Friday, 19 August 2011

Ukhwah Fillah

Ukhwah fillah bermaksud hubungan persaudaraan sesama saudara Islam yang dibina atas nama Allah dan iman. Ia nampak seolah-olah tidak membawa apa-apa erti tetapi ia adalah sesuatu yang penting dan membawa kesan yang besar kepada orang-orang yang beriman.

 

Ukhwah fillah dibina hanya kerana mencari keredhaan Allah SWT. Ia bukan dibina kerana rupa, pangkat dan harta, tetapi ia adalah semata-mata ibadah yang dilakukan demi mencapai redha-Nya.  Jika iman dijadikan landasan hubungan tersebut, maka makmurlah orang-orang yang meletakkan redha Allah sebagai paksi utama dalam hubungan mereka.

 

Mengikut pengalaman teman, teman pernah mengenali seorang sahabat yang teman kira beliau didatangkan Allah sebagai murabbi dan da’ie. Teman yang sememangnya hidup di luar batasan agama dipertemukan Allah dengan seorang gadis yang beriman dan sederhana. Hanya Allah ada di hatinya. Dan teman memperkenalkannya dengan makna persahabatan. Di situlah teman mempelajari tentang ‘ukhwah fillah’. Aura keimanan sahabat teman itu akhirnya membawa teman mengenal erti kehambaan, memperkenalkan Allah yang kian teman lupakan pada ketika itu. Kami bersahabat dengan bahagia, teman seolah-olah melalui proses tarbiyah sewaktu bersamanya.  Segala-galanya indah sehingga setahun berlalu, teman akhirnya terpisah. Kerana iman kami bertemu dan kerana iman juga kami berpisah. Teman akhirnya hanyut sekali lagi dan sahabat teman itu kecewa. Cuba dipertahankan ukhwah fillah itu namun benarlah firman Allah yang bermaksud, takkan berubah suatu kaum itu melainkan diri mereka sendiri yang mengubahnya. Dan hidayah hanya diberi kepada siapa yang Allah kehendaki. Mungkin juga Allah mahu mengajar sahabat teman itu tentang ujian kehilangan dan ujian supaya dia hanya meletakkan Allah di tangga paling atas di hatinya, bukannya orang seperti teman. Kejadian perpisahan itu memberi banyak makna, pendidikan Allah buat kami berdua. Kami akhirnya terpisah, dia tetap di jalan yang benar, malah Allah menyelamatkannya dan membawanya ke peringkat yang lebih tinggi, mungkin. Teman pula hanyut dan semakin jauh. Namun itulah luar biasanya ukhwah fillah, ukhwah yang akan terpahat di dalam hati selamanya. 8 tahun berlalu, sahabat teman tetap mekar diingatan. Dialah sahabat fillah yang pertama dalam hidup teman.

 

Hari ini, teman berdiri dari kejatuhan yang lalu, bukan atas huluran tangan sesiapa, tetapi atas lonjakan dari dalam diri teman sendiri. Sudah sampai masanya Allah menarik teman ke sisiNya. Dan perlulah teman pelihara perhatian dan kasih sayang Allah ini agar teman sentiasa berada di landasanNya. Bersama memori ‘ukhwah fillah’, teman bangun semula dan mula mengukirkan azam di hati bahawa setiap manusia yang teman jumpa adalah kerana Allah. Ukhwah fillah akan teman genggam sebagai resepi berukhwah. Iman akan dijadikan teras dan teman akan berusaha agar teman dapat membina hubungan yang sebegitu dengan semua orang. Biarlah setiap hubungan yang dibina menjadi ibadah mulia untuk teman sembahkan di hadapan Allah. Walaupun masih kabur tentang bagaimana melaksanakan ukhwah fillah, semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk agar teman dapat mencapai matlamat itu.

 

Esok, rakan-rakan sosial teman yang teman kenali sejak tahun 2006 akan mengadakan perjumpaan sempena berbuka puasa. Solat terawih tiada dalam agenda, tetapi waktu solat terawih itu mereka meletakkan aktiviti menonton perlawanan bola. Teman berazam akan memimpin akhawat (sahabat-sahabat wanita) untuk berterawih bersama, biarlah lelaki-lelaki itu sibuk menonton bola dan anak-anak kecil mereka sibuk berlari ke sana ke sini. Mulakan ibadah mulia dengan apa yang kita mampu dahulu. Ya Allah, Kau bantulah aku.

 

Untuk pekerja-pekerja di syarikat teman ini, teman sudah memulakan usul untuk mengadakan usrah setiap hari Jumaat bermula selepas Hari Raya Puasa kali ini. Alhamdulillah, ada yang menyokong. Teman akan cuba melaksanakan aktiviti ini agar ukhwah fillah dapat dibina dan suasana kehambaan terhadap Allah dapat dibentuk bersama.

 

2 comments:

  1. assalamualaikum, yuri. I think about you too, somtimes. I read your post or Ramadan and taqwa. I wanted to share something after reading your post, but I couldn't find the notea that I took about taqwa and ramdan. It's a shame, because I realize that we are entering the last days of ramadan. but i guess i can share with you the bits that I remember. One main point that I remember from that lecture I heard is , to acheive taqwa, one must feel the need of Allah. train yourself to feel this strongly in your heart. The ustaz said to imagine that you are drowning in the middle of the sea and the only thing you can grab on to save your life is a seaweed. You'd be grabbing it strongly, with a strong hope that it'd keep you safe. secondly, spend sometime to be alone with Allah. eg qiyam. that is the best time to pray and recite Quran. it makes us feel closer to Allah. :) I will surely write more once I'm done with GP run, insyaAllah. when I find the notes i will share it on my blog too, iA. hope it is beneficial n not too late for practice :) xoxo

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sis Fila,
    I am glad you visit me...and appear at my "ukhwah fillah" post...I started to love you fillah.... This is the greatness of Allah, planted a feeling of love even we don't know each other...because we share same Iman...I hope we can achieve Taqwa as well. I am sure will read your post regarding Taqwa...I'll wait for that...Thanks for the tips and I am sure will work for that until I achieve Taqwa...

    ReplyDelete