Pagi ini, seperti biasa, motivasi pagi di radio IKIM setiap 7.30pagi benar-benar menyegarkan minda. Pagi ini Ustaz Zamri memperkatakan tentang, kita akan dapat setiap apa yang kita lihat dan niatkan. Beliau memberi bebera situasi, tentang beberapa orang yang pergi ke Port Dickson. Orang yang pertama datang ke PD dengan niat untuk berehat dan menenangkan minda, maka dia dapat apa yang dia mahukan apabila dia berada di
I am the servant of Allah, someone who has nothing, no wealth, no power, no excitement, a little knowledge, I am nothing.
Thursday, 28 April 2011
Niat
Pagi ini, seperti biasa, motivasi pagi di radio IKIM setiap 7.30pagi benar-benar menyegarkan minda. Pagi ini Ustaz Zamri memperkatakan tentang, kita akan dapat setiap apa yang kita lihat dan niatkan. Beliau memberi bebera situasi, tentang beberapa orang yang pergi ke Port Dickson. Orang yang pertama datang ke PD dengan niat untuk berehat dan menenangkan minda, maka dia dapat apa yang dia mahukan apabila dia berada di
Ujian
Pagi ini hati teman terusik, kesabaran teman diuji, iman teman bergoyang. Ketua teman memanggil teman dan menyatakan bahawa dalam 3 tahun ini, beliau tidak dapat membuat penyelarasan gaji atau tawaran naik pangkat terhadap teman kerana beliau sudah membuat demikian tahun lepas terhadap teman. Beliau menyatakan, menurut syarat pemilik baru syarikat yang berasal dari
Sebenarnya teman tidak faham mengapa ketua teman memberitahu semua itu kepada teman. Timbul syak di hati bahawa beliau hanya berbohong seperti apa yang beliau sering lakukan sebelum ini. Beliau gemar memetik nama orang atasan apabila mahu melakukan sesuatu tetapi pada hakikatnya beliau hanya mereka cerita. Penipuan-penipuan yang beliau lakukan di hadapan mata teman membuatkan hati teman terdetik bahawa beliau melakukannya terhadap teman pula kali ini.
Apa sahaja syak yang timbul di hati, dan segala resah yang bergelodak di dalam jiwa teman, teman mahu ingatkan diri teman sendiri bahawa REZEKI ITU DATANG DARI ALLAH, BUKAN DARI MANUSIA ATAU ORANG-ORANG YANG KONONNYA BERKUASA. Rezeki Allah itu datang tanpa disangka kerana Dia yang memiliki seluruh alam, dan segalanya atas kehendakNya. Jika Dia berkehendak, maka jadilah.
Kepada diri teman sendiri, buang rasa yang tak menyenangkan itu, ingatlah Allah dan tetapkan keteguhan iman. Sesungguhnya Allah sedang memulakan ujian UPSR-Nya ke atas teman. Semoga teman berjaya mengatasi ujian ini.
Siapa Kita Untuk Menghukum
Berikut adalah catatan teman pada tahun lepas, teman kira ia agak berguna dan menarik untuk dikongsikan.
8.58am 31/5/2010
Isnin, hari yang malas dan suram. Memulakan hari ini dengan perasaan yang negative, iaitu perasaan marah dan mual pada dua orang lelaki yang asik memandang-mandang kearah meja saya dan adik saya. Kedai mamak pagi ini tidaklah ramai pelanggannya di waktu-waktu begini, tetapi dua orang lelaki itu cukup membuatkan kedai mamak itu terasa sesak. Tosai yang biasanya dikongsi bersama itu terasa susah untuk ditelan apabila mata gatal sibuk memerhati walaupun sudah saya balas dengan pandangan yang marah dan tajam. Kebiasaannya kami akan duduk di situ sampai pukul 7.05pagi, tetapi kerana mual dengan pandangan gatal dua lelaki tersebut, kami beredar 10 minit lebih awal.
Memandu selama 40minit ke tempat kerja dengan mata yang kuyu dan rasa merngantuk yang keterlaluan, jalan sesak seperti kebiasaan membuakan mata semakin mengantuk. Saya rasakan motivasi pagi ini terasa sangat lemah, dan mungkin tiada langsung motivasi diri pagi ini. Nasiblah radio IKIM ada menyediakan satu slot motivasi pagi yang dikendalikan oleh Ustaz Zamri.
Slot motivasi pagi ini bercerita tentang kisah 2 orang lelaki, seorang adalah ahli ibadah, dan seorang lagi seorang lelaki yang sering melakukan dosa dan maksiat. Satu hari ahli ibadah ini menegur lelaki yang sering melakukan maksiat itu. Maka lelaki yang melakukan maksiat itu marah kepada ahli ibadah itu dengan mengatakan, “adakah engkau itu utusan Allah untuk menegur aku?”, dan ahli ibadah ini naik marah lalu mengatakan, “demi Allah, kau akan masuk neraka, dan demi Allah, Allah tak akan mengampunkan engkau”. Kemudian, satu hari nyawa kedua-dua lelaki ini dicabut oleh Allah. Apabila dihadapkan Allah, Allah berfirman kepada ahli ibadah tersebut yang berbunyi seakan-akan begini,”Siapakan engkau untuk memutuskan seseorang itu akan ke neraka?” dan akhirnya Allah memasukkan ahli ibadah itu ke neraka dan lelaki yang pernah berbuat maksiat itu ke syurga.
Pengajaran yang diolah Ustaz Zamri, pertama, kita tidak berhak memutuskan bahawa seseorang itu akan ke syurga atau ke neraka, kerana hanya Allah yang memutuskan perkara tersebut kerana sebaik-baik hakim itu adalah Allah. Kedua, jangan bermain dengan nama Allah dan sumpah atas nama Allah. Ketiga, rahmat Allah itu luas, kerana hambanya yang pernah melakukan maksiat itu dimasukkan ke syurga, mungkin kerana dia sudah bertaubat dan sebagainya. Dan akhir sekali, tentang tanggungjawab kita sebagai pendakwah, bukannya hanya mencari kesalahan orang lain, tetapi cara dakwah yang berkesan yang perlu seorang islam itu kembangkan.
Sedikit sebanyak, pagi saya yang bermula dengan negative dapat juga disuap dengan sedikit pengajaran yang bererti. Tetapi, walaupun begitu, ia belum cukup membuatkan pagi saya ceria. Ini adalah perasaan yang normal yang berlaku kepada setiap manusia yang bekerja. Setelah berehat selama beberapa hari di rumah, tubuh dan minda mula lembab untuk memulakan kerja. Sehinggakan penyakit ini dinamakan sebagai “Monday Blues”.
Kepada “Monday Blues”, saya harap anda segera berambus dari tubuh saya kerana saya perlu berjuang untuk diri saya. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, dan saya mesti mula aktif bekerja.
Kepada Yang Maha Mencipta, saya sedar saya hamba yang penuh dosa. Atas rahmatMu yang luas, aku mohon keampunanMu. Rahmatilah pekerjaanku dan tiupkan semangat positif dalam diri ini untuk memulakan kerja.
Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim, dan salam buat Nabi Muhammad Tercinta...
