Wednesday 15 February 2012

Mencari Jalan Pulang

Assalamualaikum wbt…

Lamanya tak menulis di ruangan ini. Walaupun blog ini bukan blog popular tetapi blog ini adalah diari teman, dan kadangkala, bagi insane kerdil seperti teman, blog ini merupakan medan dakwah dari pendakwah yang tidak dikenali. Terbaca salah satu artikel yang teman baca hari ini, sesuatu yang dilakukan kerana Allah pasti berkekalan dan jika ada ia dilakukan atas sebab yg sebaliknya, maka ia akan hilang dan tidak kekal. Teman harap, blog ini terus kekal sesuci niat ia dibina.

Sebenarnya, ada sebab mengapa blog ini mendiamkan diri. Oleh kerana niat blog ini diadakan bagi meraikan insan kerdil yang sentiasa berpaksikan agama, maka senyapnya blog ini bermakna insane kerdil itu sudah tergelincir dari landasannya. Ya, teman tergelincir lagi dalam kehidupan yang tidak kekal ini. Dunia hanya tipuan semata, dan teman telah tertipu dengan dunia dan seisinya. Teman hanyut dengan nafsu, terjebak dengan maksiat dan hilang kesedaran sebagai hamba Allah. Bunga-bunga akan hanyut bermula dari awal November 2011, semakin hanyut di pertengahan dan menjelang Disember 2011 teman terus hanyut dan lemas. Awal Januari 2012 teman mulakan tahun masihi dengan penuh noda dan dosa. Pertengahan Januari 2012, akhirnya Allah menghadiahkan satu tamparan hebat agar diri yg hanyut ini tersentak, dikurniakan kejatuhan, kekecewaan dan musibah sehingga diri ini terasa di tarik oleh Sang Pencipta. Mujurlah musibah yang datang berlaku sangat pantas, Allah tidak membiarkan teman hanyut lama. Bermula dari pertengahan Januari 2012, teman kembali ke tikar sejadah dengan penuh pengharapan buat Ar-Rahim agar Dia memberi Hidayah yang sekian waktunya dirasakan malap dan suram. Bermohon setiap hari agar Allah mengampunkan dosa yang menggunung tinggi, memohon agar Allah bantu dalam menjadi hambaNya yang taat dan memenuhi tuntutanNya, memohon perlindungan agar dijauhkan dari kesesatan, maksiat dan kemungkaran dan memohon sesungguh-sungguhnya agar Allah tidak melepaskan teman kepada diri teman sendiri walaupun sekelip mata.

Kini teman masih berjuang, membuang penyakit hati yang cintakan dunia ini dari bersarang terus di hati. Ia satu mujahadah yang perit, menentang nafsu yang penuh keseronokan, ia amat perit. Kepada sesiapa yang terbaca entri kali ini, doakan teman agar sentiasa berada di jalanNya.

3 comments:

  1. saya pun mahu seperti anta... tapi saya masih banyak laga perlu belajar... saya sedar sangat-sangat yang mana diri saya ini banyak dosanya... solat pun selalu saya tinggal...

    ReplyDelete
  2. inshaAllah. Allah kan Maha Penyayang :). Doakan saya juga. p/s: It's good to have you back; been missing your writing.

    ReplyDelete
  3. Hi Afila, senyapnya blog ini bermaksud saya sedang berusaha membaiki diri. Saya segan untuk menulis jika diri saya sedang terumbang ambing. Allah berfirman di dalm srah as-Saf, "Celakalah bagi mereka yang berkata-kata tetapi tidak melaksanakannya.", apapon, jika saya mampu kongsi mujahadah saya, saya harap Afila tak keberatan berkongsi pendapat..

    ReplyDelete