Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum wbt.
Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan perasaan cinta terhadap Rasulullah yang sebelum ini tak pernah aku kecapi. Program Law Kana Bainana di TV Al-Hijrah yang hanya bersiaran setiap Ahad pukul 9-9.30malam menggamit rindu terhadap Rasulullah. Ia adalah program yang menerapkan relevansi dakwah Rasulullah terhadap perkembangan zaman. Soalan hos tersebut ringkas, "Apakah yang ingin anda katakan kepada Rasulullah andainya Rasulullah berada di hadapan anda", untuk menjawab soalan ini sahaja sudah mengundang rasa sayu. Terselit rasa kagum kepada rakyat Mesir, apabila mendengar nama Rasulullah, mereka terus tersentak dan menangis. Terpalit wajah rindu ketika nama Rasulullah disebut di hadapan mereka. Ada seorang peniaga yang tidak pernah solat (menurut pengakuan peniaga itu sendiri), namun apabila hos rancangan bertanya soalan itu, dia terus sebak dan insaf, masya-Allah. Patutlah Allah SWT mengasihi Rasululullah, kerana ia adalah Utusan Allah yang hebat, walaupun tidak pernah bertemu Rasulullah, namun umatnya tetap mencintai Rasulullah, berbaloi doa Nabi SAW ketika menyebut "Ummati, ummati, ummati", masya-Allah.
Bila teman mengajukan soalan itu kepada diri sendiri, teman risau jika teman tidak punya perasaan sebak itu, kerana jika teman tidak merasa apa-apa, bermakna teman tidak cintakan Rasul SAW. Alhamdulillah, rasa sebak hadir sehingga tak sanggup nak memikirkan jawapannya kerana terlalu sebak. Pertama kali teman merasakan sebegini dan tak terfikir selama ini untuk bertanya soalan itu terhadap diri sendiri. Ia benar-benar satu tamparan hebat buat diri teman. Ia juga soalan yang mengisafkan. Tatkala kita ingin melakukan sesuatu, bertanyalah kepada diri sendiri, jika Rasulullah ada pada ketika ini, adakah Baginda akan melakukan apa yang kita hendak lakukan ini? Jika jawpannya tidak, usahlah kita lakukannya dan ikutlah panduan Rasulullah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Ya Allah, sampaikanlah salamku buat Rasul Junjungan Muhammad SAW dan ampunkan dosa-dosaku Ya Allah kerana sering terpesong dari peraturanMu dan sunnah RasulMu, ampunkan aku ya Allah!!!
:) dalam kesibukan hidup, fila rasa ingatan pada sifar Rasulullah selalu memujuk diri untuk sabar dan teruskan perjuangan. bila ada rasa marah atau penat, fila suka ingatkan sifat nabi yg penyayang dan lembut tutur kata. Nabi tak pernah give up. mcm dlm peristiwa gelap nabi, bila khadijah dan abi talib meninggalkan Rasulullah, nabi sgt sedih. dan dalam keadaan itu, nabi sgt diuji kekuatan emosinya. Tapi Allah suruh nabi istiqomah dgn da'wah walaupun nabi dalam kesedihan. dan dalam masa tu, nabi pergi berda'wah di Taif tetapi dibaling batu sehinnga mengalir darah. tapi nabi tetap sabar. Dan lepas tu Allah pujuk nabi, suntik smgt dgn peristiwa israk mikraj. Allah tunjuk syurga neraka, dan nabi dpt bertemu dgn Allah. subhanallh, sgt comel dan manis hubungan Allah dan Nabi. insyaAllah, mudah2an Allah beri kekutan untuk tetap teguh dalam jalan NYa, dan mudah2an kita tetap berusaha merapatkan diri dgn Maha Pencipta. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Fila...
ReplyDeleteBetul tu, selain al-Quran, panduan kita adalah sunnah Rasulullah. Ada sekali tu, teman berbual dgn seorang kawan tentang betapa sayunya hati apabila mengenangkan soalan,"apakah yang anda ingin katakan jika Rasulullah ada di hadapan anda"...tetapi kawan tersebut memberi respon, "bukan semua orang rasa begitu"... tersentak teman mendengar jawapannya. Nyata, dengan rahmat Allah sahaja kita dapat menghayati Allah dan RasulNya..Fila, kita sama-samalah berusaha untuk terus berada dalam rahmat Allah..