allah. Dan aku bersyukur padaMu.
No comments:
Post a Comment