Hari ini Ustaz Paru dalam motivasi pagi di IKIM.FM menyentuh tentang 'belajarlah untuk berasa bahagia dalam membuat kebaikan tanpa mengharapkan penghargaan'. Ayat ini diolah selama 10 minit yang berikutnya. Tetapi, sebenarnya, sebaris ayat ini, biarpun tanpa hujahan panjang lebar, sudah cukup membawa makna yang besar dan menyentuh hati insan-insan yang mendengarkannya. Ustaz Paro menyatakan bahawa, sedar ataupun tidak, kita manusia sering mengaharapkan penghargaan, pujian dan ucapan terima kasih. Saya tak lari dari naluri manusia yang sebegini. Tetapi pagi ini saya lebih sedar, saya adalah manusia sebegitu. Tidak kira apa saja perbuatan, dalam keadaan memandu, bekerja sepanjang hari, menghulurkan pertolongan buat orang sekeliling, sehingga ketika bersama keluarga, kita sentiasa mengharapkan setiap yang kita lakukan itu dibalas sekurang-kurangnya dengan ucapan terima kasih. Sedangkan Allah itu bersifat Rahmah iaitu Penyayang kepada setiap hamba-hambaNya termasuklah orang-orang Israel yang kejam itu, Allah masih Pemurah dan tidak berkira untuk menurunkan nikmatnya walaupun hanya takbur dan kufur sahaja balasan yang diberi golongan-golongan ini, termasuklah kita sekalipun. Saya sendiri malu, kerana Allah memberi saya begitu banyak nikmat, tetapi apa yang saya balas?
Apa yang paling ketara, senarionya dalam kehidupan kita sebagai pekerja, kita sering merasakan kerja keras kita dan sumbangan kita terhadap syarikat akan di balas dengan kenaikan pangkat dan gaji, sekurang-kurangnya pujian dan sedikit kenaikan bonus. Saya juga begitu. Tetapi tersentuh pula hati apabila Ustaz tersebut menyebut bahawa, mungkin keikhlasan kita bekerja itu, tidak dibalas dengan segala bentuk penghargaan yang kita harapkan, tetapi keikhlasan itu dibalas Allah dengan keberkatan kehidupan di dunia ini dan di akhirat kelak. Kita mungkin dikurniakan anak-anak yang berjaya, atau kehidupan yang lebih tenang dan bahagia. Dan apa yang lebih berharga adalah kesihatan kita. Tidak terfikir pula semua itu pada diri kita sebagai seorang pekerja. Sedangkan rahmat Allah itu luas, bukanlah dalam bentuk yang kita bayangkan semata-mata. Malah ia menjangkau penilaian dan tekaan kita sebagai manusia, malah rancangan Allah itu nyata lebih hebat dan baik dari apa yang kita harapkan. Subhanallah.
Dan antara fakta yang saya baru dengar, mengikut kajian, majoriti penduduk dunia ini memang susah untuk mengucapkan terima kasih. Jadi tak perlulah kita mengharapkan ucapan itu, atau apa saja jenis penghargaan dalam apa jua kebaikan yang kita lakukan. Belajarlah untuk rasa bahagia, dan tetap bahagia dalam melakukan kebaikan tanpa mengharapkan balasan dan penghargaan. Alhamdulillah dan Wallahu'alam.
Wednesday, 27 April 2011
Blog Inspirasi
Penyedap Cerita = Penipu
Penipu besar yang paling utama adalah diri sendiri, benar bak kata Ustaz Zul Ramli di dalam bukunya “U-Turn Ke Jalan Lurus”.
Teman ingin fokus kepada sifat yang ada pada kebanyakan manusia yang berkaitan dengan ayat pertama teman di dalam entri ini. Sikap ‘suka menyedapkan cerita’. Teman akui teman adalah antara orang yang tergolong dalam orang-orang yang mempunyai sikap sebegini dan sedang berusaha mengubahnya. Di dalam penulisan, kita mestilah berhati-hati supaya penceritaan kita tidak bercanggah dan mendatangkan keraguan. Tetapi apabila dalam sebuah perbualan yang rancak bersama teman-teman atau sesiapa sahaja, dalam tak sedar mulut kita tergelincir menokok tambah cerita itu menjadi bertambah sedap untuk didengar. Contohnya jika kita menceritakan pengalaman silam yang hanya kita sahaja tau benar atau tidak cerita itu di dalam sebuah kumpulan rakan-rakan sekerja yang tidak tahu apa-apa tentang kisah silam kita, andainya kita memperkatakan tentang topik misteri di alam ghaib, kita mengatakan bahawa kita telah ditegur dengan satu suara garau yang datang entah dari mana semasa kita bersekolah asrama dahulu, padahal peristiwa sebenarnya, kita cuma terdengar suara rengusan kecil, tidaklah sebesar suara yang kita gambarkan itu. Perkara ini nampak kecil, tetapi kita sebenarnya telah melakukan satu pembohongan. Boleh dikatakan ramai di kalangan manusia mempunyai perangai sebegini.
Sikap menokok tambah penyedap cerita adalah satu pembohongan yang datang dari diri sendiri, implikasinya besar kerana ia mungkin membawa kepada sebuah fitnah yang besar. Teringat pula teman tentang satu skandal hebat yang sedang heboh di kalangan kawan sekerja di tempat teman. Skandal yang mengatakan bahawa suami orang itu telah menjalinkan hubungan dengan isteri orang. Benar atau tidak skandal tersebut, hanya Allah sahaja yang tahu. Tetapi cerita yang tersebar ini seolah-olah sebuah cerita yang hampir semua orang tahu, sehinggakan orang yang tak pernah melihat pasangan ini berdua-duaan turut mendakwa bahawa dirinya pernah melihat mereka berdua sedang berbual di dalam kereta yang tak bergerak. Begitulah implikasinya apabila
Penipuan sebegini ada di dalam diri setiap manusia dan patut diperangi oleh diri sendiri. Jadikanlah ia satu cabaran buat diri sendiri. Kurangkan berkata-kata boleh membantu kita mengawal tutur kata dan menghalang lidah dari mengatakan perkara-perkara yang tiada faedahnya. Jika ada yang bercerita tentang sesuatu yang tidak baik, janganlah menambahnya dengan pandangan diri sendiri, melainkan jika mahu menegur dan menyedarkan orang. Jika tak mampu berbuat apa-apa, dengar dan diam, anggaplah seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Yang penting, sematkan di minda bahawa kata-kata itu melambangkan gambaran hati orang yang berkata-kata itu.
Untuk diri teman sendiri, selamat menjaga lidah dan kata-kata.
Tenang di SisiNya
Hari ini teman menjalani kehidupan teman dengan bersemangat sekali. Walaupun semalam teman kesedihan mengenangkan kegagalan teman mengawal diri daripada melakukan dosa, hari ini teman rasa segar kembali.
Dari Maghrib, Isyak hingga Subuh pagi ini, teman giat berdoa. Apabila mengingatkan bahawa kekuatan orang Islam itu terletak pada doa, teman menadah tangan bersungguh-sungguh, mengharapkan Allah mendengar rintihan hati yang menjerit-jerit merayu meminta agar diri ini diampunkan Allah. Teman
5.15 pagi, teman bangun setelah telefon bimbit menjerit memanggil teman bangun. Teman mandi dan kemudian memakai kelengkapan solat, inilah masa yang teman tunggu-tunggu. Sudah lama teman tak menunaikan solat tahajud dan taubat, entah-entah sudah bertahun lama agaknya. Selesai solat sunat, teman ambil Quran dan mula membacanya sehinggalah azan Subuh berkemundang. Selesai solat Subuh teman berzikir dan bertahmid, kemudian mengangkat tangan merayu pada sang Pencipta.
Ya Allah, tenangnya hati di kala itu. Seperti gurun yang kontang disirami hujan, begitulah rasanya jiwa teman yang selama ini tandus. Ya Allah, di kesempatan ini….sebelum hati ini berkalih kembali, aku mohon keteguhan iman, aku mohon agar hati ini tidak akan terkalih lagi, aku mohon agar aku di pilih menjadi pendampingMu, aku cintakan ketenangan seperti ini, janganlah biar aku berlalu pergi sekali lagi, aku ini hambaMu yang paling lemah di muka bumi ini, tanpa kuasaMu, aku jatuh, lemah, longlai dan sesat. Mohon Ampun Ya Allah, mohon izinMu untuk terus di sisiMu.
