Assalamualaikum wbt dan salam petang buat semua,
Surau di tempat kerja teman boleh tahan besar, muat 3 saf termasuk orang yang nak melepak-lepak di belakang 3 saf itu. 1 saf boleh muat 3 orang dalam kedudukan renggang dan selesa, kalau berimam, mungkin 4-5 orang muat 1 saf. Surau ini dilengkapi penghawa dingin, deretan almari di bahagian belakang dinding surau, di bahagian kanan pula almari kaca yang tinggi dan cantik, terdapat al-Quran, kitab surah Yasin dan tafsir di dalamnya. Bahagian kiri pula ada rak telekung dan juga tempat menyalin pakaian, ada pembahagi mudah alih seperti yang kita lihat di hospital kerajaan. Di bahagian hadapan pula ada papan putih yang ditulis dan ditampal ayat-ayat al-Quran dan doa-doa, ada pen marker dan pemadam diselitkan di para kecil papan putih itu. Ini baru di dalam, diluar pula ada satu tandas dan bahagian mengambil wuduk yang boleh memuatkan 2 orang dalam satu masa. Terdapat juga singki dan cermin yang boleh memuatkan 2 orang dalam satu masa. Senang cerita, ia adalah surau impian di tempat-tempat kerja, sangat selesa, lengkap dan indah. Tapi teman pernah nampak surau yang jauh lebih besar dan cantik, ianya terdapat di sektor-sektor kerajaan. Surau mereka sangat besar dan kadang-kadang ada program tazkirah diadakan, seronok bukan? Walaupun anda bekerja, anda tetap boleh bersolat dan mendengar tazkirah, teman mengidamkan surau sebegitu di tempat kerja. Namun teman masih bersyukur kerana walaupun tiada tazkirah, surau itu tetap selesa.
Dalam keselesaan, tetap ada juga yang tak menyelesakan. Bukanlah keadaan fizikalnya, tetapi ruh surau itu sendiri. Surau ini nampak imarah dengan kehadiran jemaah-jemaah yang bersolat sunat dhuha seawal 8pagi, ramai juga yang bersolat dhuha di sini, teman anggarkan mungkin dalam dekat 10 orang, mungkin. Ia adalah 5% daripada pekerja-pekerja Muslimah yang ada di sini, untuk si hero, teman tak pasti. 10 orang itu tak termasuk orang yang solat dhuha pada waktu selain 8 pagi ini, teman sendiri memilih untuk solat pada pukul 8.45pagi, dan pernah terserempak dengan seorang wanita dari jabatan lain yang teman kira mempunyai masa tetap dalam 9 pagi.
Berbalik kepada ruh surau tersebut, pada waktu makan tengah hari, ada dalam 5-6 orang yang akan tidur di situ dan lampu pula ditutup. Kiranya jika ada orang yang mahu mengaji al-Quran sebagai ganti waktu rehat tengah hari, lupakan sahaja niat itu kerana jika anda membuka lampu, nahaslah. Mereka hanya akan membuka lampu tersebut pada pukul 1.15pm. Jika Zuhur masuk pukul 1.05pm, anda mesti menunggu sehingga 1.15pm, barulah anda berpeluang untuk solat. Kini, cabaran bermula. Lampu dibuka dan mulut mereka juga terbuka. Mereka akan bercerita pelbagai kisah, pukul 1.20pm, semakin ramai yang hadir untuk solat. Tetapi sebelum mengambil wudhuk, pelbagai topik akan dibuka. Masa itulah segala gossip di tempat kerja dibongkarkan, cerita-cerita rakan sekerja yang tak memuaskan hati juga terkeluar sekali sekala, isu anak-anak, rumah dan tanam-tanaman, semuanya nak diceritakan. Bila mengangkat takbir, niat di hati bagai berperang dengan suara-suara orang yang ghairah bercerita. Sedih, sangat sedih. kalau orang yang kuat imannya, suara-suara yang datang mungkin mudah ditepis kerana tebalnya iman mengundang rasa khusyuk yang mendalam. Namun bagi 'budak baru belajar' tentang khusyuk solat, ia adalah satu perjuangan yang hebat.
