Monday, 9 May 2011

Isnin Datang Lagi

Salam buat semua,

Isnin datang lagi. Itulah tajuknya pagi ini. Tapi teman tak berniat nak menulis panjang lebar mengenai tajuk ini. Pada hakikatnya, teman sebenarnya sangat sangat mengantuk pagi ini. Sampaikan teman terlelap semasa kereta sedang berhenti menunggu giliran untuk jalan. Nasiblah tak lama sangat lelapan teman itu, kalau tidah habislah di'hon' orang di belakang.

Hari ini teman berpuasa, malam tadi tidur pukul 11 malam. Sebenarnya teman nak tidur awal sebab mengenangkan teman mahu bangun awal untuk bersahur bertahajud, tetapi ada tetamu, takkanlah nak tidur semasa tetamu ada di rumah. Kenalah memuliakan tetamu, harap-harap dibawanya dosa teman dan digugurkan ketika jalan pulang.

Teman bangun pukul 4.30 pagi, ambil wudhuk dan menyempurnakan tahajjud. Alhamdulillah, kalau boleh nak dijadikan amalan wajib. Teman ini, hamba Allah yang banyak dosa, semoga Allah ampunkan teman dan menundukkan hati teman untuk selalu sujud dan beribadah, agar terampun dosa-dosa teman yang menggunung tinggi itu.

Teman bersahur pukul 5 pagi dengan sahabat teman. Alhamdulillah, berselera pulak, harap-harap tidak menggemukkan.

Baiklah semua, sekarang sudah jam 8.34 pagi, teman nak ke surau sekejap, inilah masa untuk bersolat Dhuha, yang ini pun kalau boleh teman nak jadikan amalan. Semoga dimurahkan rezeki, dapat melangsaikan hutang-hutang teman yang banyak itu dan dapat bertamu di rumah Allah suatu hari nanti, insya-Allah.

Friday, 6 May 2011

Osama Bin Laden Hot Topic for Today!!

Salam and Hi To All,

This morning, while preparing to work, I heard the news from our national TV regarding Osama Bin Laden, again this is the hottest topic of the week, and maybe will be hottest topic for the whole month. First, US didn't want to disclose the pictures or videos on the burial of Osama or the operation of the murder of Osama. Second, the scramble of Pakistan and US towards the wife of Osama.

1. When I get into the car and turn on the radio, the topic is still the same. One of the opinion on the radio saying that, US will never disclose the pictures because they wanted to cover their mistake, there are possibilities of the story is fake, and people can smell something fishy of the controversial fake death picture of Osama.

2. The reason given by US regarding the secrecy of those pictures, they afraid of manipulation of those pictures. Again, this is another doubtful reason given by US. People is comparing this case with Saddam Hussein. When the whole world can see how Saddam being captured, being dragged to court and the death sentence on him, why this time people are not able to get the same thing from Osama's case?

3. The scramble of Osama's wife is another stupid story, she supposed not to be killed like they killed other terrorists. They need to investigate her involvement in Al-Qaeda, and if she being proven not guilty, then she has right to live in this world like other people. The state or nation who governs this woman should protect her with national law and retreat. Protect means, to not let other country to interfere their action on judging this woman and protect the woman if they found innocent.

This is only my piece of opinion. I am very sure, no one here my voice, it’s too low to hear but I hope if anybody can read this, we can think and uphold the justice.

Thursday, 5 May 2011

Did Osama Bin Laden Is Dead? ....I don't think so..

I snap this picture from newspaper. I don't know why, but this dead Osama's picture looks something wrong. Is it coincident? The pictures position look exactly the same. The different is only at color tone and the wound placed on Osama's face. The picture on the right was took on 1998 as I've read in the newspaper but how come in almost 13 years, Osama still looks the same, everything same, even the length of the bead and mustache still the same. Look at the teeth, o my God, its exactly no different at all.

I heard a conversation on our local radia discussing on Osama's death, one of the caller raise a question, did Osama exist? many people believe that anything regarding Osama is just a propaganda. The caller think that Osama's identity was an undercover identity created by the people who initiate the propaganda.

Some people think that Osama no longer survive. He might already died 10 years ago but the death was kept secret until now. So certain people took advantage of using his name to work with their propaganda.

The death story of Osama has big possibility of fake story created by certain people. The doubt is clear because unlike Saddam Hussein, the world nation don't have opportunity to watch the operation or the capture of Osama. More doubt when the death body of Osama was buried in the sea and too fast. During Saddam captured, he was drag to International Court and accused to death, unlike Osama was killed when he was unarmed and no trial in court was made for him. Osama being judge by a simple order of KILL.