Hari ini, terasa hati sangat subur. Teman harungi hari ini dengan penuh bersemangat. Sudah lama teman tidak merasakan kesegaran yang sebegini. Ya Allah, kekalkanlah.
Tuesday, 26 April 2011
Hinanya Diri Ini Di Sisi Allah
Salam buat semua
Teman sedih hari ini. Teman gagal mempertahankan diri teman daripada melakukan perkara yang tak diredhai Allah. Dan teman semakin sedih apabila terbaca blog http://www.huruneen.blogspot.com/ , terasa hina sangat diri ini. Hampir-hampir teman menyalahkan Tuhan, apa lagi yang tak kena pada amalan teman sampaikan amalan teman tak mampu menghalang teman daripada menjaga akhlaq teman, tetapi Astaghfirullahal’azim, sedarlah bahawa apa sangatlah amalan teman yang sedikit itu. Pastinya amalan yang sekelumit itu belum cukup untuk menjadi perisai kepada teman. Mungkin perisai teman itu serapuh kulit telur dan mungjkin lebih nipis dari itu. Yang pasti, teman betul-betul sedih bercampur takut, takut dengan apa yang akan dibalas atas dosa teman itu. Biarlah hanya teman dan Allah sahaja yang tahu dosa apa yang teman lakukan tetapi teman malu dengan Allah dan malu dengan diri sendiri.
Yang pastinya, amalan teman belum cukup dan jauh dari cukup. Tiada solat sunat, tiada puasa sunat, puasa wajib pun belum habis diganti, mengaji al-Quran pun 3 muka surat sahaja sehari, zikir dan munajat pun tidaklah banyak mana, solat taubat pun belum lagi teman lakukan tahun ini, hina betul teman di sisi Allah.
Blog Hurun ‘Eeen menambahkan rasa rendah diri teman dan lebih membuatkan teman berasa hina. Beliau berubah dari seorang Muslimah yang biasa sahaja menjadi Muslimah terbaik tetapi teman pula berasal dari orang yang menjaga agama kepada orang yang hina seperti sekarang.
Ya, Allah. Pilihlah aku menjadi seperti dia. Sebagaimana Hurun ‘Een pernah berdoa menjadi orang-orang alim yang dilihatnya, begitulah doa teman supaya Allah memilih teman menjadi sepertinya.
Monday, 25 April 2011
A Scam: Please Reply This Email:a_mrsdaisy@yahoo.com.hk
Kecelaruan Identiti, Di Mana Silapnya, Di Mana Kita
Pagi ini, radio IKIM membincangkan mengenai salah satu kepincangan masyarakat iaitu kecelaruan identiti. Antara butir yang diperincikan hos tersebut:
1. Media seolah-olah tidak membantu dalam mendidik masyarakat malahan bersikap tidak kisah apabila memaparkan watak-watak si lembut.
2. Siti (hos wanita Sinaran Pagi di IKIM) mengatakan bahawa berkemungkinan golongan lesbian dan gay tidak ramai, tetapi yang celaru identiti itu ramai.
3. Sejauh manakah masyarakat memainkan peranan dan seterusnya hos tersebut meminta pendapat pendengar-pendengar.
4. Sebelum jam 8 pagi, ada beberapa pendapat dari pendengar melalui talian telefon, komentar di Facebook dan kiriman pesanan ringkas, kesemuanya menyalahkan ibu-bapa, diri orang yang celaru itu dan kelemahan masyarakat dalam menegur golongan tersebut.
Teman kira, ramai yang tak berfikir sedalam-dalamnya punca masalah dan cara mengatasi. Pada hakikatnya, penyakit hanaya dapat diubati jika kita tahu punca penyakit itu. Jika tidak, rawatan menjadi sia-sia kerana kemungkinan rawatan yang diberi tidak sesuai dan mungkin akan lebih memudaratkan pesakit. Di sini teman utarakan pendapat teman:-
1. Jika kita mahu salahkan persekitaran, Malaysia masih konservatif dan tipikal. Perkara begitu bukanlah perkara normal di mata masyarakat kita. Golongan sebegini akan dipandang serong dan persekitaran menentang kewujudan mereka. Jadi teman rasa, persekitaran masyarakat tak boleh disalahkan 100% di sini.
2. Pendapat Siti mengatakan golongan homoseksual tidak ramai, tetapi yang ramai cuma golongan yang celaru identiti, pendapat ini salah. Teman kira, Siti ini budak baik dan orang yang baik selalunya mempunyai kawan-kawan yang baik. Teman yakin Siti tak mempunyai ramai kawan-kawan yang bermasalah dari segi sosial, kerana itulah pendapatnya terlalu naïf. Golongan homoseksual di negara ini sudah ramai, perkara ini dibuktikan bila adanya 2 filem pada masa yang lebih kurang sama mengenai golongan ini (…Dalam Botol dan Dua Alam). Filem-filem ini adalah filem tempatan dan filem tempatan adalah wajah masyarakat dan ia menceritakan realiti kehidupan masyarakat di sesebuah negara. Teman sendiri mempunyai ramai kawan yang sebegini, jadi apabila Siti berkata demikian, teman cuma tersenyum, lantas teman terus mengenali sebahagian diri Siti iaitu Siti adalah budak baik dan naïf.
3. Melalui pendapat-pendapat pendengar, cuma ada seorang yang menyebut tentang punca masalah golongan begini, yang lain hanya menyalahkan sahaja golongan itu dan orang sekelilingnya. Itupun setelah Siti bertanya pendengar berkenaan memandangkan pendengar tersebut mempunyai kawan dari golongan sebegitu, lantas menarik minta Siti untuk bertanyakan tentang punca masalah tersebut. Dalam hati teman mula timbul rasa sedih, dan itulah sebenarnya punca golongan begini terus celaru dan susah nak berubah. Kerana masyarakat cuma tahu menyalahkan mereka tetapi tidak mahu memahami dan mendengar masalah mereka. Kasihan mereka, nama pun celaru, tentulah jiwa mereka kusut dan tersiksa, ditambah pula dengan persekitaran yang tak membantu.
4. Kepada sesiapa ynag membaca, teman mahu kita semua cuba memahmi golongan ini. Mereka ini celaru, jiwa mereka menjerit, mereka merasakan diri tidak difahami. Apa kata kita cuba menjadi pendengar mereka. Mereka sebenarnya memerlukan pendengar yang dapat mendengar resah hati mereka. Ramai di antara mereka cuba meleraikan konflik dalam diri mereka tetapi tiada tempat untuk mengadu. Mereka memikirkan, tiada siapa yang dapat memahami mereka. Bagi teman, kerajaan perlu mewujudkan pusat kaunseling awam yang tidak dikenakan caj, jika dikenakan caj, biarlah berpatutan dan tidak membebankan rakyat. Kaunseling berkumpulan juga perlu diperkenalkan kerana kaunseling jenis ini masih jarang diamalkan dan tiada pusat yang diperkenalkan secara umum bagi menganjurkan kaunseling sebegini. Jika kerajaan boleh menempatkan klinik-klinik awam untuk kesihatan rakyat, jiwa rakyat yang sakit juga perlu dirawat. Pusat-pusat mental bukanlah penyelesai segalanya kerana masalah ini selalunya bermula dari masalah dalaman yang hanya memerlukan kaunseling bagi meredakan keresahan jiwa mereka. Pusat kaunseling ini mestilah wujud dengan jumlah yang hampir sama dengan klinik-klinik awam kerana masyarakat pada hakikatnya lebih banyak sakit hati berbanding sakit fizikal. Teman kira, dengan wujudnya pusat-pusat kaunseling awam di setiap daerah, kerajaan bukan sahaja dapat mengurangkan masalah kecelaruan di kalangan masyarakat, tetapi dapat mengurangkan jumlah kes bunuh diri, masalah pengambilan dadah dan pelbagai lagi gejala sosial di kalangan masyarakat.