Dahulu teman bersolat Zuhur di hujung-hujung waktu. Adakalanya, sambung terus dengan Asar. Semakin hujung waktu solat, semakin mencabar kategori orang yang datang bersolat di situ. Di hujung-hujung waktu, bualan mereka lebih rancak, tawa yang nyaring membelah suasana surau, mungkin surau Muslimin di sebelah juga boleh terdengar hilaian tawa ini. Gossip-gossip yang diperkatakan juga semakin ganas, adakalanya mengutuk kumpulan 'kakak-kakak' yang bersolat di awal waktu. Suara mereka sangat deras dan kadangkala, orang yang solat itu boleh menyambung perbualan selesai sahaja salam, maknanya apa, maknanya dia mengikuti perkembangan perbualan itu semasa dalam solatnya.
Golongan yang bersolat di awal Zuhur pasti akan bertemu orang-orang yang sama di awal Asar. Namun orang-orang yang bersolat di akhir waktu Zuhur, pasti tidak kelihatan lagi di waktu Asar. Ada 2 orang yang setia menjadi ahli akhir solat Zuhur, berehat 10minit dan terus mendirikan Asar apabila masuk waktu Asar. Golongan apakah ini ya?
Di manakah ruhnya sebuah surau, jika ayat-ayat al-Quran tidak berirama di sini. Bacaan-bacaan itu cuma ada di dalam solat, tetapi tidak lebih dari itu. Selain solat, aktiviti yang ada adalah tidur, berbual, ketawa, gossip, dan kadang-kadang meniaga! Masya-Allah. Teman pula, hanya orang yang hanya mampu berkata-kata di blog ini, tetapi tak ada keberanian meluahkannya di hadapan khalayak surau itu. Hina sungguh teman, selemah-lemah iman!
I am the servant of Allah, someone who has nothing, no wealth, no power, no excitement, a little knowledge, I am nothing.
Thursday, 30 June 2011
israk Mikraj-Kalau Sedang Berduka, Bawalah Berjalan-jalan.
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi buat semua,
Semalam, alhamdulillah, dapat melaksanakan puasa sempena Israk Mikraj, sejauh mana penghayatan teman, mungkin biasa-biasa sahaja. Semoga Allah menganugerahkan teman dengan penghayatan penuh terhadap setiap peristiwa besar di dalam sejarah Al-Quran.
Teman tak ingat di mana teman terbaca atau mendengarnya, tetapi Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar yang berlaku pada tahun kesedihan Rasulullah SAW. Isteri tercinta akhirnya pergi mengadap Ilahi setelah mereka mengharungi bahtera rumahtangga yang penuh onak duri 15 tahun lamanya. Isteri yang sempurna, yang menjadi saksi kenabian Rasulullah SAW, yang menyelimuti Nabi ketika Nabi ketakutan dijenguk Jibril. Sedih pula mengenang kisah hidup Rasulullah yang penuk onak dan ranjau duka. Kehilangan bapa saudara yang sentiasa melindunginya juga sudah cukup membuat hati berduka, ditambah pula dengan hinaan dan tohmahan orang-orang Quraisy yang jahil. Maka dalam kesedihan Allah memujuk kekasihnya, membawanya 'berjalan-jalan', itulah Israk Mikraj.
Ia adalah satu petanda lain, bahawa kedukaan mampu di atasi dengan pujukan seperti membawa seseorang itu berjalan-jalan. Tak terfikir pula teman, sehinggalah israk Mikraj kali ini cuba teman hayati. Jika sedih, bawalah berjalan-jalan. Teman akan praktikkan. Bukan pergi membeli belah ya. Perempuan ada satu penyakit, kalau bersedih, pergi membeli belah, katanya boleh hilang tekanan, iyalah tu! Ambil konsep berjalan-jalan sahaja cukuplah. Allah tak bawa Nabi pergi membeli belah, tetapi mengajaknya melihat kebesaran Allah dan menghadiahkan kita dengan ibadah solat 5 waktu. Ia sangat signifikan! Ia benar-benar istimewa.