Tun Mahathir considered this murder as revenge, not an act of world peace as shouted by US. If peaceful is the objective of capturing Osama, they supposed to catch and imprison him, bring to court and sentence him. But no lawful action was taken, it was another crime made by the murderer of Osama. People in the world wanted to know from Osama's own mouth, why he did such terror, but unfortunately we cannot here his confession and his explaination. Like Saddam, he able to convey his message during his last episode of life.

For Moslem, the killing of Osama is not the end of terror. Today, the news said that US now is hunting for Aymen, the second leader of Al-Qaeda after announcing to people that the death of Osama can mantain the peace of the world. The killing action taken by US has never ending story. If someone did mistake, they supposed to catch, put them on a trial and let the court decide. US is teaching people to kill with own justification. Israel newspaper summarized the action of US of killing Osama is the example of allowing killing towards terror by own justification.

A trial is needed to justify the crime. Did the person commit the criome or not. If yes, what is the motives. And how bad the crime they involving to. But a person who being murdered without a trial in court, who justify the crime before court?

In whatever action is taken for Osama's case, all is wrong. The killed story looks fake and full of doubt, if its really happen, it still looks wrong in the way of the person being killed and judge.

Kematian Osama, Palestine Bersatu, Kisah Pejabat dan Perihal Rezeki

Salam buat semua,

Sudah lama teman tak menulis apa-apa di ruangan blog teman ini. Sebenarnya teman menghadiri mesyuarat yang panjang selama 3 hari berturut-turut dengan legasi dari Korea Selatan untuk projek mega syarikat teman. Oleh itu teman tak berkesempatan untuk menulis dan berkongsi apa-apa sejak akhir-akhir ini. Ada beberapa perkara teman mahu kongsi pendapat dan teman harap kita sama-sama mengambil iktibar dan berfikir sedalam-dalamnya tentang kehidupan kita seperti yang selalu ditanyakan kepada kita oleh Sang Pencipta di dalam surah Al-Rahman.

Kematian Osama
Teman lampirkan gambar yang teman ambil melalui telefon bimbit teman ke atas sebuah surat khabar tempatan, daripada gambar tersebut teman merasakan seperti ada yang tak kena.
  1. Gambar tersebut hampir sama dengan salah satu gambar beliau seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang teman lampirkan ini. Kedudukan kepala, bentuk jambang dan beberapa perincian di dalam gambar tersebut memang nampak sama. Teknologi biasa seperti ‘Photoshop’ mampu menghasilkan gambar sebegini melaui gambar asal, apakan lagi jika ada teknologi canggih yang lebih baik daripada Photoshop, berkemungkinan pemalsuan gambar tersebut mampu dilakukan dengan lebih licik dan berkesan.
  2. Cara beliau dikebumikan menjadi tanda tanya masyarakat dunia. Cara pengkebumiannya sangat pantas dan terus sahaja disemadikan di laut. Masyarakat dunia tidak sempat untuk dipertontonkan video pembunuhan dan pengkebumiannya sepertimana mereka menyiarkan kes penangkapan Saddam Hussein dahulu.
  3. Pembunuhan beliau juga satu tanda tanya besar masyarakat dunia berikutan laporan yang menyatakan Osama dibunuh dalam keadaan beliau tidak bersenjata. Bermakna, jika benar pembunuhan ini berlaku, ia membawa maksud jelas bahawa Amerika memang berniat untuk terus membunuh Osama tanpa perbicaraan. Sesuatu yang pelik, bukankah dunia terikat dengan Undang-undang Antarabangsa dan hukuman hanya boleh dilakukan setelah dibicarakan di Mahkamah Dunia? Tetapi mengapa Osama dibunuh tanpa dibicarakan terlebih dahulu? Ini satu kepincangan yang serius.
  4. Daripada berita pembunuhan Osama, pihak Yahudi telah membuat satu kesimpulan yang menakutkan dimana sehari selepas berita pembunuhan Osama, akhbar Israel meraikan pembunuhan ini dan membuat kesimpulan bahawa tindakan Amerika adalah praktikal dan menjadi contoh bahawa pembunuhan antarabangsa boleh dilakukan dengan penilaian mereka sendiri.
  5. Dunia menjadi riuh rendah membincangkan tentang keamanan dunia samada dunia kini telah aman atau pembunuhan ini bukanlah satu jaminan keamanan. Pada pendapat teman, Amerika patut berundur daripada menjadi polis dunia, barulah dunia akan aman. Lahirnya pengganas ini pun adalah disebabkan rasa benci mereka kepada golongan penyibuk seperti Amerika dan Israel serta negara-negara Eropah yang lain. Lihat sahajalah bagaimana NATO menyibuk dalam hal dalaman kerajaan Muammar Ghadafi sehingga melakukan pembunuhan ke atas kaum keluarganya, amankah dunia?
  6. Kini Amerika mensasarkan pemimpin kedua Al-Qaeda yang bernama Ayman, sekali lagi perancangan pembunuhan diatur sebagai jalan penyelesaian masalah, bukankah kata mereka dunia telah aman dengan terbunuhnya Osama? Mengapa kini mereka merencanakan pembunuhan yang seterusnya?
  7. Tun Mahathir menyatakan pendapatnya bahawa pembunuhan Osama merupakan satu tindakan balas dendam, ia sebenarnya bukanlah tindakan yang berpaksikan keamanan. Aman tidak sinonim dengan bunuh, tetapi bunuh sinonim kepada dendam.