5. Teman memahami golongan sebegini, mengapa teman faham terpulanglah kepada telahan pembaca dan biarlah hanya teman yang tahu kebenarannya. Tetapi janganlah memandang sepi golongan sebegini, mereka sebenarnya mempunyai kebaikan-kebaikan seperti orang lain Cuma mereka tidak dibantu dan dibimbing. Mereka juga memasang angan-angan ingin berubah dan mereka juga mempunyai azam untuk menjadi orang baik. Mereka tertekan kerana dalam perjalanan menuju kebaikan, mereka memerlukan seseorang yang boleh memahami apa yang mereka mahu kongsikan, tetapi mereka akhirnya memilih untuk diamkan sahaja kerana apabila mereka membuka cerita, orang mula memandang serong terhadap mereka dan menggeleng-gelengkan kepala, lalu mereka rasa terhina.
6. Teman pernah mempunyai seorang kawan dari golongan pengkid. Teman sedih mendengar luahan hatinya. Beliau berkata kepada teman, “Kalau Allah jadikan aku seorang lelaki, aku berjanji aku akan rajin ke surau dan aku akan jadi lelaki yang alim. Satu hari itu, aku pegang kitab ayah aku. Dalam kitab itu mengatakan Tuhan boleh memberi keajaiban. Aku berdoa andaikanya Tuhan beri keajaiban kepada aku, jadikanlah aku lelaki dan aku janji aku akan jadi lelaki yang terbaik”. Kata-katanya berkesudahan dengan linangan air mata. Katanya lagii, “Aku susah nak berubah, aku bukan tak nak berubah, aku nak. Tapi aku baru pakai ala-ala perempuan sikit, kawan-kawan aku dah ketawakan aku. Kalau aku betul-betul nak tukar penampilan jadi perempuan, aku kena pergi jauh dari sini, ke utara mungkin, yang pastinya tempat yang tak ada sesiapa kenal aku,” Apa pendapat kawan-kawan semua, nampak sangat persekitarannya tidak membantunya langsung. Teman berkata kepadanya, “Kalau macam itu, kau ikut aku pindah ke utara, aku tolong kau berubah,” tapi kawan teman itu berkata, “Aku ada keluarga, aku tinggal dengan mereka. Kalau aku boleh, dah lama aku buat, tapi aku terpaksa berada di sini,” Nah, kawan-kawan, lihatlah apa yang berlaku di sini, mengapa keluarganya tak membantunya berubah. Teman sedih, sangat sedih. Nyata, hatinya meronta-ronta untuk berubah, tetapi hampa.
7. Teman mengenali seseorang, beliau adalah dari golongan homoseksual yang sudah insaf. Beliau dibimbing oleh seorang lagi sahabat teman yang sangat baik. Tetapi ada seorang kawan teman yang lain cuba menghasut sahabat teman yang baik itu supaya tidak mendekati kawan teman yang homoseksual itu. Katanya, “Kau jangan rapat sangat dengan budak tu, ada maksud lain tu dia baik dengan kau. Silap-silap kau yang terjebak. Kau jangan percayalah kata-katanya tentang insaf. Anjing, kalau dah biasa makan tahi, tak dapat jilat hidu pun jadi,” Nah, fikirkanlah wahai kawan-kawan, mengapa begitu dangkal pemikiran seorang Islam yang mendakwa dirinya baik dan ‘kaki sembahyang’. Tidakkah beliau memikirkan dirinya sebagai pendakwah, bukan sebagai penghukum. Teman betul-betul kecewa dan marah.
8. Kepada semua, jadilah pendakwah yang bijak. Kadang-kadang manusia tidak terkesan dengan kata-kata, tetapi ada masanya, ‘dakwah bil hal’ atau melalui perlakuan itu lebih berkesan dan membawa erti. Jadilah pembantu, sahabat dan pembimbing daripada menjadi penghukum. Mereka, golongan yang celaru itu, manusia seperti kita. Mereka memerlukan kita, mengapa mereka perlu dipinggirkan? Teman merayu kepada pembaca blog ini, semoga entri yang biasa-biasa sahaja ini dibaca dan difahami. Bantulah mereka.
Sunday, 24 April 2011
Hari Minggu Kali Ini
Malam tadi, kawan teman telah menjemput teman di rumah, kami kemudian sama-sama menuju ke rumah sahabat teman yang terletak 80km dari rumah teman. Dalam kesedihan, teman berpura-pura seolah-olah teman seperti biasa sahaja dan kawan-kawan teman tidak dapat meneka apa yang tersirat di hati teman. Sebelum sampai di rumah sahabat teman itu, teman dan kawan teman melepak di kedai makan yang agak terkenal di kawasan itu. Kelihatan ramai manusia membanjiri kedai-kedai makan yang terletak di situ. Seharian teman tidak menjamah makanan, perut teman terasa lapar pula bila melihat makanan yang terhidang di meja orang lain.
Sambil menunggu, teman dan kawan teman berbual-bual, teman setia mendengar cerita kawan teman yang sebenarnya seorang yang pendiam itu. Malam itu, kawan teman rancak berbicara, tidak seperti sikapnya selama ini yang banyak mendengar dari bersuara. Beliau ghairah bercerita mengenai kisahnya di tempat kerja, kisah teman lelaki barunya dan tentang wanita yang tidak disukainya. Dalam hati teman, terasa sayu dan sedih mengenangkan perkara lain.
Tepat 12 malam, teman tiba di rumah sahabat teman. Teman berbual-bual dengan sahabat teman suami isteri, anak-anak mereka masih belum tidur dan masih rancak bermain dan berlari ke hadapan dan ke belakang rumah. Maklumlah, rumah baru kali ini lebih besar dari rumah sebelumnya. Lama kami berbual, sampai 2 pagi juga. Walaupun mata teman sudah penat, tetapi teman layankan juga kawan-kawan teman supaya hati teman yang lara ni terubat.
Pagi tadi teman terbangun seawal 6.15 pagi. Mungkin sebab teman sudah terbiasa bangun awal pagi kerana bekerja jauh. Teman bangun dan menunaikan solat Subuh, kemudian teman duduk termenung di ruang tamu. Pukul 7 lebih, teman terlelap sehingga 9.30 pagi, mungkin kerana lewat tidur malam tadi. Itupun sebab kawan teman menggerakkan teman dan mengajak bersarapan di bandar berdekatan.
Kami bersarapan di sebuah kedai yang sangat usang, dimiliki nenek tua dan cucunya. Dengan menggunakan arang, nenek tua itu memasak beberapa menu kampung yang teman kira agak menyelerakan. Teman memesan nasi lemak dan air nescafe tarik. Memang sedap masakan nenek itu dan terasa seperti berada di tahun 70-an dengan keadaan kedai yang sungguh daif itu. Dalam hati teman, nenek ini mesti kaya kerana ramai pelanggan yang datang setiap hari kerana merasakan betapa unik dan klasiknya kedai itu.
Balik ke rumah sahabat teman selepas bersarapan, teman termenung panjang di sofa yang diletakkan di anjung rumah. Suasana sungguh damai sehingga melayangkan pemikiran teman kepada seseorang yang teman sayangi. Doa dan harapan berselang seli di dalam hati, mendoakan diri sendiri tabah menghadapi ujian getir ini. Teringat kata-kata seorang ustaz muallaf yang di undang ke radio IKIM, beliau berkata "kita lupa bahawa senjata utama orang Islam adalah DOA".