Teman tak pandai nak berhujah panjang bercerita tentang Israk Mikraj, yang teman tahu, solat kita itu adalah mikraj kita dengan Allah. Peristiwa ini mengingatkan peri pentingnya khusyuk dalam solat, apatah lagi pelaksanaan solat itu sendiri. Kalau nak bercerita pasal solat, panjang pula ceritanya nanti. Tapi kalau kita ini hanya manusia biasa yang sering lupa dan buat silap, sekurang-kurang kita perbaikilah solat. Solatlah diawal waktu, kerja yang ada tinggalkan sekejap, jumpalah Sang Kekasih, pergilah merintih dan mengadu denganNya, pasti Dia mendengar kerana Dia Maha Mendengar. Solat awal waktu ini juga adalah salah satu tips khusyuk. Kepada yang sememangnya menjaga solat dengan baik, apakata cuba melaksanakan solat-solat sunat pula. Kerana, solat-solat sunat itu dapat memperbaiki kelemahan solat fardhu. Kalau nak markah lebih, solat fardhu ini dilakukan secara berjemaah, maka dapatlah 27 markah, wah, banyak tu!
Baiklah, teman sejak akhir-akhir ni rasa sedikit terganggu kerana masalah di tempat kerja. Allah Lebih Mengetahui, semoga Allah memelihara teman dan Dialah Sebaik-baik Penolong! Yakinlah dengan Allah dan teguhkan keimanan kita semua. Allahu Akbar!

Wednesday, 29 June 2011
Kata-kata Ibarat Pedang
Entri ini adalah entri ringkas dari persekitaran teman sendiri. Kata-kata ibarat pedang, ia menggambarkan tentang pepatah Melayu, 'kerana mulut badan binasa'. Teringat juga cerita dari buku 'U-turn ke Jalan Lurus' hasil tulisan Ustaz Zul, mengenai kisah seorang hamba yang bermulut jahat. Ketika tuannya mahu membelinya, sudah diingatkan oleh pelelongnya bahawa hamba ini bermulut jahat, tetapi tuan itu mengambil mudah dari peringatan si pelelong lalu terus membeli hamba itu. Akhirnya, tuan yang kaya dan mempunyai rumahtangga yang bahagia, hidupnya musnah dalam sekelip mata hasil dari mulut jahat sang hamba yang bermulut jahat ini. Manusia yang bermulut jahat diistilahkan seperti ular. Ular membelit mangsanya dan mematuk mangsanya dengan rakus, tidak sepadan dengan gerakannya yang senyap dan saiznya yang kecil itu.
Dalam suasana bekerja, si mulut jahat memberi kesan yang besar kepada organisasi. Sesebuah jabatan boleh menjadi porak peranda dek penangan si mulut jahat. Mereka bersikap bermuka-muka dan menyebarkan cerita kurang enak kepada sesiapa sahaja. Di hadapan ketua, mereka mengadu domba, sibuk bercerita perihal pekerja lain. Apabila di hadapan rakan-rakan sekerjanya, si mulut jahat menanam bisa melalui kata-kata dan menyebarkan fitnah dan akhirnya melaga-lagakan sesama manusia. Jika ketua termakan kata-kata mereka lalu memarahi insan yang difitnah itu, si mulut jahat akan segera mendekati insan yang dimarah ini, lalu mula memujuk dan kemudian menghasut insan ini untuk membenci ketua itu dengan suntikan-suntikan cerita yang tak betul berkenaan ketua itu, menaikkan dan memarakkan kebencian orang terhadap ketua yang dimaksudkan. Apabila insan itu termakan kata-kata lalu berdendam dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ketua itu, si mulut jahat akan menyampaikan kata-kata nista itu kepada ketua itu pula, lalu porak perandalah jabatan itu. Bahayanya si mulut jahat ini, lebih berbahaya dari binatang buas di hutan. Binatang buas mengeluarkan taring dan kuku ketika perlu atau ketika menyelamatkan diri, tetapi si mulut jahat melakukannya tanpa sebab yang munasabah, kadangkala ia sekadar sesuatu yang dilakukan bagi memuaskan hati sendiri, masya-Allah.