Palestin Bersatu
Alhamdulillah, pagi ini kedengaran berita tentang Hamas dan pemimpin Palestine telah membuat perjanjian damai. Tel Aviv dikatakan tidak senang dengan berita tersebut dan menyatakan ia akan menghalang kepada proses pendamaian Israel dan Palestin. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh Palestin sejak dahulu lagi. Bukankah bersatu teguh bercerai roboh? Biarlah satu dunia memberikan kita seribu satu masalah, yang penting kita harus menyelesaikan masalah dan konflik dalaman sebelum kita bersatu memikirkan tentang masalah yang lebih besar di luar sana.
Dear Palestine,
All Moslem all over the world love you. You should be grateful that each Moslem prays for you and asking Allah for your peaceful life and your happiness. Even if they cannot send you their hands, their money or their helps, but for sure all of them pray for you. Prayer is the gift from Allah, and the strength of Moslem. We believe that do’a can helps you even a small help. Hence, you need to unite and help yourself. Be a good servant of Allah and unite for the sake of Allah, may Allah bless Palestine.

Kisah Panas Di Pejabat
Ini merupakan ujian buat teman. Semasa menjalankan projek mega ini, teman memerlukan bantuan seorang rakan di pejabat teman. Pada hakikatnya teman diberi kuasa untuk melantik sesiapa dan mengarahkan orang tersebut untuk memberi maklumat yang diperlukan bagi menjayakan projek mega ini. Tetapi malangnya keputusan teman tak dihormati malah rakan teman tersebut terus menolak bulat-bulat permintaan teman. Teman berasa sangat marah dan kecewa kerana teman tidak faham mengapa rakan teman ini terlalu sombong dan bersikap mementingkan diri sendiri. Sedangkan projek ini adalah untuk kesejahteraan bersama dan beberapa bulan lagi, mereka semua akan menggunakan sistem yang akan diperkenalkan nanti, oleh itu samada mereka suka atau tidak mereka sepatutnya memberi kerjasama yang diperlukan. Tetapi sikap negatif rakan teman itu benar-benar membuatkan kesabaran teman tercabar dan akhirnya teman gagal menahan kesabaran. Teman akhirnya kecewa dengan diri teman sendiri sebab tidak mampu mengawal nafsu amarah, teman sedar amalan teman belum cukup kuat untuk menjadi tembok pemisah antara teman dan kebatilan. Akhirnya teman juga akur pada satu fakta yang teman terlupa bahawa syaitan itu sentiasa ada dan berusaha untuk membisikkan hasutan-hasutan jahatnya. Inilah yang perlu teman lakukan, teman mesti berusaha melawan hasutan syaitan dan mendidik kesabaran. Sesungguhnya syaitan berteriak gembira apabila manusia gagal melawan nafsu dan hilang kesabaran kerana kesabaran itu tunggak keimanan. Hilang sabar samalah juga dengan runtuhnya iman. Semoga Allah membersihkan hati teman dan memasukkan teman di dalam golongan orang yang sabar. Kepada rakan teman itu, biarlah dia bersama dengan pendiriannya itu, semoga Allah memberi petunjuk kepadaNya.