Alhamdulillah, hari ini berlalu dengan tenang. Walaupun hati teman sedikit lara, tetapi teman mampu mengawal perasaan teman sehingga kawan-kawan teman tidak perasan apa yang bermain di hati teman. Benarlah janji Allah bahawa mintalah hanya kepadaNya. Terima kasih kepada Allah kerana mengurniakan hadiah dan senjata paling berharga iaitu DOA.
Jauh teman termenung tetapi hati penuh doa dan harapan.
Saturday, 23 April 2011
30 Minit di Taman Rekriasi
Hari ni teman memandang kehidupan teman dari sudut berbeza. Teman dapati banyak yang dapat teman pelajari dengan hanya melihat, memerhati, mendengar dan berfikir. Kehidupan ini adalah sekolah dan proses pembelajaran itu sentiasa berlaku setiap masa sehingga kita menutup mata.
30 minit di taman yang dikenali sebagai hutan bandar, tempat beriadah yang disediakan Majlis Perbandaran tempatan, sudah memberi pelbagai pengajaran dan banyak perkara yang boleh dilihat dan difikirkan. Jam teman pada ketika itu menunjukkan jam 8 pagi. Baru teman perasan, teman hanya memakai selipar 'crocs' berwarna merah jambu dan teman rupa-rupanya terlupa membawa kasut sukan ke taman itu. Teman rasa, teman hanya membuang masa jika teman berpatah balik ke rumah dan mengambil kasut sukan, lalu teman teruskan juga dengan selipar tersebut. Lagipun selipar itu selesa juga dibawa berlari.
Bila teman mula berlari, beberapa orang yang melalui kawasan itu memandang kaki teman dan teman buat selamba sahaja. Teman mula mendapat pengajaran pertama iaitu mereka yang memandang kaki teman pastinya menyangka teman bukanlah ahli sukan atau teman baru nak berjinak-jinak untuk bersenam, atau teman sedang berjalan-jalan dengan keluarga tetapi teringin untuk berlari-lari anak seperti mereka. Pelbagai kesimpulan boleh mereka simpulkan dari kaki teman tetapi hakikatnya, senaman adalah satu kebiasaan teman kerana sebagai orang yang pernah mencapai berat badan seberat 86kg, dan sekarang berkurangan kepada 64kg, tentulah teman mengamalkan cara hidup sihat termasuk senaman untuk mencapai berat badan yang ada sekarang ini. Teman cuma terlupa membawa kasut sukan.
Teman berlari lagi, teman rasa sangat segar menghirup udara pagi di tempat rekriasi yang indah seperti itu. Terima kasih kepada Majlis Perbandaran yang menyediakan tempat yang bagus sebegini dan menggalakkan cara hidup yang sihat buat penduduk setempat. Teman mendaki bukit yang agak tinggi untuk meningkatkan lagi kadar degupan jantung teman. Bila teman sampai di atas bukit, kelihatan beberapa pasangan suami isteri yang bersenam bersama-sama. Teman dapat rasakan hubungan yang terjalin di antara mereka, ada yng nampak sangat bahagia dan saling tersenyum dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Ada juga pasangan suami isteri yang bersenam bersama, tetapi seolah-olah tiada komunikasi di antara mereka, mereka tidak seperti pasangan yang hangat bercinta seperti pasangan suami isteri yang teman nampak tadi. Adakah mereka hanya menjalani kehidupan rumah tangga kerana mereka terikat denganya, dan adakah kasih sayang itu sebati di dalam hubungan mereka sehingga ia tak perlu dilafaz dengan kata-kata dan pandangan mata? Itu teman kurang pasti kerana teman belum pernah berumah tangga. Dan ada satu pasangan dalam lingkungan umur 40-an, mereka berlari seiringan sambil bercerita, saya kira isterinya sedang menceritakan satu masalah, mungkin berkenaan masalah keluarga atau perniagaan kerana melalui perbulan mereka dalam bahasa Mandarin itu, isterinya berkata "betul tak?", seolah-olah sedang mempertikaikan sesuatu. Dan suaminya setia mendengar dan memberi tindak balas yang tenang terhadap kata-kata isterinya. Mereka seperti sepasang kawan baik, dan saya kira hubungan itu adalah hubungan yang menyenangkan kerana suaminya menjadi tempat beliau menceritakan masalahnya dan suaminya mendengar dan memberi tindakbalas yang baik.
Melihatkan beberapa pasangan suami isteri itu membuatkan saya berfikir tentang ikatan hubungan mereka, satu persoalan timbul, adakah kasih sayang boleh berdiri sendiri tanpa sokongan agama. Pasangan-pasangan itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, 'trend' hubungan itu sama tak kiralah pasangan itu Melayu, India atau Cina. Adakah kasih sayang adalah satu perasaan yang memberi kesan dan tindak balas yang sama tanpa ada campur tangan kerohanian, maaflah teman tak jumpa perkataan yang sesuai. Tetapi teman tak jumpa jawapan dari soalan yang bermain di kepala teman. Tetapi bila teman teringat arwah kawan teman yang baik itu, isterinya menyanjungnya kerana kebaikannya dan ketekunannya beribadah. Dan hasil amalan dan kepercayaannya pada agama, arwah benar-benar melayan isterinya dengan baik seperti yang dilunaskan agama. Mungkin kasih sayang itu bersifat berdikari tanpa unsur lain, tetapi teman yakin, jika kasih sayang itu satu bentuk fizikal, rohnya adalah Islam. Islam itu yang mengindahkan hubungan dan membuatkan hubungan itu harum dan mekar lalu menjadi taman syurga di hati mereka.
Teman berjalan pula setelah penat berlari mendaki bukit itu buat kali kedua, teman terlihat seorang wanita yang memejamkan matanya dan meletakkan tangannya di batang pokok, tiada pergerakan seolah-olah beliau sedang cuba memindahkan kuasa dalaman kepada pokok tersebut. Ada seorang gadis cina berlari melintasi wanita itu dan pokok itu, gadis cina itu seperti menahan ketawa tetapi diteruskan juga lariannya. Teman cuba memahami apa yang wanita itu lakukan, teman lihat ke arah kakinya, teman nampak wanita itu membengkokkan sebelah kanan kakinya seolah-olah membuat regangan, tetapi matanya masih pejam dan tangannya masih menyentuh batang pokok tersebut. Adakah dia melakukan regangan kaki, atau wanita itu sedang melakukan yoga, tetapi teman tak pernah nampak pula gaya yoga yang sebegitu. Dalam teman sedang berasa hairan, ada seorang lagi gadis yang lalu disitu, dahinya berkerut memandang wanita dan pokok itu, jelas, bukan teman seorang sahaja yang hairan, maknanya perlakuan itu memang pelik. Tetapi akhirnya teman tak membuat apa-apa telahan lagi apabila teman terpandang kaki teman yang hanya berselipar merah jambu itu. Kesimpulannya, hanya wanita itu sahaja tahu apa yang beliau lakukan dan mesti beliau mempunyai sebabnya yang tersendiri. Itulah kita semua perlu lakukan, jangan mudah membuat kesimpulan tanpa bertanya dengan tuan punya badan atau mengkaji selidik perilaku dan perkara sebenar.
