Friday, 26 August 2011

Catatan di Pagi Ramadhan-26

Assalamualaikum wbt...

Selamat pagi buat semua sahabat-sahabat semua...pagi ini, teman masih bekerja. Begitulah takdirnya. Pagi tadi...dikala sahur, ia adalah qiyam yang indah....sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan cinta agungku hanya untukMu ya Allah.

Pagi ini bumi dibasahi hujan, hujan rahmat dari Allah. Mujurlah jalan raya tidak terlalu sesak, mungkin sudah ramai yang mula bercuti. Teman sampai di tempat kerja jam 8.20pagi. Sedikit lewat dari kebiasaan kerana hujan yang agak lebat pagi ini, maka perjalanan menjadi sedikit perlahan, namun ia bukanlah sejenis masalah. Nikmat Allah terlalu banyak sehinggakan perkara sekecil ini bukanlah satu masalah. Lihatlah mereka yang bermotosikal, mereka dibasahi hujan, maka yang berkereta sepatutnya bersyukur. Syukur itu kunci yang menutup segala rungutan. Rungutan adalah lambang 'tidak kenang budi' kita kepada Allah. Oleh itu, belajarlah untuk sentiasa bersyukur. Kepada yang bermotosikal, mujurlah anda naik kenderaan seumpama itu, tidak perlu tersekat dek kesesakan. Kepada yang berjalan kaki juga wajib bersyukur, kerana masih ada kaki! Ya Allah, hebatnya nikmat yang Kau berikan, lantas amat sedikit antara kami ini yang bersyukur.

Suasana pejabat agak suram. Ada yang sudah mula bercuti seperti kawan teman yang mejanya cuma bersebelahan ini. Bagi teman, seawal hari Isnin, teman sudah 'pulun' menyiapkan segala kerja-kerja untuk mengelakkan masalah di Hari Raya. Hasilnya, hari ini teman tiada kerja! Bersyukurlah, dari orang yang kerjanya tetap berjalan walaupun di Hari Raya. Kuih Kek Lapis yang diimport khas dari Sarawak juga telah sampai hari ini. Syukur alhamdulillah, rezeki buat keluarga di kampung.

Rata-rata jiwa pekerja sudah tiada di pejabat. Teman pun hampir mati kuman dibuatnya. Tetapi teman ada beberapa perancangan hari ini, antaranya adalah menghantar kereta untuk dicuci, 'top up' kad 'Touch N Go, mengeluarkan sejumlah wang tunai di mesin ATM dan membeli jubah yang dipesan ibu. Teman tak pasti samada sempat melakukan semua itu hari ini. Apa pun, teman akan lakukan apa yang sempat.

Buat semua, Selamat Hari Raya dan maafkan segala silap salah teman andai ada yang mengguris hati. Doakan teman dapat pulang ke kampung dan beraya bersama ayah bonda. Kerana redha ibu bapa itu adalah tangga untuk mencapai redha Allah.

No comments:

Post a Comment