Kepada pembaca, jagalah kata-kata. Elakkan dari menjadi si mulut jahat. Manusia dahulu kala ramai yang terbunuh akibat perperangan, namun manusia hari ini ramai terbunuh kerana kata-kata.

Tips Solat Khusyuk -Nota Kecil dan Ringkasan dari Ceramah Ustaz Zawawi Yusoh
*Solat untuk ingat Allah
*Dirikanlah sembahyang kerana dengan sembahyang itulah dapat mencegah perkara mungkar.
*Hanya solat yang khusyuk yang dapat mencegah kemungkaran.
*Orang yang sembahyang adalah orang yang tenang.
*Kalau solat baik, diluarpun kita baik.
*Khusyuk adalah kehadiran fikiran (pendapat sesetengah ulama).
*Ingatan-ingatan yang berkait dengan Allah =khusyuk
*Anggota badan melaksanakan tugasnya, mata tgk tempat sujud, mulut membaca ayat-ayat yang dibaca, telinga dengar, otak menterjemah apa yang kita baca.
*Persiapan sebelum solat. Mengetahui Asmaul Husna. Solat di awal waktu. Sunat iqamah sebagai persiapan solat. Wudhuk yang sempurna. Sunat bersiwak atau menggosok gigi. Tidak mendirikan solat dalam keadaan syak. Jangan mulakan solat dalam keadaan menahan kencing atau buang air besar ataupun kentut. Pilih tempat yang sesuai untuk solat, contohnya masjid, surau, di bilik khas di rumah. Jauhilah bersolat di laluan orang ramai. Pilihan pakaian yang sesuai untuk solat, selesa, bersih dan menutup aurat. Tentukan ayat yang nak dibaca dan pastikan maknanya. Berkeinginan untuk berjemaah. Berusaha bersungguh-sungguh untuk bersolat di saf depan. Pergi ke masjid sebelum iqamah. Jika seseorang menolak kita sebagai imam, jangan ditolak jika kita mampu jadi imam. Jangan berimamkan imam yang bermasalah. Berjalanlah dari masjid ke masjid, supaya mungkin terjumpa imam yang berhati bersih. Perbetulkan pergerakan solat. Kalau boleh banyakkan mendengar bacaan-bacaan orang-orang di Masjidil Haram, bacaan orang-orang yang faham ayat-ayat al-Quran. Jangan mulakan solat apabila makanan telah dihidangkan, pilihlah makan kerana untuk menjaga solat, takut-takut semasa solat teringatkan makanan. Jangan tergopoh gapah dalam solat. Ketika musafir, jamak dan qasarkan solat kita. Jangan mendirikan solat dalam keadaan marah. Jangan terus solat selepas majlis-majlis yang lalai. Jangan solat dalam keadaan mengantuk. Letakkan pandangan di hadapan dan kena letakkan rasa bahawa besarnya pahala orang yang khusyuk. Meletakkan perasaan bahawa solat itu adalah bekalan dan amalan yang besar ganjarannya. Meletakkan azam untuk khusyuk di setiap rakaat. Jangan sampai membuatkan orang tak khusyuk disebabkan kita. Bawak sapu tangan jika selsema. Mata jangan tengok perkara-perkara yang tak elok dan haram. Kalau solat dirumah, sediakan tempat solat yang khas.