Akhir sekali, teman ingin pulang setelah melakukan 3 pusingan, teman pergi ke arah tempat letak kereta. Dari arah tepi, teman nampak pagar untuk keluar dari taman itu kelihatan tutup. Dalam hati teman berkata "Eh, tutup pula. Habis tu nak lalu mana ni?"Teman berjalan lagi menghampiri kereta dan kereta teman betul-betul berada di depan pagar pintu keluar taman itu, oh rupa-rupanya terbuka, tak tutup seperti yang teman pikirkan kerana teman melihat pagar itu dari sisi tepi dan ia kelihatan seperti tertutup. Apabila teman berada di susut bertentangan, barulah teman nampak gambaran jelas bahawa pagar itu terbuka. Nyatalah dalam kehidupan ini, jika kita melihat sesuatu, dan kita mula menyangkakan sesuatu yang negatif berlaku, kita perlu melihat dari sudut yang lain pula, mungkin kita akan jumpa jawapan yang sebenar dan mengubah pemikiran kita sebelum itu.
Friday, 22 April 2011
Isi Hati Teman
Teman baca juga entri beliau mengenai buku tulisan Prof. Kamil, 'Travelog Dakwah'. Teman jumpa entri ini semasa mencari sinopsis Travelog Haji, rupa-rupanya penulis buku ini menulis kedua-dua buku tersebut, ini yang keliru ni, mana satu nak beli, atau beli saja kedua-duanya. Selepas teman baca sedikit ulasan buku Travelog Dakwah dari adik 'budak kodiang' ni, teman terasa seperti mahu patah balik ke kedai buku tadi sebab teman memang ada nampak kelibat buku itu di kedai tersebut. Tak mengapa, teman pun ada membeli sebuah buku yang laris juga di pasaran, tajuknya 'U-Turn ke Jalan Lurus', ditulis oleh Ustaz Zul Ramli. Teman sudah lama mencari buku ini kerana teman tertarik dengan slot motivasi pagi yang Ustaz Zul sampaikan di radio IKIM beberapa bulan yang lepas.
Hari ini hari Jumaat, esok dan lusa pula teman bercuti. Dengan hati teman yang sedang bersedih dan resah, teman akan menjadikan buku Ustaz Zul ini sebagai peneman. Selepas habis buku ini, teman akan pastikan teman membeli kedua-dua buku Prof. Kamil itu. Terima kasih kepada adik 'budak kodiang', 'hang memang hebat, budak macam hang boleh tarik orang tua macam aku untuk baca blog hang'.
Kenapa teman tertarik dengan buku Travelog Dakwah dan Travelog Haji ini? Kerana teman yakin, teman mempunyai masalah yang sama dengan penulis. Teman ni, walaupun dibesarkan dengan persekitaran yang baik, mempunyai latar belakang agama dan pernah mendalami ilmu agama dengan secara khusus tetapi teman ni manusia paling lemah teman boleh katakan. Teman mempunyai iman yang terlalu nipis. Ilmu agama teman yang dalam itu membuatkan teman sering ragu-ragu dan banyak mempersoalkan akidah sendiri. Teman tahu, orang-orang Islam yang membaca blog teman mesti meluat dengan teman bila teman katakan semua ini. Masa teman buat blog ini, hati teman sedang sedih, hati teman sedang goyah, iman teman terbang dan hilang entah ke mana. Teman sebenarnya mahu menjadikan blog ini sebagai diari teman, tempat teman menceritakan konflik diri teman tanpa mendedahkan identiti teman. Teman adalah manusia songsang yang sering kalah dengan hasutan syaitan. Tetapi teman ingin mengembangkan iman teman melalui blog ini juga. Teman ingin baca blog ini di masa hadapan, untuk melihat diri teman sendiri, dan melihat di mana teman pernah berdiri. Teman mahu nukilkan di lembaran tanpa batasan untuk diri teman sendiri, dan teman mahu sesiapa yang membacanya mengambil iktibar dan pedoman dari pengalaman teman.
Teman harap, entri yang tiada hala tujunya ini tetap dapat menyampaikan isi hati teman, betul-betul datang dari hati teman.
A Scam Email : ATM MasterCard Beneficiary
Hari Kedua Tanpa Fungsi
Hari ini adalah hari kedua teman tak mempunyai apa-apa fungsi di pejabat teman. Tinggal lagi 4 hari sebelum teman memulakan projek mega teman bersama pihak atasan teman dari
Tetapi apa yang membuatkan teman keliru, mengapa ketua teman menyerahkan segala kerja-kerja teman kepada orang lain terlalu awal. Sebenarnya teman rasa diri teman orang yang paling tak berguna bila teman tiada apa-apa fungsi di pejabat teman. Teman fikir, teman belum cukup penting sampaikan jika teman tiada, kerja teman boleh diambil alih oleh sesiapa sahaja. Teman merasakan bahawa ketua teman tak memerlukan teman pada hakikatnya. Terngiang-ngiang di telinga teman tentang kata-kata ketua teman beberapa bulan yang lepas, ‘jika saya perlu menghantar orang saya untuk satu latihan yang panjang di luar pejabat, saya akan menghantar orang yang saya tidak mahu lihat dia berada di pejabat ini’.
Tetapi, ciri-ciri yang diperlukan di dalam projek ini memerlukan seorang yang berpengalaman luas dan mahir dalam bidang masing-masing. Mereka mestilah terdiri daripada orang yang memahami sedalam-dalamnya bidang kerja masing-masing dan perlu setia dengan syarikat. Mereka akan menjadi tunggak utama jabatan masing-masing dan menerajui jabatan tersebut dengan sistem baru yang diperkenalkan syarikat melalui projek mega ini. Dan teman dihantar bagi tujuan ini. Teman keliru dengan tindakan ketua teman, samada teman dihantar kerana ketidakberadaan teman di jabatan tidak memberi kesan kepada jabatan, ataupun teman dihantar kerana kebolehan teman. Sekali lagi telinga teman masih terdengar-dengar kata-kata ketua teman itu.
Mungkin teman perlu lebih peka dengan keadaan dan persekitaran teman. Akal teman yang bijak ini sepatutnya boleh mentafsir perilaku ketua teman dan kawan-kawan sekerja teman. Setelah setahun berada di bawah naungan ketua teman yang ada sekarang, teman masih belum dapat membaca tindakan ketua teman. Samada teman tak memahami ketua teman kerana beliau mempunyai karakter yang tidak terjangkau atau teman sendiri yang kurang perhatian terhadap siapa sebenarnya ketua teman ini. Mungkin teman perlu melakukan pemerhatian dengan lebih intensif terhadap ketua teman, untuk mengenal pasti bahawa ketua teman adalah musuh atau seteru teman. Ya, mulai hari ini, teman mesti
Resepi Orang Bujang- Ikan Kembung Masak Asam Kicap
Salam Puan-puan, Cik Bedah, Kak Tipah dan kakak-kakak semua,
Hari ni, resepi bujang teman masih menggunakan ikan kembung kerana hanya itu sahaja benda yang terdapat di dalam peti ais teman. Oleh itu, sepanjang minggu, puan-puan akan hanya mengadap resepi ikan kembuang teman. J Baiklah, kali ni masakan teman tak susah, senang sangat-sangat, bak kata orang kampung, main campak-campak saja. Menu ini menu yang sihat ya puan-puan kerana kurang menggunakan minyak. Ikan yang dipilih janganlah yang tercemar dengan radiasi ya puan-puan. Sayur goreng pun sangatlah mudah untuk dimasak, hanya mengambil masa tak sampai 10 minit. Selamat mencuba.
Ikan Kembung Masak Asam Kicap
Bahan-bahannya:
- Bawang besar- ½ biji – dipotong-potong
- Bawang putih – 2 biji – dipotong-potong
- Halia – 1 inci – di ketuk
- Cili api – 4 biji – dipotong-potong
- Kicap – 4 sudu
- Air- ½ cawan
- Sos Tiram – 1 sudu
- Limau Kasturi – 2-biji- diperah
- Ikan kembung- 5 ekor kalau kecil saiznya
- Garam dan perasa
Cara-cara memasaknya:
- Masukkan air, kicap, sos tiram, bawang besar, bawang putih, halia dan cili api ke dalam kuali yang panas.