Ketentuan Rezeki
Pagi ini teman terdengar motivasi pagi di radio IKIM tentang rezeki. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah dan ditentukan olehNya. Tiada siapa yang dapat merampas rezeki kita selain Allah. Ustaz tersebut menceritakan tentang kisah Hasan al-Basri bagi mengaitkan tentang perihal rezeki. Ulamak besar Basrah itu sememangnya tidak takut kepada sesiapa kerana beliau yakin bahawa rezekinya datang dari Allah dan sudah ditentukan Allah. Sehinggakan apabila rumahnya dimasuki pencuri, Hasan al-Basri turut membantu pencuri tersebut mengangkat barang-barangnya ke tempat persembunyian pencuri tersebut. Pencuri tersebut tidak menyedari hakikat bahawa rumah itu milik ulamak besar Basrah dan beliau tidak sedar orang tua yang menolongnya itu adalah tuan rumah tersebut kerana Hasan memperkenalkan dirinya sebagai pencuri tua lalu menawarkan diri untuk membantu pencuri tersebut mengangkat barang-barang curi itu. Sehari selepas kejadian tersebut, si pencuri tertanya-tanya tentang pencuri tua yang menolongnya lalu beliau kembali ke rumah yang dicurinya semalam dan akhirnya beliau mendapati pencuri tersebuat adalah tuan punya rumah yang dicurinya dan merupakan ulamak besar di Basrah. Akhirnya pencuri tersebut bertaubat dan memulangkan semua barang-barang Hasan al-Basri dan Hasan pula mendapat semula barang-barangnya dan ditambah pula dengan baju-baju yang dibeli orang ramai kepadanya sebagai pertolongan apabila mereka mengetahui rumah Hasan dirompak.
Begitulah juga dengan kehidupan ini, teman pun adalah antara manusia yang sering risau tentang rezeki sedangkan Allah adalah pemberi rezeki, usahlah ditakuti bahawa ada yang akan merampasnya. Jika kita kehilangan sesuatu, berdoalah agar barang tersebut dipulangkan atau diganti dengan sesuatu yang lebih baik, itulah kesimpualan Ustaz itu tadi yang membawa maksud yang berkesan ke dalam hati  sanubari teman.

Kepada semua, renung-renungkan.

Monday, 2 May 2011

Allah Maha Pengasih buat HambaNya Yang MemerlukanNya

Salam Ukhwah buat semua,

Pagi yang hening dan dingin. Hujan renyai-renyai menyedapkan lagi suasana pagi. Sekujur tubuh segera bangun sebelum fajar menyingsing, membersihkan diri dan bersiap-siap untuk menunaikan kewajipan sebagai makhluk Allah. Sungguh mendamaikan ibadah sunat yang ringkas itu, hadiah Allah kepada hambaNya, solat tahajjud penenang jiwa. Solat subuh yang diikuti dengan bacaan al-Quran menambahkan subur di jiwa.

Ketika semua orang sedang berehat di rumah, teman gagahkan diri untuk melangkah keluar dari rumah, seterusnya menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja di syarikat teman. Ada juga perasaan cemburu melihat orang lain sedang bersedap-sedapan di atas katil masing-masing, namun motivasi di radio IKIM pagi ini melenyapkan rasa cemburu itu. Terasa Allah begitu dekat, memujuk hambaNya yang sedang dingin menyahut keperluan diri sebagai pekerja biasa. Mungkin inilah hadiah Allah buat hambaNya yang mengingatiNya, hadiah berupa pujukan dan hembusan semangat untuk hambaNya meneruskan hidup dengan bersemangat. Motivasi kali ini berkata tentang keperluan berpagi-pagian kerana udara pagi yang menyegarkan adalah udara yang mampu memberikan susuk tubuh yang sihat, kerana itulah bangun awal pagi itu dituntut kerana antara hikmahnya, ia memberi kebaikan dari sistem biologi manusia itu sendiri. Segar hati apabila disirami suntikan semangat seperti itu, lalu sekujur tubuh ini terus segar bersama minda yang segar.

Rezeki Allah yang tidak putus-putus kepada hambaNya, datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Seawal pagi di tempat bekerja, ditemukan Allah dengan hambaNya yang baik, dapatlah teman jadikan kawan untuk berbicara dan meluahkan rasa. Kemudian kesegaran yang dirasai berlanjutan hingga ke tengah hari. Timbul niat di hati untuk mengerjakan solat sunat Dhuha tetapi seolah-olah tiada ruang masa yang dapat diluangkan untuk niat suci itu. Namun sessi mesyuarat terhenti tepat jam 12 tengah hari, lalu terhidang hidangan yang lazat kurniaan Allah. Selesai menelan rezeki Allah, Allah beri sedikit masa sebelum masuk waktu Zuhur, terlaksana juga niat yang terlintas di dalam hati untuk mengerjakan sunat Dhuha yang diharapkan tadi. Dan tanpa menunggu lama, solat Zuhur masuk dan terus sahaja diselesaikan segera tanggungjawab yang wajib itu.