*Persiapan semasa sembahyang. Niatlah sembahyang dengan ingin khusyuk. Ketika solat, mata tengok tempat sujud, anggota badan dengan peranan masing, mulut membaca, telinga dengar, otak terjemah. Anggaplah solat itu adalah solat yang terakhir. Bacalah ayat-ayat yang boleh menyedarkan kita dan dapat dihayati. Merasakan diri kita sedang berdiri di hadapan Allah. Rukuk ada perbuatan menghinakan diri kit adi hadapan Allah. Renungkan makna-makna ayat, iftitah adalah ikrar kita dengan Allah, seolah-olah kita berjanji dengan Allah. Jangan pejam mata, tengok tempat sujud, seolah-olah perkara lain tiada kaitan. Kalau boleh menangislah dalam solat, kalau tak boleh menangis, cubalah untuk merasa sayu. Baca Quran dengan bacaan yang betul. Kalau berjemaah, kalau imam baca, kita dengar. Merasakan selah-olah kita berinteraksi dengan Allah. Jangan pedulikan orang di sekitar. Jangan banyak gerak. Jauhi pergerakan yang pelik dalam solat. Anggaplah solat bukannya ikutan dan adat. Tak semestinya solat khusyuk itu panjang. Jangan menguap dalam solat, jika nak menguap, tahan atau gigit lidah. Sebelum beri salam, berdoa.
*Selepas solat. Beristighfar. Bertasbih dan bertahmid. Elakkan ujub, riyak, takabbur yang wujud dari solat yang khusyuk. Melakukan solat-solat sunat bagi menampung kekurangan solat fardhu.
Dakwah
Assalamualaikum wbt,
Kebiasaannya, teman kerap menghantar entri di ruangan blog teman hampir setiap hari. Namun sejak akhir-akhir ini, seolah-olah sepi pula. Kekeringan idea atau tak berkesempatan menulis? Idea itu ada, kerana dakwah perlu disampaikan walaupun sedikit. Teman ini, manusia yang tak berdaya dan lemah. Kalau dengan rakan sekerja, hanya mampu memberikan dakwah 'bilhal', maksudnya, bukan melalui kata-kata, tetapi dengan perlakuan. Samada mereka faham atau sedar, terpulanglah. Kerana teman dulu memang gambaran kepada segala yang tidak baik, teman memang teruk dahulu. Tetapi Allah itu Maha Penyayang, teman rasa bertuah kerana Allah masih memberi perhatianNya buat teman, Dia tidak membiarkan teman terus hanyut dan hidup di dalam keadaan yang penuh maksiat dan dosa, terima kasih Allah. Kerana itulah, dakwah melalui kata-kata memang agak sukar teman lakukan kerana kata-kata yang bakal dilemparkan, '"kau pun bukannya baik sangat". Tak mengapalah, ilmu Allah itu luas, dakwah juga adalah salah satu cabang ilmu dan ia mempunyai pelbagai kaedah-kaedah lain yang juga berkesan selain dari dakwah melalui kata-kata.
Teman sendiri, dahulunya susah nak ditegur. Bila sahabat serumah menyuruh teman solat, teman balas balik dengan hujah yang berbelit. Ilmu agama yang ada teman gunakan untuk membelit kata-kata orang, bukannya untuk diamalkan, Astaghfirullah! Tetapi apa yang menghantukkan kepala teman, apabila seorang teman di tempat kerja yang mempunyai akhlak yang terbaik, akhirnya dijemput Allah, namun pemergiannya dihujani dengan cerita-cerita tentang kebaikannya semasa hayatnya. Dan kematian beliau sangat memberi kesan yang mendalam sehingga teman berazam untuk mendekati Allah. Arwah tidak datang dan berdakwah dengan teman, tetapi sikapnya cukup membuatkan teman kagum dan berazam ingin menjadi insan sebaiknya. Dalam diam-diam, perasaan takut akan kematian tanpa persediaan yang cukup, sudah cukup membuatkan hati berasa gentar mengenangkan diri yang penuh noda dan dosa.