- Bila sudah mendidih, perahkan limau, masukkan garam dan perasa secukup rasa.
- Masukkan ikan kembung dan perlahankan api, tutup kuali dengan penutup dan masak selama 5 minit.
- Siap.
Sayur goreng
Bahan-bahannya:-
- Kobis- ¼ biji, dipotong-potong
- Putik jagung – 1/3 mangkuk
- Lobak – ½ biji-dipotong-potong
- Kacang buncis – 6-8 batang – dipotong-potong
- Bawang besar – ½ biji- dpotong-potong
- Bawang putih-3biji- dipotong-potong
- Cili api -3 biji – dipotong-potong
- Ikan bilis – ½ genggam
- Minyak masak- 2 sudu
- Garam dan perasa
Cara-cara memasaknya:
- Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili api.
- Bila dah naik bau wangi, masukkan putik jagung, lobak dan kacang buncis. Lepas seminit, masukkan kobis.
- Masukkan garam dan perasa dan digaul rata.
- Angkat dan hidangkan, jangan masak lama sangat di atas api kerana nanti hilang zat-zat sayur tersebut.
Penantian Strategik
Salam semua dan Selamat pagi
5 tahun teman bekerja bermati-matian demi menggenggam kerjaya yang teman idamkan. Teman ingin mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya dan hidup teman. Teman mahu menjadi orang berjaya yang memberi inspirasi kepada manusia.
Pada mulanya, teman memikirkan teman kena mempercepatkan usaha menggapai dari satu tahap ke satu tahap. Umur teman dah 30 tapi teman merasakan banyak perkara dalam hidup teman yang teman belum capai. Dari penolong pegawai ke eksekutif, kemudian terpilih mewakili jabatan dan diangkat secara tak rasmi sebagai naib ketua, teman tetap merasakan pencapaian teman terlalu perlahan. Teman beriya-iya ingin naik ke satu tahap rasmi sebagai seorang pengurus dalam tahun ini juga. Teman rasa cemburu melihat kejayaan kawan-kawan teman yang lain. Teman sanggup mengenepikan soal jodoh hanya kerana mengejar cita-cita. Tetapi apabila mendengar fakta-fakta tertentu dari ahli motivasi di radio dan membaca artikel-artikel mengenai orang yang berjaya, rupa-rupanya 5 tahun itu terlalu pendek, belum cukup matang untuk mencapai tahap yang paling gemilang dalam hidup. Tun Mahathir juga menanti selama lebih 20 tahun untuk sampai ke tahap yang beliau inginkan. Pengasas KFC, Mr. Colonel pun hanya berjaya pada usia 65 tahun. Dan ramai lagi orang-orang yang berjaya menanti selama lebih 20 tahun demi menggapai impian mereka. Apa sangatlah 5 tahun yang teman lalui itu. Oleh itu, teman perlu faham konsep penantian strategik. Penantian sahaja tidak akan membuahkan hasil yang lumayan, tetapi penantian strategik adalah satu penantian yang menunggu masa sesuai untuk bertindak dan melonjakkan diri untuk lebih berjaya.
Ustaz Badli Shah mengumpamakan penantian strategik itu seperti penantian di pusingan bulatan jalan raya. Jika kita terus menanti, kemungkinan kita takkan dapat melintasi bulatan itu untuk sekian masa, tetapi penantian di bulatan itu adalah penantian yang strategik kerana apabila sesuai masanya dan jika ada kesempatan kita akan terus melintasi bulatan tersebut dengan Selamat dan berjaya.
Baiklah, untuk diri teman sendiri, mulakan hari ini dengan pemikiran yang positif. Bersabarlah untuk berjaya dan teman pasti akan menempa kejayaan besar dalam hidup teman.
Thursday, 21 April 2011
Keluarga Cawley Yang Bijaksana
Teman tertarik dengan satu blog ni http://www.scientific-child-prodigy.blogspot.com/ Teman memang promosikan anda semua membaca dan mengikuti blog tersebut. Mungkin teman saja yang lebih-lebih, maklumlah, perkataan ‘prodigy’ tu saja dah menarik minat teman untuk membaca blog Velentine Cawley ni. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kebijaksanaan memang teman minat dan suka. Kalau teman punya kebijaksanaan tak mencapai tahap bijaksana yang membanggakan, harapan teman sendiri besar untuk mencapai tahap itu.
Apa yang menariknya blog Velentine Cawley ini, beliau memiliki anak-anak yang luar biasa bijak, dalam bahasa Inggerisnya kita menggelar anak-anak istimewa ini sebagai ‘child prodigy’. Dengan kelebihan yang saudara Cawley ini miliki, beliau mengikuti perkembangan minda anaknya secara rapat dan dicatitkan setiap perkembangan itu dalam bentuk jurnal. Ia salah satu kaedah saintifik iaitu ‘observation’ atau dalam bahasa Melayunya, pemerhatian. Tetapi pendekatan Cawley unik, beliau menjadikan keluarganya sebagai bahan-bahan saintifik yang beliau boleh perhati dan kaji, lalu beliau merumuskan fakta-fakta tertentu tentang perkembangan biologi dan psikologi manusia. Kajian dan pemerhatiannya menjurus kepada kanak-kanak yang mempunyai keistimewaan minda yang bijak secara luar biasa. Teman sangat-sangat tertarik dengan kaedah Cawley kerana beliau menggunakan persekitarannya dan pengalaman-pengalamannya dengan baik lalu menghasilkan satu hasil rumusan yang memberangsangkan. Beliau adalah contoh manusia yang menggunakan akal fikiran dengan sebaiknya, ia adalah contoh bahawa ilmu itu ada di mana-mana, malah boleh dipelajari dengan mendalami diri sendiri dan keluarga. Allah juga mengatakan bahawa jika kita hambaNya mahu mengenal diriNya, maka lihatlah ke dalam diri kita sendiri. Cawley benar-benar menyahut saranan ini.
Entri Cawley yang terbaru menceritakan bagaimana ‘seni’ itu dipandang dari 2 aspek yang berbeza, dari cara isterinya mentafsirkan kecantikan seni, dan cara anaknya menterjemahkan kecantikan atau kesenian itu sendiri. Teman tertarik apabila pengalaman yang ringkas itu dikongsi dan diolah menjadi satu fakta yang menarik tentang bagaimana 2 individu memandang satu subjek. Kedua-dua mereka bijak, anaknya seorang yang bijak secara luar biasa dan seorang lagi adalah ibu yang bijak yang melahirkan anak yang luar biasa ini. Teman kagum Cawley mendalami pemikiran isteri dan anaknya sehinggakan satu perkataan yang ringkas membawa satu makna besar. Dan kaedahnya mengolah satu-satu topik di dalam blog beliau memang kaedah yang unik dan menarik. Teman harap, kita semua boleh mengambil pengajaran dari Cawley sekeluarga.