Dengan sedikit masa lagi sebelum sesi mesyuarat di sambung, diberikan lagi oleh Allah kesempatan untuk menulis dan berkongsi di entri kali ini. Semoga sesiapa yang membacanya mendapat manfaat dari entri ini. Percayalah pada kuasa Allah, tanamkanlah niat yang baik di hati, dan usahakanlah agar ia menjadi realiti. Jika tiada di dalam lingkungan kawalan kita sebagai manusia, percayalah bahawa Allah itu Maha Berkuasa, sesungguhnya biarlah yang selebihnya menjadi urusan Allah. Allah itu dekat, jika kita cuba mendekatiNya, seribu kali pula Allah akan dekat dengan kita.

Thursday, 28 April 2011

Niat

Catatan tahun lepas:


Pagi ini, seperti biasa, motivasi pagi di radio IKIM setiap 7.30pagi benar-benar menyegarkan minda. Pagi ini Ustaz Zamri memperkatakan tentang, kita akan dapat setiap apa yang kita lihat dan niatkan. Beliau memberi bebera situasi, tentang beberapa orang yang pergi ke Port Dickson. Orang yang pertama datang ke PD dengan niat untuk berehat dan menenangkan minda, maka dia dapat apa yang dia mahukan apabila dia berada di sana. Orang kedua, datang dengan tujuan bekerja, iaitu mencari minyak untuk syarikat minyaknya, maka dia dapat melaksanakan apa yang diniatkannya. Orang ketiga datang untuk memancing, maka dia dapat melaksanakan tujuannya untuk memancing itu. Orang yang keempat datang ke PD, dan mengharapkan untuk bertemu dengan gadis-gadis seksi di tepi pantai, maka orang itu juga mendapat apa yang menjadi tujuannya. Jadi apa yang boleh disimpulkan di sini, seseorang akan mendapat atau melaksanakan apa yang diniatkannya. Contoh yang diberi Ustaz Zamri lagi, ibarat orang yang pergi bekerja, ada yang berniat untuk makan gaji sahaja, jadi hanya gajilah yang seseorang itu akan dapat. Dari pemahaman saya sendiri, ia memberi motivasi kepada saya bahawa betapa pentingnya niat pada setiap perlakuan. Malahan, niat adalah kunci utama pada ibadah, dan meletakkan nilai pada setiap perilaku kita. Niat juga menjadi perkara yang paling utama dan termaktub dalam hadith yang pertama dalam  Hadith 40. Begitulah pentingnya niat

Ujian

Pagi ini hati teman terusik, kesabaran teman diuji, iman teman bergoyang. Ketua teman memanggil teman dan menyatakan bahawa dalam 3 tahun ini, beliau tidak dapat membuat penyelarasan gaji atau tawaran naik pangkat terhadap teman kerana beliau sudah membuat demikian tahun lepas terhadap teman. Beliau menyatakan, menurut syarat pemilik baru syarikat yang berasal dari Korea, syarat-syarat untuk penyelarasan gaji dan kenaikan pangkat telah diketatkan lagi.

 

Sebenarnya teman tidak faham mengapa ketua teman memberitahu semua itu kepada teman. Timbul syak di hati bahawa beliau hanya berbohong seperti apa yang beliau sering lakukan sebelum ini. Beliau gemar memetik nama orang atasan apabila mahu melakukan sesuatu tetapi pada hakikatnya beliau hanya mereka cerita. Penipuan-penipuan yang beliau lakukan di hadapan mata teman membuatkan hati teman terdetik bahawa beliau melakukannya terhadap teman pula kali ini.

 

Apa sahaja syak yang timbul di hati, dan segala resah yang bergelodak di dalam jiwa teman, teman mahu ingatkan diri teman sendiri bahawa REZEKI ITU DATANG DARI ALLAH, BUKAN DARI MANUSIA ATAU ORANG-ORANG YANG KONONNYA BERKUASA. Rezeki Allah itu datang tanpa disangka kerana Dia yang memiliki seluruh alam, dan segalanya atas kehendakNya. Jika Dia berkehendak, maka jadilah.

 

Kepada diri teman sendiri, buang rasa yang tak menyenangkan itu, ingatlah Allah dan tetapkan keteguhan iman. Sesungguhnya Allah sedang memulakan ujian UPSR-Nya ke atas teman. Semoga teman berjaya mengatasi ujian ini.