Di halaman blog ini adalah hamparan kata-kata dakwah yang datang dari hati. Jika di pejabat, dakwah dilakukan dengan menjaga akhlak, di alam maya, penulisan menzahirkan segala yang terbuku dan dapat dikongsikan. Teman percaya, ramai yang mencari kebenaran tetapi tidak tahu bagaimana. Maka, zaman lembaran tanpa wayar ini adalah medan terbaik yang boleh memberi sedikit input kepada pencari kebenaran. Ia bukanlah satu suapan jiwa bersifat total, tetapi ia boleh menjadi titik mula yang baik. Ilmu tetap perlu dicari dengan pelbagai cara. Jika dianugerahkan murabbi, ia memberi kelebihan kerana murabbi adalah pembimbing yang dapat menemani pencari kebenaran dan dapat memberi jawapan kepada persoalan dalam mengenal Allah dan Islam. Murabbi tak semestinya golongan agama yang tertentu seperti ulama dan ustaz, tetapi ia mungkin juga di kalangan rakan-rakan di sekitar, yang mempunyai ilmu dan amal yang lebih baik dari kita.
Alasan yang pasti bagi persoalan mengapa sudah sekian hari tidak memasukkan entri, ia adalah kerana teman sendiri sedang sibuk mencari dan menambah ilmu bagi memantapkan akidah dan mengekalkan istiqamah. Kepada pencari kebenaran, teruskan mencari dan berdoa agar diberi hidayah dan petunjuk. Teman doakan pencari-pencari kebenaran dapat menemui kebenaran yang dicari. Allah Maha Mengetahui.

Friday, 24 June 2011
2 jam 10 minit...Tarbiyah Allah
1. Hari-hari, di dalam doa, di dalam solat, di dalam surah al-Fatihah yang dibaca, kita meminta petunjuk dari Allah. Kita minta Allah tunjukkan jalan yang lurus. Bila kita minta Allah menunjukkan kita jalan yang lurus, bermakna kita sudah atau perlu bersedia menerima petunjuk dan teguran Allah agar kita tetap di jalan yang lurus seperti yang kita pinta dan doa. Mungkin kadangkala, kita ucapkan doa itu sekadar rutin bahasa-bahasa doa yang afdhal diungkapkan, namun seberapa jauh penerimaan kita, wallahua'lam. Bila ada orang datang menegur sikap kita, kadangkala melenting, timbul rasa sakit hati dan malu kerana ditegur. Tapi tidakkah kita sedar bahawa Allah menjawab permohonan kita agar diberi petunjuk?
2. Mengapa perkara di atas teman sentuh? Kerana hari ini, teman ditegur Allah daripada pukul 11.30 pagi, sehingga 1.40 petang. 2 jam 10 minit, teman ditarbiyah Allah dengan caraNya yang tak terlintas dek akal fikiran kita manusia biasa, bodoh dan hina ini.
3. Selama ini hati terbuku dengan pelbagai luahan yang tak terluah dek kata-kata. Segala teka teki cuma berlegar di benak, tidak di bibir. Melalui ayat, 'Dengan orang kafir, hendaklah kamu bertegas', ekspresi teman merealisasikan ayat tersebut dengan pemahaman yang jumud. Namun kemudian, selepas sekian lama memahami dengan cara yang jumud itu, 2 hari lepas teman ternampak ayat, 'kepada yang meminta pertolonganmu, janganlah kamu herdik'. Diteguhkan dengan cerita di radio IKIM mengenai sikap berlemah lembut dengan orang kafir, maka pemahaman jumud itu disangkal sedikit demi sedikit. Ia hasil doa,"Ya Allah, berilah aku kefahaman yang mendalam terhadap agamaMu dan hikmah-hikmahMu".
4. Di dalam doa, " Ya Allah, berilah aku pekerjaan yang terbaik", ia adalah lontaran doa dek kerana rasa yang tidak selesa terhadap pekerjaan sekarang. "Ya Allah, manfaatkanlah masa ku bekerja dan jadikan pekerjaanku ibadah terbaikku", ia adalah doa yang meluncur dari hati kerana semangat kerja yang kian menurun kerana keadaan yang dirasakan tidak selesa. Semuanya Allah jawab melalui tarbiyah 2jam 10minit itu.