Jalan untuk Berjaya
Kejayaan, ini satu perkataan yang sangat bermakna, perkataan idaman setiap manusia. Untuk orang seperti teman, memang perkataan ini menjadi kegilaan teman. Sampai sekarang, teman masih belum mencapai kejayaan yang teman impikan. Teman mencari jalan untuk berjaya setiap saat dan setiap masa. Teman layari internet, teman membaca buku-buku dan artikel, dan macam-macam lagi teman lakukan hanya untuk mencari jalan untuk menjadi orang yang berjaya. Teman mengkaji sejarah orang-orang yang berjaya, dari situ teman dapat rumuskan bahawa orang-orang yang berjaya memang mengambil masa yang panjang untuk berada di mana mereka berada sekarang ini. Kalau ada pun yang berjaya seawal usia 20-an, mereka sebenarnya telah memulakan usaha mereka sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum mencapai apa yang mereka ingin capai. Teman
Masa teman berumur 5etahun, mak ayah teman sudah memasukkan teman ke sekolah tadika. Ini kerana teman mendesak mak ayah teman untuk memasukkan teman ke sekolah. Dua tahun di tadika, teman langsung tak menyerlah. Teman tak belajar apa-apa pun, teman menghabiskan masa untuk mengacau kawan-kawan teman sampaikan teman selalu diherdik cikgu teman. Semasa peperiksaan tadika, teman meniru kawan teman, tak sangka teman dah pandai meniru seawal umur teman 6 tahun.
Habis tadika, sementara menunggu untuk masuk ke sekolah rendah, mak teman mengadakan latihan intensif terhadap teman. Dia mengajar teman membaca dan mengeja. Dia mengajar teman mengaji al-Quran dan disuruhnya teman menghafal ayat-ayat al-Quran yang asas. Pada mulanya teman tak faham kenapa mak teman mengajar teman seorang sahaja, abang dan kakak teman tidak pula menerima perhatian intensif seperti itu. Bila teman dewasa, teman bertanya pada mak teman, mak teman bagitahu teman bahawa dia mula merasakan betapa pentingnya pelajaran dan dia sudah nampak potensi teman pada masa itu. Teman sudah mula berpuasa penuh seawal umur 6 tahun. Apabila mak teman mengajar ayat-ayat al-Quran, teman memahami dengan cepat malah dapat menghafalnya dengan baik dan teman memang sudah petah bercakap sejak teman berumur 3 tahun. Apabila mak teman nampak potensi teman, mak teman mula serius mengajar teman sebelum teman menjejakkan kaki ke sekolah rendah.
Percaturan mak teman itu menjadi. Sepanjang 6 tahun teman belajar di sekolah rendah, teman sering mendapat tempat teratas setiap kali peperiksaan penggal dijalankan. Mak ayah teman menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah setiap tahun dengan bangganya dan membuatkan mereka semakin serius mengikuti perkembangan pelajaran teman. Kemuncak kejayaan di sekolah rendah, teman merangkul gelaran pelajar contoh dan terpilih sebagai pelajar Tunas Harapan peringkat negeri. Teman mendapat A penuh untuk ujian terbesar di sekolah rendah atau lebih dikenali sebagai UPSR.
Selepas 6 tahun di sekolah rendah, teman mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. Di
Sehinggalah tahun ke
Semasa di universiti, teman buat hal lagi. Keluarga teman semakin hari semakin teruk, teman terpaksa menjalani kehidupan teman bersendirian. Selepas 3 tahun, teman dibuang universiti. Teman buat rayuan, akhirnya universiti memberi pertimbangan terakhir tetapi teman perlu memilih untuk memilih bidang selain Undang-undang. Teman memilih bidang Sains Kemanusiaan. Selepas 3 tahun setengah, teman akhirnya tamat pengajian dengan purata markah 2.98/4.
Tahun teman tamat pengajian, pengangguran menjadi antara masalah utama negara di mana seramai 80,000 graduan menganggur di seluruh Negara. Teman nekad untuk tidak memilih pekerjaan atau di mana tempat teman akan bekerja. Ketika semua orang sibuk mencari kerja di kotaraya
Teman bertahan selama 2 tahun di situ. Kemudian teman berhenti kerja dan
Di syarikat yang kedua milik orang Kanada, teman diperlakukan dengan teruk sekali. Rupa-rupanya teman dimasukkan atas sebab yang tidak baik. Pada masa itu pihak pengurusan syarikat tersebut mahu mencari kambing hitam untuk menanggung sebab kegagalan projek baru yang mereka ambil alih dari salah satu pelan mereka di
Selepas 3 bulan bekerja di syarikat besar itu, teman merasa seperti teman tidak boleh pergi jauh dengan syarikat tersebut kerana pekerja yang diikat dengan kontrak tidak mendapat kelebihan-kelebiahan dan kemudahan-kemudahan asas yang sepatutnya setiap pekerja perlu dapat. Bukan sahaja itu, malah pekerja-pekerja kontrak sentiasa dirundung rasa resah dan gelsah setiap kali tempoh kontrak hampir tamat. Rupa-rupanya, perasaan memiliki dan dimiliki adalah penting sebagai motivasi diri untuk seorang pekerja memberikan perkhidmatan terbaik dalm kerjayanya. Dalam diam, teman membuat permohonan terhadap salah sebuah syarikat minyak dan gas yang terkemuka di selatan milik Amerika Syarikat dan
Jadi, berdasarkan kronologi hidup teman, teman sendiri tak pasti adakah teman sudah boleh dianggap orang yang berjaya atau tidak. Teman yakin teman seorang yang berkebolehan dan berkepimpinan tinggi. Teman yakin teman mempunyai pemikiran yang analitikal dan praktikal. Tetapi teman faham, tangga untuk ke atas tidak semudah yang disangka. Pengorbanan, jatuh bangun, suka duka, onak duri dan pelbagai lagi dugaan perlu teman tempuhi. Kalau ikut pendapat peribadi teman, teman belum lagi berjaya. RM4000 masih lagi sedikit dan belum mencapai tahap yang teman impikan. Jawatan naib ketua secara tak rasmi pun, bukanlah satu pencapaian yang membanggakan. Nasib baiklah teman dapat mewakili jabatan untuk projek mega yang syarikat teman anjurkan. Sekembalinya teman dari projek mega itu nanti, teman mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dan mengetuai hala tuju jabatan dalam mengglobalisasikan rangkaian syarikat keperingkat antarabangsa. Memandangkan syarikat teman ni besar, sangat besar sehingga menjadi antara penentu harga gas asli di dunia dan kedudukan keseluruhan bisnes meletakkannya antara 20 teraatas dunia, oleh itu teman harap melalui projek mega ini, teman mampu bersinar dengan lebih terang dan dapat membenamkan niat orang-orang yang tertentu yang mahu membenamkan bakat dan kelebihan teman.
Rookies!!
Last night, I watched Japanese Drama titled Rookies. It's a drama of 11 episodes. I paste one of the sysnopsis I found online:-
Sysnopsis from http://wod7.com/tl/drama/rookies
Koichi Kawato is the new Japanese Literature teacher at the ill-famed Futakotamagawa high school, whose baseball club is composed of thugs and bullies who have been suspended for a year from all school competitions, for causing a brawl during an official match. The newly appointed teacher finds that the club members left are only interested in women, smoking and doing nothing until, under Kawato's guidance, they discover their dream of going to the Koshien high school baseball tournament. However, the road to Koshien is far from easy as many obstacles await them.
If anybody loves Zero Crows will loves this drama. It's a violent drama, but full of spirits, spirit of sports, spirit of friendship, spirit of survival in life and the spirit of zero to hero. One of the words of the teacher namely Koichi Kawato that attracted me, "if this school and the whole world want to be their (the group of problematic studenst) enemy, I want to be their ally." I love this statement. I remembered when I was in my schooltime, a problematic students will allianated by teachers and schoolmates, no one wants to understand their problem.
The teacher, Kawato, remind me of Sakuragi Hanamichi in Slam Dunk. The hair, the voice, the way he talk and his attitude, they looks similar. But this story, eventhough got a lots of violent scene and violent character, but this is motivational stories of realizing the dreams. The strong character of teacher Kawato influenced every character in the drama and this character inspired every people who watch this drama.
I hope everybody will buy the DVD and enjoy watching!!!