5. Ya Allah, terima kasih atas petunjukMu.
6. Apa yang berlaku selama 2 jam 10 minit itu? Teman dipanggil ketua jabatan teman yang bukan Islam. Pada mulanya ia adalah sebuah pergaduhan yang besar, namun akhirnya segala rasa hati yang terbuku selama ini teman hamburkan kesemuanya sehingga ketua teman terkejut. Dan akhirnya dari sebuah pergaduhan yang hangat bertukar menjadi perbincangan dari hati ke hati dan berakhir dengan ucapan maaf. Orang bukan Islam itu menegur teman, dan teman akhirnya tersedar bahawa sikap teman yang terlalu tegas itu di salah faham oleh orang sekeliling. Allah mentarbiyah teman melalui seorang yang bukan Islam kerana selama ini dalam diam teman melukakan hati orang-orang bukan Islam dengan cara yang tidak teman sengajakan. Walaupun niat teman adalah untuk berterus terang, bertegas, dan tidak mahu bersikap hipokrit, tetapi ia bukanlah apa yang dianjurkan Islam. Islam mengajar tentang sabar, dakwah bil hal, iaitu dakwah dengan menunjukkan akhlaq yang baik, dan Islam mengajar tentang berlemah lembut dan berbuat kebaikan kepada semua orang tak kira ia beragama Islam atau tidak. Dan akhirnya Allah hantar orang bukan Islam juga yang menegur teman. Sepanjang 2 jam 10 minit, segala doa teman telah terjawab.
7. Ya Allah, ampunkan segala dosaku.

Thursday, 23 June 2011
Bila Jalan Allah Kulalui Sendiri
Sesuatu yang menyedihkan dan memedihkan apabila insan tersayang menolak perkara baik yang kita cuba sampaikan padanya. Apabila kasih sayang tinggi, kita mahu orang-orang yang kita sayang dilindungi. Dari segi kerohanian, kita manusia adalah hamba Allah yang pastinya akan dihadapkan di mahkamah Allah dan akhirnya diputuskan samada ke syurga atau neraka setelah timbangan kanan dan kiri diambil kira. Pastinya apabila kita menginsafi diri dan segera mengumpul bekalan ke 'sana', kita pasti ingin membawa orang-orang tersayang untuk sama-sama ke syurga. Tak sanggup untuk ke neraka, dan tak sanggup juga jika insan-insan tercinta turut sama terjun ke neraka jahannam yang apinya menggelegak dan menjulang-julang. Begitu juga teman, atas dasar kasih sayang, teman bersungguh-sungguh mengajak orang yang paling teman sayang untuk turut sama mengumpul amal, sehinggakan mungkin nampak seperti memaksa. Harapan yang tinggi untuk beramal bersama mungkin menjadi penyumbang kepada ajakan yang berunsur paksaan. Tetapi teman juga harus ingat bahawa hidayah Allah itu diberi kepada sesiapa yang Dia pilih dan mahukan sahaja. Bukan semua orang merasa. Jika kita dikurnia hidayah, mungkin orang di sebelah tidak. Jika ibu kita mendapat hidayah, mungkin kita sebagai anaknya tidak. Hatta insan mulia seperti Nabi Nuh juga mengalami masalah yang sama. Orang yang dicintai baginda iaitu isteri dan anaknya sama sekali kufur lalu bahteranya berlayar di tengah gelombang banjir besar tanpa insan tercinta. Pasti hatinya terluka. Ya, memang terluka apabila orang yang kita sayang tidak turut serta dalam perjalanan kita menuju jalan Allah. Ia adalah ujian, bagi yang beriman, pasti mereka mampu menghadapinya dengan tabah dan yakin dengan ketentuan Allah. Ya Allah, aku mohon ampun.
Subscribe to:
Posts (Atom)